Sekitar Ceramah Kemerdekaan di Taman Meru, Ipoh, Perak

Puan Zuhairah Haji Ghazali atau mesranya Kak Ju turut menyampaikan ucapan selaku Naib Ketua Muslimat PAS Perak merangkap Ketua Muslimat PAS Tambun. Sayangnya, tak sempat merakam gambar ucapan dari Kak Ju.  Hanya gambar di bawah sempat dirakam.


Ucapan dari Peguam Haji Asmuni Awi. Banyak maklumat penting disampaikan untuk orang ramai menggunakan slide power point. Sayangnya LCD rosak. Jadi terpaksa la tgk kat laptop kecil tu je... 

Antara gambar penting yang ingin ditunjukkan oleh Peguam Haji Asmuni, bas mewah yang dinaiki PM ketika datang melawat Perak tempohhari. Media Perdana mencanang kononnya kesudian PM merasai kesusahan rakyat Marhaen dgn menaiki bas ketika melawat Perak. Hakikatnya, BAS MEWAH yang tidak pernah dinaiki rakyat biasa, yang dinaiki PM dan isteri bersama-sama MB Perak BN dan isterinya.

Warga Bangladesh yang kini menjadi sahabat rapat UMNO. Satu pengkhianatan parti pemerintah, BN menggunakan kuasa yang dimiliki,menjual negara dengan memberi hak kewarganegaraan melalui projek kad pengenalan kepada pelbagai warga asing termasuk Bangladesh. Bayangkanlah, sekiranya tiada usaha menghalang kegiatan ini, 10 tahun akan datang, warga asing ini yang bakal mempunyai keluarga dan keturunannya, akan bersaing dengan anak cucu kita merebut hasil mahsul kekayaan negara. Bahkan adalah tidak mustahil, mereka mungkin menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia. Apa yang paling penting, mereka pastinya tidak akan menghargai negara sepertimana keturunan pejuang kemerdekaan negara.

Antara hadirin yang yang hadir ....

Ucapan dari Dr.Ann Wan Seng, seorang penganalisis Sejarah yang benar-benar menguja sesiapa yang hadir. Begitu banyak maklumat yang tidak kita perolehi dari media bahkan lagi media Perdana, jauh sekali. Begitu banyak fakta Sejarah yang mesti diperbetulkan. Sukatan pelajaran Sejarah yang ada dalam buku teks pembelajaran para pelajar hari ini hanyalah kupasan Sejarah untuk menjaga kepentingan pemerintah hari ini untuk terus kekal berkuasa. 

Antara isi yang disampaikan oleh Dr. Ann Wan Seng:
1) Laksamana Cheng Ho seorang Islam dan sudah tiga kali naik haji
2) Hikayat Sultan Mansur Syah dengan Puteri Hang Li Po yang perlu dikaji semula. Dalam pembacaannya, tidak dan belum bertemu orang Cina dengan pangkal nama Hang. Mungkin juga Hang Li Po orang Melayu atau belum dapat dipastikan...
3) Laksamana Cheng Ho meninggal dunia bertahun-tahun sebelum naik Sultan Mansur Syah sebagai Sultan.
4) Orang Melayu orang adalah satu kaum yang sangat rajin bekerja iaitu melakukan pekerjaan pertanian. "Melayu Pemalas" hanyalah pandangan cetek penjajah iaitu pegawainya masa itu JWW Birch. JWW Birch melawat kampung Melayu pada waktu petang dan mendapati Orang-orang Melayu kebanyakan sedang berbaring, berehat di rumah masing-masing. Sebenarnya, Orang-orang Melayu bekerja gigih pada waktu pagi dan waktu petang adalah waktu untuk berehat.
5) Dr.Burhanuddin Al-Helmy adalah anak Melayu yang hebat. Beliau merupakan anak Melayu pertama mendapat PhD. Beliau adalah pejuang kemerdekaan dari golongan nasionalis dan golongan agama. Oleh kerana kehebatan beliau yang mampu memberi kesedaran kepada rakyat, maka beliau ditahan di dalam ISA. Semasa dalam tahanan, beliau tidak dibenarkan ke bilik air. Beliau yang menghidap Asma disuruh tidur di atas simen. Akhirnya, beliau mati di dalam tahanan ISA akibat komplikasi penyakit buah pinggang (kesan daripada menahan kencing kerana tidak dibenarkan ke bilik air) dan penyakit Asma yang bertambah kritikal kerana tidur di atas simen setiap hari.
6) Seorang sahabat Nabi bernama Saad Ibn Lubait telah bermusafir ke negara Cina dan mengembangkan Islam di situ. Akhirnya Islam berkembang dan keturunan Sahabat Nabi Saad Ibn Lubait ini masih ada iaitu dari keturunan Cina Hokkien.
- Masih banyak lagi kupasan-kupasan Sejarah yang dikemukakan oleh Dr. Ann Wan Seng dan tidak dapat dinyatakan sepenuhnya di sini. Dr. Ann Wan Seng juga telah menghasilkan banyak buku-buku hasil kajian dari pembacaannya. Malam itu juga, buku-buku tulisan Dr. Ann Wan Seng berjaya dijual seperti Pisang goreng! Justeru ternyata penduduk di kawasan Tambun ini sebenarnya RAJIN MEMBACA dan DAHAGAKAN ILMU YANG BERMANFAAT yang boleh membawa BAHAGIA dunia dan akhirat!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sekitar Jamuan Hari Raya Aidilfitri PAS Cawangan Ipoh Barat pada pagi Ahad, 25 November 2011 yang lepas

Wanita India turut hadir .............

Pengacara yang memeriahkan suasana

Ketua Muslimat Tambun merangkap Naib Ketua Muslimat PAS Perak turut meluangkan masa menghadiri program Jamuan PAS Cawangan Ipoh Barat...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-60 PAS


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CERAMAH ISU SEMASA

Assalamualaikum. Salam mahabbah, salam perjuangan buat semua muslimat. Ayuh!Luangkan sedikit masa untuk mendengar info sejarah sebenar. Jangan biarkan diri kita diselebungi,didendangkan dengan kisah sejarah negara yang dikuburkan  kebenarannya. Turut menjayakan ceramah ini ialah Pn. Zuhairah(Kak Ju), Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun. Jom ramai-ramai kita memenuhi:
ruang legar perkarangan Pejabat PAS Kawasan Tambun,
27September2011
Selasa
9.15malam

Semua muslimat dijemput hadir.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MUSLIMAT TAMBUN TURUN PADANG BANTU JAMUAN RAYA PAKATAN RAKYAT PERAK

 
Muslimat Tambun bergotong royong membuat persediaan sejak jam 5 petang.Lemang..antara juadah yang akan dihidangkan kepada para tetamu malam nanti
 Antara tetamu yang mengambil makanan di khemah muslimat
 Pn. Yusmaliza,Naib Ketua Muslimat Tambun (bertudung putih dan berbaju warna merah jambu) antara yang turut hadir
 AJK Muslimat Tambun : Pn. Carmila,Pn. Yusmaliza,Pn. Hanisha,Pn. Ezakia dan Pn. Salbiah sedang menjamu selera..
 Amboi..! Makan bersuap Pn. Ezakia kita..!
 Maklong(berdiri) rider muslimat yang datang dari Taiping..
 Khemah cucur udang dapat sambutan hangat!
 Tak menang tangan melayan tetamu yang ingin merasa cucur udang special hasil air tangan muslimat Taman Meru..
 Orang dapur...Pn. Hjh. Kamariah antara "chef" yang memanaskan kuali menggoreng cucur udang..
 Memang sedap..err..minta resepi..
 Pn. Rossitah,Ketua Muslimat Taman Meru/isteri Tn Hj. Asmuni Awi (bertudung merah jambu) orang yang menjadi tulang belakang penyediaan cucur udang special
 "15kg tepung gandum digunakan untuk sediakan cucur udang ", kata Pn. Rossitah. Apa yang pasti cucur udang pada malam ini memang habis semuanya!
 Dr. Najihah,Ketua Muslimat PAS Perak dan AJK DMPN bermesra dengan tetamu yang hadir
 Datin Fatimah Taat,isteri YB Nizar turut melawat dan bermesra dengan petugas di khemah cucur udang 
 Dr. Najihah memperkatakan sesuatu kepada Sdr. Rosli (berkerusi roda) sambil diperhatikan oleh Datin Fatimah
Kata-kata peransang kepada Sdr. Rosli.
23 September 2011-Tambun dipilih sebagai tuan rumah jamuan Raya Pakatan Rakyat Perak tahun 2011. PAS Tambun berasa sangat berbesar hati dengan pemilihan ini. Sambutan majlis ini telah diadakan di padang Meru 1B di mana PAS Tambun diberi tugas untuk persiapan tempat. Peranan Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun dan seluruh muslimat Tambun juga sangat dihargai dalam menjayakan kelancaran majlis ini. Antara menu yang disajikan ialah lemang,rendang,meehun sup,nasi tomato,nasi himpit,mee goreng dan cucur udang.Majlis diserikan dengan kehadiran pimpinan tertinggi PAS,DAP dan PKR.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEKITAR PROGRAM PENCERAMAH KELOMPOK

MUSLIMAT PERAK BERSEDIA UNTUK PRU KE-13
 Pn. Zuhairah, Naib Ketua Muslimat PAS Perak merasmikan program
 Antara wakil-wakil muslimat Zon Tengah yang hadir
 Dari kiri : Pn. Mazidah,Ketua Penerangan Muslimat PAS Perak, Ustz. Hjh Bariah,Timb. Ketua Lajnah Penerangan Muslimat PAS Perak dan Cikgu Khairul Anuar,Timb. Pengarah 2 JPN selaku penceramah jemputan
 Cikgu Khairul berkongsi ilmu berkaitan teknik menyampaikan pengisiandalam ceramah kelompok
 Antara muslimat Tambun yang hadir:Pn. Carmila,Pn. Salbiah, Pn. Yusmaliza, Cik Zalina dan Cik Nadiyana
 Sesi perbincangan di dalam kumpulan. Setiap kumpulan diberi situasi bagi ceramah kelompok
 Serius mengatur perbincangan...
 Apa agaknya yang lucu tu..!
 Muslimat tulang belakang perjuangan
 Ustz. Bariah memantau perbincangan kumpulan 
 Masih muda... namun bakat terserlah sebagai penceramah!
 Lagi bakal-bakal penceramah dari Tambun..
 Pelapis muda dalam DMPK Tambun...
 Sesi berkongsi pendapat
Khulasah daripada Ustz. Bariah terhadap keseluruhan pembentangan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CERAMAH ISU SEMASA

‘MEMBETULKAN FAKTA SEJARAH KEMERDEKAAN ’

 Panel :
1.DR. ANN WAN SENG
   PENGANALISIS SEJARAH

2.PEGUAM HAJI ASMUNI AWI
  AJK PAS PUSAT

3.PUAN ZUHAIRAH DATO’ GHAZALI
   NAIB KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PERAK



TARIKH : 27 SEPT. ’11 – SELASA

MASA : 9.15 MALAM

TEMPAT : PEJABAT PAS KAWASAN TAMBUN

PUSAT KOMERSIAL TAMAN MERU 2B, JELAPANG

Semua dijemput hadir.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS