Pada 6 Februari 2010 bersamaan hari Sabtu ini, DMP Tambun akan menganjurkan Program Jalinan Ukhuwah Bersama Masyarakat Cina di Kuala Kuang. Muslimat PAS Kawasan Tambun akan memasak kuih goyang bersama-sama wanita cina di Kuala Kuang bagi mengeratkan lagi silaturrahim dalam Pakatan Rakyat di samping sebagai Sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang. Semua muslimat cawangan diminta turun bersama-sama tepat pada jam 08.30 pagi di Markaz Chemor sebagai persediaan memasak dan menyambut kedatangan konvoi ADUN-ADUN Pakatan Rakyat ke seluruh Negeri Perak pada hari yang sama. Konvoi ADUN ini dijangka tiba di Markaz Chemor pada jam 09.00 pagi. Muslimat bersama wanita cina juga akan bersama-sama mengagihkan kuih goyang yang telah dimasak pada pagi itu kepada masyarakat sekitar Kuala Kuang.
MAJLIS MUNAJAT PERDANA DMP TAMBUN
Pada hari ini akan diadakan MAJLIS MUNAJAT PERDANA peringkat DMP Kawasan Tambun bagi memohon agar keputusan mahkamah pada 9 Februari 2010 ini akan berpihak kepada Pakatan Rakyat. InsyaAllah... Justeru Halwa telah menganjurkan majlis tersebut bertempat di Bilik Gerakan masing-masing di Manjoi dan Tambun. Program akan dimulakan dengan solat maghrib, bacaan Yassin, solat Isyak dan solat hajat. Semua muslimat dijemput hadir bagi bersama-sama memohon agar Daulah Islam akan terus berpijak di bumi Perak. Semua Muslimat Cawangan juga dianjurkan agar dapat mengadakan majlis seumpama itu di cawangan masing-masing sebelum keputusan mahkamah tersebut.
Sekian, harap maklum.
Ketua Penerangan DMP Tambun
MOHON SUMBANGAN PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT WANITA DUN MANJOI
Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun telah melangkah setapak ke hadapan dengan mewujudkan Pusat Khidmat Masyarakat Wanita DUN Manjoi. Ini adalah bagi menyahut moto Kerajaan Pakatan Rakyat Perak iaitu sebagai Negeri Berkebajikan. Sehubungan dengan itu bagi menjayakan Pusat Khidmat tersebut sumbangan para dermawan amatlah diharapkan untuk meninfaq ke pusat ini bagi menampung dana penubuhan. Sebarang bentuk sumbangan bolehlah disalurkan kepada :
Bendahari DMP Kawasan Tambun iaitu Pn. Fatimah, no tel bimbit 0195597431.
No. Akaun Bank Islam Bhd. : 08-0130-2337-8991
Sekiranya terdapat cadangan membina pusat ini amatlah dialu-alukan menerusi email dmptambun@yahoo.com.
Sekian, terima kasih.
Ketua Penerangan DMP Tambun.
DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN TAMBUN
LAJNAH KEBAJIKAN & MASYARAKAT
KERTAS KERJA CADANGAN
PENUBUHAN
PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT WANITA (PKMW)
DUN MANJOI
PENGENALAN
Berdasarkan kepada analisis Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi telah mencatatkan peratusan pengundi wanita melebihi peratus pengundi lelaki. Rentetan dari itu, Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun (DMP Tambun) di bawah Lajnah Kebajikan & Masyarakat dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Wanita DMP Tambun (HALWA) ingin mengambil inisiatif dan langkah progresif bagi mewujudkan Pusat Khidmat Masyarakat atau boleh juga dikenali sebagai PUSAT SEHENTI WANITA DUN MANJOI (One Stop Centre) khusus untuk pengundi wanita bagi memenangi hati mereka dan sekaligus dapat memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang.
Pelbagai aktiviti dan program yang menarik dan bermanfaat akan dirancang oleh DMP Tambun bagi memastikan kaum wanita menjadikan Pusat Khidmat Masyarakat ini sebagai tempat rujukan dan persinggahan utama kelak. Selain itu bagi menangani isu gejala sosial di kancah masyarakat seperti nasib anak gadis yang terjebak masalah mengandung luar nikah tentunya memerlukan suatu tempat perlindungan atau bantuan bagi mereka kembali ke pangkal jalan.
Begitu juga wanita yang tidak berkerjaya seperti surirumah dan ibu tunggal dan memerlukan sumber kewangan, akan diberi bantuan kemahiran dan ilmu bagi mereka memanfaatkan untuk ekonomi rumahtangga.
OBJEKTIF
1. Menyediakan tempat bagi pendaftaran pengundi baru dan rujukan status mengundi.
2. Menjadi tempat rujukan dan pengumuman program-program PAS terutama program kawasan
3. Menyediakan tempat rujukan untuk masyarakat setempat menyampaikan sebarang aduan dan masalah berbangkit sekaligus penyelesai masalah tersebut.
Membantu masalah masyarakat setempat atau masalah sosial
Membantu masalah wanita & rumahtangga
Membantu masalah undang-undang
4. Menyediakan aktiviti dan program berkaitan dengan wanita meningkatkan ilmu kewanitaan seperti kelas menjahit, memasak, kraftangan dan lain-lain.
5. Meningkatkan taraf ekonomi wanita khususnya kepada ibu tunggal dan surirumah dengan menganjurkan kursus dan bengkel atau membantu mencari tempat kursus yang mampu memberi ilmu kepada wanita untuk menjalankan perniagaan sendiri mengikut kemahiran masing-masing.
6. Sebagai tempat pengajian ilmu kewanitaan, duniawi dan ukhrawi
7. Berfungsi sebagai tempat perlindungan wanita seperti dianiaya dan gadis keterlanjuran.
8. Membantu wanita dari sudut kesihatan dengan menyediakan rawatan percuma dan kauseling kesihatan
9. Mempromosi produk Islam terutama wanita dengan menyediakan tempat berupa kedai
10. Berfungsi sebagai Pusat Pengurusan Jenazah
11. Sebagai Pusat Sehenti Wanita DUN Manjoi
AKTIVITI DAN PROGRAM YANG AKAN DIRANCANG
Lajnah Kebajikan & Masyarakat DMP Tambun dengan kerjasama HALWA akan merancang aktiviti dan program dengan sistematik dan berkesan bagi memastikan agar program dirancang mampu menarik minat masyarakat setempat khususnya wanita.
Satu jadual perancangan program untuk seminggu akan disediakan dengan memenuhi kehendak kesemua objektif di atas. Contoh jadual tersebut adalah seperti Lampiran I
TEMPAT
Adalah dicadangkan bahawa tempat yang strategik bagi menubuhkan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Manjoi adalah di KDAS 2. Tempat tersebut telah dikenalpasti berada di tengah-tengah lingkungan masyarakat DUN Manjoi dan dikenali oleh kebanyakan penduduk. Pengangkutan ke sana juga adalah mudah dan berdekatan perumahan penduduk setempat. Selain itu pihak DMP Tambun memandang positif bahawa tempat tersebut mampu menjadi ’one stop centre’
BELANJAWAN
Dana bagi membiayai aktiviti dan program PKMW adalah melalui sumbangan orang ramai, pemberian zakat dan melalui biaya dari PAS Kawasan Tambun sendiri. Pihak DMP juga akan mengutip dana dari sumber ekonomi mempromosi produk Islam dan memasarkan produk yang dilaksanakan oleh wanita yang telah mengikuti bengkel dan kursus anjuran PKMW. Selain itu melalui yuran-yuran yang dikenakan bagi menganjurkan sebarang kursus dan bengkel yang akan diadakan dari semasa ke semasa.
Bagi melicinkan aktiviti dan program PKMW, adalah dicadangkan agar seorang pekerja digaji bagi memastikan agar jadual aktiviti dapat dilaksanakan dengan berkesan dan berjaya. Sila rujuk lampiran II untuk anggaran belanjawan PKMW.
PENUTUP
DMP Tambun berharap agar Kertas Kerja Cadangan Penubuhan Khidmat Masyarakat Wanita di DUN Manjoi ini mendapat perhatian dari PAS kawasan Tambun untuk diteliti dan dipersetujui perlaksanaannya. Besarlah harapan pihak DMP dan masyarakat wanita khususnya bagi melihat agar terbinanya suatu PKMW yang mampu menjadi ’Pusat Sehenti’ yang bukan sahaja berperanan menjadi tempat aduan masalah tetapi sebagai pemudahcara untuk wanita menyelesaikan masalah kehidupan selain sebagai fungsi untuk kaum muslimat dan wanita melaksanakan gerak kerja kemasyarakatan di samping menyampaikan dakwah Islamiyyah tentunya.
Pihak DMP Tambun juga bersedia dan menerima segala cadangan, kritikan dan tambahan bagi merealisasikan agenda ummah ini dengan mendidik masyarakat melalui PKMW dan sebagai satu tanggungjawab sosial dan fardhu kifayah muslimat PAS Kawasan Tambun.
Lampiran I
CONTOH JADUAL PROGRAM PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN MANJOI
JADUAL TETAP UNTUK SEMINGGU
HARI MASA AKTIVITI/PROGRAM CATATAN
Isnin 10.00 pagi -12.00 tghr
02.30 – 4.30 ptg
Sesi kaunseling dan aduan – masalah masyarakat setempat
Selasa 10.00 pagi -12.00 tghr
02.30 – 4.30 ptg
Sesi kaunseling dan aduan – masalah wanita & rumah tangga
Rabu 10.00 pagi -12.00 tghr
02.30 – 4.30 ptg
Sesi kaunseling dan aduan – masalah undang-undang dan hak
Sabtu / Ahad
09.00 – 01.00 pagi
Kuliah agama / Kursus / Seminar / Bengkel
03.00 - 05.00 petang
Kelas Suri
Lampiran II
BELANJAWAN UNTUK SEBULAN
PENDAPATAN RM
Sumbangan orang ramai 200.00
Zakat 200.00
Jualan produk Islam 100.00
Jualan hasil produk wanita 100.00
Sewa tempat jualan 100.00
Biaya Kawasan PAS Tambun 1,100.00
Jumlah Pendapatan 1,800.00
PERBELANJAAN RM
Sewa Tempat 380.00
Gaji Pekerja (kerani) 600.00
Bil Air / Elektrik / Telefon 120.00
Kelengkapan pejabat 500.00
Lain-Lain 200.00
Jumlah Perbelanjaan 1,800.00
LEBIHAN/KURANGAN -
Konvensyen Blogger 2009 - anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat
Konvensyen Blogger PAS 2009 telah berlangsung dengan jayanya di Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar pada 20 Disember 2009. Turut dihadiri oleh seorang muslimat PAS Tambun yang turut berblog selepas PRU-12 di sini http://inamadia.blogspot.com
UCAPTAMA PRESIDEN PAS
Pembentangan Kertas Kerja 1 oleh Prof.Madya Abu Hassan Abdullah (UM).
Maklumat yang sangat berguna disampaikan oleh Prof.Madya Dr.Abu Hassan Abdullah. Strategi berkesan perlu disusun berdasarkan maklumat kajian Dr.Abu Hasan Abdullah. Terima kasih banyak Dr. Abu Hassan atas usaha anda. Semoga usaha anda mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.
Pembentangan Kertas Kerja 2 oleh Ustaz Abdul Ghani Samsudin, disampaikan agak lewat kerana Ustaz Ghani ada perjumpaan bersama Dr.Yusuf Al-Qardhawi.
Antara hadirin yang hadir:
J.K.R??? apa tu?
Bile berbicara soal keterlibatan muslimat dlm jemaah,pelbagai isu dan situasi timbul:
1) suami saya dh aktif PAS, cukup la dia sorang, saya nak tumpukan utk besarkan anak2
2) bukan x nak terlibat tapi susah la nk masuk dgn mak cik2,depa x terima kami org muda ni..(antara alasan)
3) suami saya x bagi aktif...
4) anak kecil lagi
Jadi suka saya tolong jawap kan alasan2 di atas:
1) memang dh jadi tanggung jawab seoarng isteri mentarbiyah anak2, tapi yakin la dgn bawa anak2 ke pgrm juga merupakan satu tarbiyah secara langsung. Roh dan semangat perjuangan akan tertanam dalam diri anak2 sejak kecil lagi...bukan kah dgn cara itu maka akan lahir seorang jundi yg hebat!
2) golongan muda perlu merendah diri dan bersedia utk bermula dr bawah...walau pun dulu jawatan besar dlm jemaah islam kampus dan kini menjawat jawatan peting dlm kerjaya, tak salah utk bermula dr bawah dgn terlibat dlm cawangan, mula dgn jadi AJK makanan utk pgrm2 cawangan, pastu tlg set up laptop utk pgrm, dari situ la kita bina hubungan dgn golongan senior dlm jemaah. Ini kerana golongan muda dan yang senior saling memerlukan...
3) Bincang elok2 dgn suami...kalo suami yg x bagi aktif tu xfaham jemaah xpe...ini ada di kalangan yg kahwin melalui baitul muslim pun menghadapi masalah tersebut..ingat balik tujuan asal perkahwinan...mahalah tarbiyah...dan buat la janji2manis agar komitmen kite pada keluarga tidak terjejas dgn penglibatan dlm jemaah :)
4) kalau nk tunggu anak besar, keluar pulak no 2...no 3 dan setrusnya...so hasilnya x berpeluang lah kite nk terlibat dgn jemaah islam..bile anak2 dh besar, kite dh tua, sibuk pula mengasuh cucu...kite patut ambil contoh YB ustazah zailah...sambil memandu ke tempat pgrm beliau sempat menyusukan anak...
Kesimpulan : Jadilah muslimah besi yg mampu menyeimbangkan ketiga tiga peranan dalam JKR...Jemaah, Kerjaya, Rumahtangga..insya-Allah
WANITA PENGHULU SYURGA
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda, “Wanita penghuni syurga yang paling utama ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Asiah binti Muzahim, isteri Firaun dan Maryam binti Imran”. [Diriwayatkan Ahmad dan Al-Hakim]
TATKALA IMAN BERBICARA....
Tatkala aku berkira-kira dalam berkorban harta, lantas Iman berkata, ”Ingatkah engkau akan Khadijah binti Khuwailid? Dia sanggup berkorban kesemua hartanya demi perjuangan suaminya sehinggakan di saat sakaratulnya dia masih mampu berkata, ”Wahai rasul utusan Allah, tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah. Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini”.”
Tatkala aku bersungut dengan rutin harian yang tak habis-habis, lantas Iman berkata, ”Ingatkah engkau akan Fatimah binti Muhammad? Seorang isteri yang taat dan sabar dalam mengurus rumahtangga yang dibina bersama Saidina Ali, khalifah Ar-Rasyidin. Mengasuh anak-anak yang menjadi pemimpin para penghuni syurga, Al-Hassan dan Al-Hussin. Sebagai puteri Rasulullah yang menjadi pengubat kesedihan dan penghibur hati sepanjang perjalanan dakwah ayahnya.”
Tatkala aku berasa gusar dan takut dengan ujian dan mehnah perjuangan, lantas Iman berkata, ”Ingatkah engkau akan Asiah binti Muzahim? Ujian terbesar baginya adalah mempertahankan keimanannya daripada suaminya, Firaun. Selama 40 tahun dia merahsiakan keislaman dan keimanannya daripada Firaun. Pada suatu ketika Firaun mengetahui keislamannya, Firaun memerintahkan Asiah disiksa dan dipaku tubuhnya dengan pasak besi. Walaupun diarah Firaun untuk murtad, namun Asiah tetap dengan pendiriannya dengan berkata, “Engkau hanya dapat menyeksa diriku saja, namun diriku berada dalam jagaan Allah SWT, walaupun engkau cincang-cincang tubuhku, tidak akan berkurang keimananku melainkan rasa cintaku pada-Nya tetap tumbuh dan bersemi."
Tatkala aku berasa sedih apabila hilang tempat bergantung, lantas Iman berkata, ”Ingatkah engkau akan Maryam binti Imran? Wanita suci yang warak dan sangat menjaga kehormatan diri. Allah menurunkan ujian yang amat berat ke atasnya. Apabila Allah utuskan Malaikat kepadanya lalu ditiupkan roh Nabi Isa ke rahimnya, gundah gulanalah Maryam memikirkan dirinya yang mengandung tanpa suami dan anaknya yang tidak berbapa dan bagaimana dia perlu berdepan dengan kaumnya yang pasti akan menyakiti diri dan anaknya. Akan tetapi itu semua dihadapi Maryam dengan penuh kesabaran dan rasa redha menerima qadha dan keputusan ALLAH.
HATI
Hati,
Dikala hatiku masih berbolak balik,
Bisikan dan hasutan syaitan silih berganti,
Ku kuatkan semangat melawan semampu mungkin,
Aaargh, lemahnya diriku kerna sering tertewas!
Hati,
Kerapuhan hati kian meningkat,
Dek kerana titik hitam yang menyelinap dan bersembuyi dihatiku,
Terasa begitu sakit dan pedih apabila virus kian merebak merosakkan hati ini,
Sungguh sukar untukku mendapatkan penawarnya,
Hati,
Sesungguhnya, menjagamu amat sukar bagiku,
Ku tetapkan hati ,
Hati ini mesti dilindungi dan dikasihi,
Tidak tegar untukku menzalimi hati yang diciptakan suci dan bersih,
Hati,
Ku mengorak 1001 langkah yang membawa hati ini dekat kepadaNya,
Agar sentiasa terpelihara,
Kerna, terlalu lemah untukku memeliharanya,
Ya Allah,
Sesungguhnya aku mengerti ,
Hati ini hanya untukMu,
Ya Allah,
Hanya padaMula aku berserah,
Hanya padaMu, selayak-layaknya hati ini kembali ,
Janganlah Engkau membiarkan hati ini dizalimi,
Ya Allah kepadaMu aku bersandar agar hati ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmatMu





