PESANAN BERSIH 2.0













  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budak baca ayat al-Quran elak dirogol


Maha Suci Allah... kisah ini lebih kurang sama sebuah kisah yang berlaku di luar negeri diceritakan seorang gadis yang berjalan malam dan diekori seorang pemuda yang memang bertujuan hendak merogolnya. Tetapi pemuda tersebut tidak berbuat demikian. Keesokkan harinya keluar berita mengatakan seorang wanita telah dirogol di tempat yang sama gadis itu melaluinya. Atas dasar tanggungjawab gadis itu pergi ke balai polis dan mengesahkan rupa lelaki yang merogol wanita berkenaan dan dapat menangkapnya. Apabila berjaya menangkap lelaki itu, gadis muslimah itu bertanya kenapa pada malam itu lelaki itu tidak merogolnya sedangkan dia berjalan seorang, jawab lelaki itu, gadis itu tidak berjalan berseorangan tetapi ada 2 orang lelaki yang menjaganya dan berjalan bersama-sama. Alangkah terkejutnya gadis itu kerana dia tidak melihatpun sesiapa yang bersamanya. Tetapi gadis itu teringat bahawa dia telah membaca ayat Al-Quran sepanjang perjalanannya. Ternyata Allah telah memeliharanya. 

Sama seperti kisah gadis di bawah ini yang telah terlindung kerana membesarkan qalam Allah. Justeru wahai muslimah sekalian didiklah anak-anak kita supaya menjadikan Al-Quran pedoman dan pelindung hidup...


2011/06/22- BeritaHarian

JEDDAH: Seorang mangsa perogol bersiri berkata beliau membaca ayat al-Quran untuk menghentikan penyerang mencabulnya, lapor akhbar al-Madinah kelmarin. 

Akhbar Arabnews melaporkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu memberitahu akhbar itu yang beliau berjaya melindungi dirinya daripada serangan perogol itu dengan membaca lima surah kitab suci itu yang dipelajarinya secara bersungguh-sungguh.

“Setiap kali beliau menghampiri, saya mula membaca al-Quran dan penjahat itu melepaskan saya,” katanya.Kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai MMS memberitahu perogol itu meminta beliau berhenti membaca al-Quran tetapi apabila beliau enggan mengikut arahannya, perogol itu memukul mukanya. 

“Kerana bacaan ayat suci itu beliau enggan menyentuh saya,” katanya. 
Mangsa diculik semasa menghadiri majlis perkahwinan dan dilarikan ke rumah perogol. 

Lelaki itu menolak mangsa ke dalam rumah dan mengunci pintu. 
“Perogol itu kemudian menyerang saya tetapi saya mula membaca ayat al-Quran,” katanya. 

Mangsa kemudian ditinggalkan di klinik berdekatan di daerah Al-Muntazahat. – Agensi 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selangor lantik pengawai wanita untuk ketuai MPKS


14 Rejab 1432H. [MOD] -

Kerajaan Negeri telah melantik Puan Noraini Roslan sebagai Yang diPertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) yang baru berkuatkuasa 1 Julai 2011.

Noraini, 46, adalah pegawai wanita pertama yang memegang jawatan YDP di Selangor. Ini menunjukkan komitmen kerajaan Pakatan Rakyat terhadap kesamaan jantina dan keberdayaan wanita.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Noraini telah menerima tawaran sebagai YDP MDKS minggu lepas dan yakin beliau akan menjalankan tugas dengan cekap, telus dan bertanggungjawab.

"Perlantikan beliau adalah berdasarkan pengalaman beliau sebagai pengarah perancang Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya selama 21 tahun serta kelayakan pendidikan beliau. YDP yang cekap perlu tahu selok-belok perancangan bandar dan kami percaya beliau boleh memenuhi amanah ini dengan baik.

"Kami juga berbangga kerana berjaya melantik YDP wanita pertama di Selangor - dasar kami adalah bahawa wanita harus selalu diberi peluang yang sama dengan lelaki berdasarkan kebolehan dan kelayakan mereka," kata Dato Menteri Besar.

Beliau menambah, bahawa kerajaan negeri mengalu-alukan kehadiran pegawai professional seperti Noraini untuk menambah baik polisi kerajaan negeri serta agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Perlantikan ini bukan sahaja menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengamalkan meritokrasi tetapi juga, menunjukkan kesediaan untuk keluar dari amalan biasa sebelum ini bila mana hanya pegawai PTD sahaja yang berpeluang menjadi YDP.

Noraini berkelulusan Sarjana dalam bidang perancangan dari Universiti North Carolina, Amerika Syarikat pada 1988. Sebelum itu beliau mendapat ijazah Sarjana Muda dari Universiti East Carolina, juga di Amerika Syarikat.

Beliau bekerja sebagai pegawai perancang di Syarikat Bernas sebelum menyertai MPK sebagai pengarah perancang, Beliau ditukarkan ke MBPJ pada 2010.

Pada tahun 2005 dan 2008, beliau telah dianugerahkan pingat khidmat cemerlang. Beliau juga adalah ahli Institut Perancang Malaysia.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO MENTERI BESAR SELANGOR

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEKALI LAGI HUKUM ISLAM DIPERLEKEHKAN


Mungkin bukan sekali, tetapi hukum Islam terus-terusan diperlekehkan. Jelas sekali pelukis dan pihak Utusan Malaysia langsung tidak sensitif apabila mengeluarkan isu berkaitan dengan Islam. Apatah lagi melibatkan hukum Islam yang sepatutnya perlu merujuk pihak yang lebih arif untuk mengeluarkan sesuatu seperti karikatur ini. Mungkin karikatur ini dianggap kelakar atau sekadar cetusan minda tetapi sangat jelas memperlekehkan hukum Islam walaupun dalam bentuk lucu atau karikatur. Mungkin inilah umat Islam di akhir zaman yang semakin terhakis pemahaman Islam.


Persatuan Ulama kecam karikatur Utusan Malaysia, dakwa hina Islam

TERKINI @ 07:45:30 PM 15-06-2011
June 15, 2011
Karikatur disiarkan Utusan Malaysia di halaman 15 hari ini.
KUALA LUMPUR, 15 Jun – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sambil menyifatkan ia menghina agama Islam.
Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, penyiaran karikatur itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.
Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.
Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.
Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.
Dialognya berbunyi “Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!”
Jelas Sheikh Abdul Halim, tindakan Utusan Malaysia melepaskan karikatur itu adalah tidak wajar dan boleh menyebabkan perpecahan antara umat Islam.
“PUM memandang serius penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia disiarkan pada yang secara jelas menghina ulama dan Islam ... perkara ini tidak harus dibiarkan.
“Kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.
“Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru beliau mahu Majlis Fatwa Kebangsaan memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan susulan ekoran keberanian pelukis dan Utusan Malaysia menyiarkan karikatur begitu.
“PUM meminta supaya para mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama.
“Sehubungan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.
Selain itu, tegas Sheikh Abdul Halim, pihaknya juga mahu pelukis dan Utusan Malaysia didakwa kerana menghina Islam.
“Sepatutnya perkara sebegini sepatutnya mereka perlu mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan.
“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini di dakwa atas penghinaan ke atas Islam,” katanya yang turut menyarankan agar kerajaan mengadakan lebih banyak program untuk menyelesaikan isu berkaitan agama Islam.
Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor pula berkata sepatutnya pelukis karikatur itu perlu tahu bahawa tindakannya akan mengundang rasa marah umat Islam yang lain.
“Kartun ini hina Islam sebab dalam kes zina memang rakaman video tidak boleh dijadikan bukti tapi dalam kes rogol ia boleh dipertimbangkan dengan rakaman video itu disahkan dulu.
“Kes rogol bukan perbuatan zina, saya rasa pelukis ini silap dan tidak faham,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan juga mengecam sekeras-kerasnya Utusan Malaysia.
“Lakaran kartun tersebut jelas sekali memperlekehkan aspek sistem keadilan di dalam Islam dengan memaparkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan diminta mendatangkan empat orang saksi serta ditolak bukti melalui rakaman videonya,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari dalam satu kenyataan.
Kata beliau, jelas sekali mesej yang ingin disampaikan oleh rakaman tersebut ialah betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat orang saksi lelaki yang adil dalam penghakiman kes zina serta liwat dan rogol.
“Perlu diingatkan bahawa, penentuan ini bukan dibuat oleh mana-mana pemimpin pembangkang khususnya PAS seperti yang mungkin ingin disampaikan melalui kartun tersebut, tetapi ia dibuat melalui firman Allah SWT,” katanya.
Tambah beliau, akhbar seperti Utusan Malaysia yang mendakwa membela Islam pula yang menjatuhkan maruah Islam dan memperlekehkan aspek penghakiman dalam kes zina dan rogol dengan menyiarkan lakaran kartun seperti ini.
Justeru, kata beliau, pihaknya menuntut supaya Utusan Malaysia menarik balik lakaran kartun ini dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia di atas kebiadapan menghina Islam dan sistem perundangannya.
“Utusan Malaysia juga sewajarnya layak diisytiharkan sebagai akhbar biadap yang paling bangsat di Malaysia di atas penyiaran lakaran kartun ini,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SELAMAT HARI BAPA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Showcase Amal Shuhada At-Taqwa



Sebuah showcase nasyid yang terbesar dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Showcase Amal Shuhada At-Taqwa akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 11 Jun 2011
Hari: Sabtu
Jam: 8.30 malam
Tempat: Dataran Kemerdekaan, Shah Alam
Masuk: Percuma
Showcase ini diilhamkan oleh Munsyid Malaysia (Majlis Usrah Nasyid Malaysia) susulan daripada kejadian menyayat hati yang melanda Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa pada 27 Mei 2011 yang lalu.
Seramai 50 artis nasyid tempatan, (dan ramai lagi) akan menyertai showcase ini yang akan menggabungkan hampir kesemua artis nasyid ternama tanah air termasuk Raihan, Hijjaz, Rabbani, Inteam, Nowseeheart, Saujana, UNIC, Nazrey Johani, Hafiz Hamidun, Muadz, Far East dan ramai lagi. Aisyah juga akan turut sama memeriahkan showcase tersebut sebagai artis undangan.
Showcase amal ini menerima tajaan hampir keseluruhan sudut, dan kesemua artis-artis nasyid yang terlibat adalah tanpa bayaran. Tujuannya, untuk mengumpul dana yang akan disalurkan terus kepada Persatuan Anak-Anak Yatim Malaysia (PAYM) untuk diurus dan ditadbir dan pembangunan semula Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa.
Kepada mana-mana badan-badan korporat, syarikat dan dermawan yang berhajat untuk menyumbang, boleh berhubung terus dengan Azadan Rabbani (019-211 0300) atau Isman Hijjaz (03-6140 8280) atau boleh juga menyumbang terus kepada Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa dengan bank-in kepada:
PERSATUAN ANAK-ANAK YATIM MALAYSIA
Maybank: 5641 3730 0901
Semoga usaha ini akan menjadi bekalan untuk kita di hari akhirat kelak. Insyallah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pemain Bolasepak Wanita Iran dihambat keluar di Amman

Oleh Ust Saiful Bahri

AMMAN-Media massa Barat menonjolkan bagaimana air mata dan sujud para pemain bola sepak wanita Iran yang tidak bersedia mengorbankan kemuliaan mereka sebagai Muslimah ketika mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 yang bakal diadakan di London. Pihak pengurusan Bahrain Berjaya membantah dan menggagalkan pertandingan team bolasepak wanita Iran ketika perlawanan dengan team Jordan pada Jumat 3 Jun di Amman baru-baru ini dengan alas an team dari Iran mengenakan pakaian Islam dan berjilbab. 

Setelah keputusan berat sebelah itu, para pemain Team Iran bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan Iran, kemudian berlari menelilingi padang sambil mengibarkan bendera Iran. Setelah itu mereka bersujud di atas bendera Iran dan meninggalkan padang dengan mata berkaca-kaca.

Keputusan pihak pengurusan Bahrain itu sangat mengecewakan apabila kedua team sudah siap masuk di padang untuk memulakan pertandingan. Namun sikap team Iran membuat para pemain Team Jordan dan juga para penonton terharu. Mereka memberi sokongan dengan bertepuk tangan mengiringi para pemain Iran ketika keluar padang. 


Peristiwa tersebut mendapat sorotan meluas dari media massa Barat termasuk BBC, New York Times, Xinhua, dan bahkan Times of India. Dalam berbagai laporan disebutkan, "Team bola sepak wanita Iran dilarang mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 London kerana memakai pakaian Islam.""Berdasarkan ketetapan FIFA, dilarang menutupi leher dan telinga ketika bertanding, namun Persatuan Bola sepak Kebangsaan Iran menyatakan bahwa pihaknya telah mendapat persetujuan dari FIFA dua tahun lalu bahwa Team Wanita Iran itu dapat bermain dengan tetap mengenakan jilbab." Team bolasepak wanita Iran berada dalam ranking terbaru FIFA naik dua tangga dikedudukan 51 dunia.


Setelah pembatalan tersebut, team tersebut segera meninggalkan Amman menuju Teheran. Team Iran itu menduduki tangga pertama dan telah bersedia untuk memasuki babak kedua. Ketua Persatuan Kebangsaan Bolasepak Iran, Ali Kaffashian, menyatakan sangat sedih dengan peristiwa tersebut dan menyatakan, pihaknya akan merujuk hal tersebut kepada FIFA. Kaffashian menegaskan bahwa Iran sebelumnya telah mendapat persetujuan dari ketua FIFA agar para pemain wanita Iran dapat tampil dengan mengenakanpenutup kepala khas untuk menjaga nilai-nilai Islam.







Apakah tindakan kekal untuk berpakaian sebagai muslimah dan kekal menjaga maruah yang dipilih pemain bolasepak wanita Iran itu satu tindakan bodoh? Bagi setengah orang mungkin Ya. Tetapi itulah nilai yang dipertahankan oleh pihak Iran. Syabas dan tahniah diucapkan. Yang banggang tu… si pembantah tu ingat dari Negara kapir. Tetapi dari Negara Bahrain yang rakyatnya pakai jubbah siang & malam. Dan kenapa pula perlu disyaratkan membuka aurat untuk para pemain? Yelah!!! Sukan seperti ini dirangka undang-undang dan peraturan oleh Yahudi & Nasara. Ada matlamat dan kehendak mereka. Bagi mereka yang sanggup mengikuti kehendak mereka, maka terkorbanlah nilai-nilai agama Islam itu sendiri. Sama seperti Negara Eropah hari ini. Mereka mengenakan denda kepada yang mengenakan jilbab tetapi tidak bagi yang berbogel.

http://ustsaifulbahri.blogspot.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS