DEDIKASI IKHLAS BUAT JURURAWAT
DEDIKASI TULUS BUAT SEMUA GURU
ZOOM 360 : MUKTAMAR DMPN KE-49
13 MEI 2012, Ayer Kuning - Muktamar Dwan Muslimat PAS Negeri Perak kali ke-49 berlangsung dengan lancar membawa tema "Muslimat Pemacu Kemenangan Penggerak Negara Berkebajikan". Seramai lebih 200 orang perwakilan dan pemerhati daripada seluruh kawasan di Perak hadir. Pada sidang muktamar kali ini, Yb. Dr Hajah Halimah Ali telah sudi hadir sebagai perasmi. Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya 3 Perak, Tn. Hj Razman turut hadir mewakili Badan Perhubungan PAS Perak. Dalam ucapan Yb Dr Hajah Halimah, antara lain beliau menegaskan perlunya muslimat memahami sebab-sebab perlunya memenangi pilihanraya yang bakal menjelang barulah dapat diterjemahkan dalam tindakan yang lebih tersusun dan mapan. Beliau juga mengingatkan kepada para perwakilan dan pemerhati daripada 24 kawasan di Perak yang hadir agar mempamerkan Islam yang dibawa oleh PAS boleh dirasai oleh bukan sahaja umat Islam khususnya malah non-muslim juga. Kata beliau lagi, semua ahli PAS perlu memiliki "successful thinking" berdasarkan kandungan intipati surah Al Fath. Tambah beliau kita semua adalah mata-mata rantai perjuangan rasululllah s.a.w. Terdahulu Dr Najihatussalehah Ahmad, Ketua Muslimat PAS Perak telah menyampaikan ucaptama di mana beliau telah menggariskan 6 perkara yang perlu dilakukan oleh muslimat dalam memastikan kemenangan:
1. memiliki aqidah perjuangan
2. keikhlasan yang tulus terhadap perjuangan
3. komitmen dan istiqomah dalam perjuangan
4. dengar dan taat arahan pimpinan
5. sanggup berkorban demi perjuangan
6. tidak gentar terhadap ancaman musuh
Muktamar kali ke-49 ini, membahaskan dua usul daripada Dewan Muslimat PAS Tambun dan kedua-dua usul ini telah diterima oleh para perwakilan. Satu usul tergempar telah diusulkan oleh Dewan Muslimat PAS Perak juga diterima sebulat suara oleh para perwakilan.










