Hebahan : KULIAH DHUHA
Jom ubah diri menjadi orang yang cintakan ilmu sepertimana Rasulullah cintakan ilmu.
Kuliah dhuha:
Tempat : Pusat Tarbiyah PAS Tambun, Taman Meru
Masa : 8.30 pagi
Jadual Kuliah Dhuha:
Sabtu (minggu pertama) - Ust. Jamalauddin Ahmad
Sabtu (minggu ke-2 ) - Ust. Suhaimi Wafir
Sabtu (minggu ke-3) - Ust. Huri
Sabtu (minggu ke-4) - Ust. Gema Hadi
Sila hebahkan kepada semua sahabat, jiran tetangga dan saudara mara.
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR
ZOOM 360 : MAJLIS JAMUAN RAYA AIDILFITRI PARLIMEN TAMBUN
9 September 2012 ~ 22 Syawal 1433, Tambun - PAS Kawasan Tambun mengadakan jamuan Hari Raya Parlimen Tambun di Padang Meru 1B, Meru bermula jam 5.00 petang hingga 7.00 petang. Alhamdulillah walaupun hujan turun renyai, tetapi para jemputan seluruh Tambun tidak henti-henti berkunjung.Apa yang dapat team DMPK Tambun katakan, jamuan Hari Raya pada kali ini sungguh istimewa. Antara menu yang disediakan lemang, rendang, nasi himpit kuah kacang, mee,meehun dan koeyteow goreng panas, keropok lekor, mee, meehun sup, laksa, aiskrim dan buah-buahan serta minuman sejuk dan panas. Semua cawangan dalam Parlimen Tambun termasuk Dewan-dewan - Dewan Muslimat dan Pemuda masing-masing menyumbangkan tenaga menjayakan jamuan pada kali ini. SYABAS kepada semua !
Zoom 360: Sultan Berjiwa Rakyat
Ribuan rakyat negeri Kelantan tidak melepaskan peluang untuk menghidupkan Ramadhan bersama Sultan Kelantan dalam program Qiam With Me di Istana Negeri di sini malam tadi.
Program julung-julung kali diadakan itu menerima sambutan luar biasa rakyat yang mahu bersama sultan kesayangan mereka Sultan Muhammad V.
Suasana malam tadi menyaksikan Dewan Jubli Perak, di Istana Negeri, Kubang Kerian itu penuh malah kesemua khemah diluar dewan juga sesak.
Program Qiam With Me bermula dengan Solat Isyak kemudian diteruskan dengan solat Terawih bersama Sultan Muhammad V.
Turut hadir pada program itu, saf kepimpinan negeri termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Selepas solat Isyak, program diteruskan dengan kuliah agama yang disampaikan penceramah popular dari Terengganu Ustaz Azhar Idrus sebelum masing-masing diberikan masa untuk berehat.
Program seterusnya dimulakan pada jam 4 pagi untuk qiamullail sehingga sahur dan kemudiannya solat Subuh secara berjemaah.
Sumber: Harakahdaily&Kelab Greenboc
DR MAZA: KISAH IBNU TAIMIYAH & PEMERINTAH MALAYSIA HARI INI
Kisah Ibn Taimiyyah bertemu Raja Tartar
Satu ketika Ibn Taimiyyah bersama dengan sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa dengan Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa telah menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan.
Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan:
“Beritahu Qazan, engkau mendakwa engkau seorang muslim, aku dengar bersama engkau ramai ulama. Habis mengapa engkau memerangi negeri kami? Bapa dan datuk engkau Hulako dahulu adalah kafir, tetapi mereka tidak menyerang negeri kami, sebaliknya membuat perjanjian. Adapun engkau berjanji tetapi mungkir, berkata tetapi tidak tunaikan.”
Kemudian berlangsunglah dialog antara Ibn Taimiyyah dan Raja Qazan. Selepas itu Raja Qazan berkenaan menjamu sekelian yang hadir ke majlis tersebut dengan hidangan. Kesemua yang hadir makan dengan lazatnya. Namun Ibn Taimiyyah tidak mahu makan. Lalu Raja Tatar itu bertanya: “Mengapa engkau tidak mahu makan?”.
Jawab Ibn Taimiyyah:
“Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil rampasanmu ke atas harta orang ramai? Kamu pula memasaknya dengan menggunakan kayu yang kamu potong daripada pokok-pokok milik orangramai!”.
Kata Raja Qazan: “Berdoalah untukku”.
Kata Ibn Taimiyyah:
“Ya Allah, jika hambaMu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan kalimahMu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaannya. Namun jika dia berperang kerana menunjuk-nunjuk, untuk mengangkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya”.
Ulama-ulama yang sedang makan dengan asyik hidangan Raja Tatar itu, masing-masing mengangkat jubah mereka. Lalu Ibn Taimiyyah bertanya mereka:
“Mengapa kamu semua mengangkat jubah?”.
Jawab mereka: “Kami bimbang jika Raja memancung kepala engkau, nanti darah engkau akan terkena jubah kami”.
Apabila keluar dari majlis berkenaan mereka berkata kepada Ibn Taimiyyah: “Engkau telah telah membahayakan kami, kami tidak mahu bersama dengan engkau lagi”.
Jawab Ibn Taimiyyah:
“Aku pun tidak mahu bersama kamu semua lagi” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 14/92, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Saya memetik cerita ini bagi menggambarkan kadang-kala betapa ramai mereka yang memakai gelaran agama seperti ulama, syeikh, mufti dan seumpamanya yang mementingkan jubahnya agar tidak kotor atau tercemar lebih daripada mementingkan tanggungjawab mereka sebagai ilmuwan Islam untuk menegakkan kebenaran kerana Allah.
Jika Ibn Taimiyyah tidak makan kerana mengenangkan nilai makanan yang dijamu, sementara ramai ulama lain yang ‘sebat semacam’ dalam kegawatan pertarungan yang seperti itu, apakah ulama di zaman keresahan rakyat miskin kini disebabkan kenaikan harga barang, akan mencontohi sikap Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, atau akan tiru macam ulama-ulama dalam majlis Qazan itu lalu mereka juga akan ‘sebat semacam’ jamuan mewah yang melampaui batas yang patut menggunakan harta rakyat.
..saya menulis ini bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri, bukan untuk orang lain. Ia boleh dibaca sebagai iktibar..
~ DrMaza.Com
Al-Fatihah
Takziah kepada Pn. Zuhairah,Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun di atas pemergian anakanda sulungnya Nazirul Mubin ke pangkuan Ilahi lewat petang tadi. Sesungguhnya pemergian anakanda di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan lagi mulia ini ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh. Al-Fatihah
31 Julai 2012
11 Ramadhan 1433H
Selasa

















