ZOOM 360 : KHIDMAT KESIHATAN UNTUK WANITA ZON KLEBANG
2:21 AM |
25 November 2012~ Program Khidmat Kesihatan : CEGAH KANSER SAYANGI DIRI telah sempurna dijalankan pada Ahad lalu. Program khusus untuk wanita ini telah menarik kehadiran wanita yang tinggal di sekitar ZON Klebang. Pelbagai acara menarik yang telah disusun oleh pihak penganjur antaranya Slot Tanyalah Doktor bersama Dr Roslina, tayangan multimedia untuk kanak-kanak, rawatan refleksiologi, pemeriksaan payudara, pap smear dan pemeriksaan tekanan darah.
PENDAFTARAN PESERTA
KEDATANGAN TETAMU : AJK HARIAN DMP NEGERI
PEMERIKSAAN KESIHATAN
INFO KESIHATAN
TANYALAH DOKTOR: Kanser payudara,serviks,rahim
Sdri Adila moderator slot Tanyalah Doktor
Dr Roslina memberikan penerangan tentang kanser yang menjadi pembunuh senyap wanita pada masa kini
TAYANGAN MULTIMEDIA UNTUK KANAK-KANAK
RAWATAN REFLEKSIOLOGI
Menunggu giliran .....
AIRMATA PALESTIN
12:37 AM |
APA DOSA SAUDARA KITA INI..?
APA DOSA ANAK INI..?
INIKAH NASIB MEREKA ..?
JANGAN SAMPAI DI AKHIRAT NANTI ALLAH TANYA KEPADA KITA MANA... BANTUAN KITA PADA SAUDARA KITA INI..?
MUSLIMAT DIGESA TERIMA CALON MUSLIMAT
11:05 PM |
MUKTAMAR DMPP ~ wakil Perak tegas calon muslimat
Perwakilan Perak Hasnah Abdul Samad berkata, orang pertama perlu menyokong muslimat menjadi calon adalah muslimat itu sendiri.
"Muslimat sendiri jangan tolak muslimat untuk jadi calon, macam mana orang lain nak yakin dengan kita, sedangkan muslimat sendiri tolak calonnya," tegasnya.
Hasnah turut menyindir kerajaan Umno BN yang masih tidak berani untuk mengumumkan tarikh pilihan raya.
"Pilihan raya sudah berdegar-degar, tapi pilihan raya tak datang-datang," katanya dengan loghat Perak turut diselangi ketawa perwakilan.
Beliau turut mencabar Muslimat agar mengambil alih jawatan Menteri Wanita yang kini dipegang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Exco Wanita! Tempat 'lelaki' itu perlu diganti oleh wanita. Siapa wanita itu? Ya, wanita itu adalah Muslimat PAS," laungnya dengan penuh bersemangat mengundang tepukan gemuruh perwakilan.
Beliau yang berucap pada sesi penggulungan turut mencuri perhatian Timbalan Pengerusi Tetap Fatimah Ismail kerana ucapannya yang penuh bersemangat.
"Masyallah rasa macam esok nak pilihan raya dah. Tahniah Perak," kata Fatimah Ismail sebaik sahaja perwakilan Perak selesai berucap
(sumber : Harakah)
HARUSSANI KENA TAUBAT - Ketua Ulama
10:57 PM |
Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib berpendapat, jika Mufti Perak, Datuk Harussani meminta Nutul Izzah Anwar bertaubat kerana kenyataannya, dia (Harussani) juga harus bertaubat juga.
"Bagi saya dia (Nurul Izzah) tidak perlu (taubat) kerana taubat kalau buat kesalahan besar. Jika itu kena bertaubat, Harussani juga kena taubat kerana dia tak sokong perjuangan Islam," kata Ustaz Harun Taib
Ustaz Harun berkata demikian ketika ditanya oleh wartawan tentang kenyataan Harussani yang meminta Nurul Izzah bertaubat kerana berkata, tidak ada paksaan dalam agama.
Bagi Harun, isu ini perkara biasa sahaja, "kita tak ambil berat isu itu, itu perkara biasa sahaja."
"Tanyalah benda yang lebih besar lagi misalnya yang (Tun Dr) Mahathir buat yang (Datuk Seri) Najib buat," kata Harun ketika diasak oleh wartawan mengenai isu itu dalam sidang media selepas perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS hari ini.
Menurutnya, Nurul Izzah membuat kenyataan, kebebasan itu tidak terhad kepada orang tertentu sahaja tetapi kepada semua bangsa.
"Misalnya orang Melayu sebelum masuk Islam dia bebas tetapi yang sudah masuk Islam, dia tidak bolehlah nak masuk Kristian ke," jelas Ustaz Harun.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















