Panduan Menutup Aurat



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TABIR RAMADHAN

Rasulullah membahagikan Ramadhan itu kepada tiga fasa.
Fasa pertama - rahmat,
Fasa kedua - keampunan (maghfirah) dan
Fasa ketiga - perlepasan dari api neraka.

Fasa pertama telah pun meninggalkan kita. Apakah sudah kita rebut peluang 10 hari awal dalam bulan yang penuh keberkatan ini untuk meraih RAHMAT-NYA? Atau sudah kita biarkan ia berlalu begitu sahaja? Alangkah beruntungnya orang-orang yang telah berusaha mencari RAHMAT-NYA.

Keutamaan 10 hari pertama (FASA PERTAMA)Kini pecutan ke Fasa kedua telah bermula.Sudah kita mulakan hayunan langkah atau masih terkapai-kapai mencari arah? Ayuh kita mulakan..!

Pada 10 hari pertama ramadhan telah diriwayatkan sebagai hari-hari diturunkannya rahmat dari Allah kepada manusia. Pada 10 hari pertama ini kita akan banyak mendapatkan limpahan pahala dari berbagai amalan-amalan yang kita lakukan selama berpuasa.



Keutamaan 10 hari kedua (FASA KEDUA)
Allah banyak memberikan maghfirah atau keampunan. Inilah saat yang tepat bagi kita untuk meminta ampun atas dosa-dosa kita dengan memperbanyak zikir dan meminta keampunan, meminta agar semua dosa-dosa kita di maafkan dan diterima taubat kita.

1. Perbanyakkan amalan-amalan solat sunat /qiam
2. Perbanyakkan berzikir - zikir ibarat air mengalir yang mampu melembutkan hati yang keras umpama batu.
3. Memaafkan kesalahan orang lain
4. Perbanyakkan sedeqah tapi nawaitu biarlah ikhlas kerana Allah bila kita bersedeqah

Apakah amalan kita sehingga kini dalam bulan Ramadhan telah mencapai Petunjuk Prestasi Ibadah Puasa? Ayuh kita muhasabah diri kita. Mudah-mudahan kita beroleh RAHMAT, MAGHFIRAH dan PENGHAPUSAN DOSA.

Nota : FASA KETIGA akan disambung dalam siri Tabir Ramadhan akan datang...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

IMBASAN...MUSLIMAT + BERSIH 2.0 TURUT DIRAI OLEH YDP TAMBUN

Bersih 2.0 telah berlalu namun kesannya masih dirasai oleh majoriti rakyat Malaysia. Kekejaman, kerakusan tiada perikemanusiaan pihak pemerintah melayan rakyat pribumi amak jelik dan mual! Bagi serikandi Tambun yang meredahi kepayahan saat di"tawan" masih mampu tersenyum..SYABAS untuk anda. Terus tiupkan semangat jihad fisabilillah. Justeru YDP Tambun, Dr Hj. Khairudin telah berkesempatan mengadakan  majlis ramah mesra bersama AJK PAS Kawasan Tambun, Ajk Dewan dan tidak terkecuali peserta Bersih 2.0 Tambun yang tertangkap pada 30 Julai 2011 lalu di kediamannya.
 Peserta Bersih 2.0, Pn Khamisah, Pn. Asfahan antara yang tertangkap
 Berkongsi cerita dan pengalaman di Bersih 2.0
Pn. Zuhairah (Kak Ju) turut menyertai Bersih 2.0

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BONUS RAYA PENJAWAT AWAM MINIMUM RM500

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” kata Presiden CUEPACS,Datuk Omar Osman yang berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

Khamis lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini. Namun, Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. "Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.


Bagi kakitangan awam, bonus hari Raya amat dinanti-nantikan bagi mengurangkan beban kewangan. Setakat ini (8 Ogos 2011) hanya kerajaan Negeri Selangor yang telah membuat pengumuman bahawa kakitangan awam negeri Selangor akan mendapat bonus pertama hari Raya sebanyak RM500. (Sumber :- Twitter MB Selangor)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DMP TAMBUN terima sumbangan



Keberkatan Ramadhan menggamit ramai untuk menyumbang. Tidak terkecuali bagi En Khairul Abdul Hamid yang bermurah hati menyumbang kepada DMP Tambun baru-baru ini melalui wakil DMP, Pn Azuwa berupa :
- 20 kampit beras
- 20 pek gula (2kg/unit)
- 20 pek tepung
Semoga Allah mengganjarkan rezeki berlipat kali ganda di atas sumbangan yang diberikan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jawapan kepada Video youtube - Nik Aziz hina Nabi, Kazim pertahan Nabi



Tok Guru bercakap dari sudut fikrah (pemikiran) dan ideologi. Kazim bercakap dari sudut fizikal(tubuh Nabi). Bila Nabi lahir pada 12 Rabiulawal, Nabi tak membawa apa-apa ideologi untuk umat, kerana belum menerima wahyu.Samalah dengan orang lain, lahir tak membawa apa-apa ideologi. 40 tahun kemudian, Nabi diturunkan wahyu dalam bentuk ideologi yang benar. Ini tak berlaku pada orang lain melainkan Nabi sahaja. Maulidur Rasul bermaksud menyambut kelahiran Rasul.Rasul berlaku semasa umur Nabi 40 tahun. Oleh itu, bermaksud, menyambut kelahiran wahyu yang diturunkan kepada Nabi.Maulidur Rasul bukan menyambut kelahiran Nabi pada 12 Rabiulawal kerana masa itu Nabi belum dilantik jadi Rasul.Kalau kita sambut dan laksanakan perintah wahyu, bermakna kita faham apa yang berlaku selepas Nabi berumur 40 tahun. Kalau setakat sambut Nabi dilahirkan oleh ibunya, Abu Lahab pun sambut kelahiran ini dengan menyembelih 100 ekor unta sebagai kenduri besar-besaran sambut kelahiran. Tapi Abu Lahab tak terima perintah wahyu selepas Nabi berumur 40 tahun. Jangan jadi macam Abu Lahab. Ini maksud Tok Guru yang Kazim tak faham.  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Al-Fatihah...

Takziah buat Pn. Zuhairah (Kak Ju) di atas kepulangan kekanda tercinta YB Dr Lo'Lo' bt. Dato' Hj. Ghazali ke rahmatullah pada jam 10.25 malam, 16 Sya'aban 1432H bersamaan 17 Julai 2011 di Hospital Selayang. Marilah kita sama-sama berdoa agar allahyarhamah ditempatkan dikalangan para syuhada. AL-FATIHAH.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS