HARGAI KESIHATAN ANDA.....

DMP TAMBUN mengucapkan takziah kepada seorang muslimat Taman Hiburan yang telah meninggal dunia baru-baru ini (Sabtu -11 Disember 2010) kerana kanser payu dara. Beliau dimaklumkan telah tenat semenjak beberapa hari sebelum allahyarhamah meninggal dan telah dirawat Hospital Besar Permaisuri Bainun. Kepada muslimat semua hargailah kesihatan anda. Al Fatihah buat allahyarhamah....



Oktober bulan merah jambu
Health
    
Pemeriksaan berkala pada payudara dapat menyelamatkan nyawa wanita kerana walaupun tidak dapat dicegah, barah payudara pada peringkat awal boleh diubati.
1 of 3
  • BERGAMBAR...Rohani tengah bersama Winnie(lima dari kanan) serta Choo bergambar bersama tetamu
SETIAP wanita harus memeriksa payudara pada setiap bulansetiap kali selepas haid bermula pada hari ketujuh bagi memastikan payudara dalam keadaan normal serta mengesan tiada benjolan berbahaya pada payudara mereka.

Walaupun barah payudara berlaku pada usia 30 tahun ke atas, pemeriksaan awal terutama selepas haid pertama pada setiap bulan memungkinkan wanita terbiasa dengan perubahan yang ada pada payudara mereka, seterusnya mendapatkan rawatan segera.

Menurut Presiden Pertubuhan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), Ranjit Kaur, barah payudara tidak boleh dicegah, namun pengesanan awal membolehkan penghidap mampu menjalani kehidupan lebih panjang serta berkualiti.

"Wanita harus prihatin pada perubahan yang berlaku pada payudara mereka. Ibarat sebiji jerawat yang tumbuh pada kulit muka, wajah akan dibelek setiap hari, jerawat akan dipicit, begitu juga dengan payudara.

"Sentuh, pegang serta rasai perubahan pada payudara setiap hari bermula pada usia remaja sehingga apabila usia anda mencecah 30 tahun, perubahan yang tidak normal akan mudah dikesan, seterusnya segera mendapatkan rawatan," katanya.

Tambah Ranjit, apabila wanita meningkat usia 30 tahun mereka harus berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan secara klinikal. Ini kerana pemeriksaan secara terperinci akan dilakukan bagi mengesan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada payudara.

Apabila usia meningkat 40 tahun, wanita harus menjalani rawatan mamogram pada setiap tahun bagi mengesan sekiranya terdapat sel barah. Rawatan mamogram mampu mengesan sel barah dua tahun lebih awal sebelum merebak.

"Mamogram adalah ujian untuk mengesan perubahan pada tisu payudara dengan menggunakan mesin pengimbas khas. Ini dilakukan dengan menekan payudara di antara dua kepingan logam.

"Walaupun akan menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan, ia hanya untuk beberapa ketika. Rawatan mamogram boleh mengukur saiz dan penyebaran barah pada payudara serta mengesan barah pada payudara sebelah lagi.

"Sekiranya sel barah masih terlalu kecil dan berada pada peringkat pertama, rawatan segera membantu mengelak sel merebak.

"Malangnya 30 peratus hingga 60 peratus pesakit yang datang ke hospital sudah berada pada tahap kritikal iaitu tahap tiga dan empat serta tidak mempunyai harapan untuk sembuh," katanya.

Ranjit menjelaskan, rawatan kepada penghidap barah bergantung kepada jenis dan tahap keterukan barah. Sekiranya wanita didiagnosa menghidap barah payudara, mereka perlu mendapatkan khidmat kaunseling terlebih dulu sebelum menjalani rawatan.

"Kajian menunjukkan kaunseling, sokongan dan maklumat mengenai penyakit dan rawatan yang dijalankan akan membantu memulihkan pesakit serta mengurangkan masalah yang ditanggung pesakit sama ada dari segi fizikal dan emosi," jelasnya.

Antara rawatan yang dijalankan adalah pembedahan sama ada membuang atau tanpa membuang payudara, pembentukan semula payudara, radioterapi, kemoterapi dan terapi hormon yang semuanya mempunyai kesan berbeza bergantung kepada tahap keterukan kanser.

Walaupun pelbagai program diadakan mengenai bahaya barah payudara, ramai wanita masih tidak mahu melakukan pengesanan awal sehinggakan barah ini menjadi pembunuh utama wanita berbanding penyakit lain.

Menurut Daftar Barah Kebangsaan (NCR), sejak dua tahun lalu, sekurang-kurangnya 70,000 kes barah baru dilaporkan dan barah payudara adalah ancaman paling besar.

"Kadar kematian yang tinggi dan meningkat setiap tahun tidak seharusnya berlaku. Walaupun barah payudara tidak boleh dicegah, pengesanan awal mampu memberi peluang kepada pesakit untuk hidup lebih lama. Sekurang-kurangnya mereka mempunyai banyak masa bersama keluarga serta menjalani kehidupan lebih bermakna," katanya.

Menurut Ranjit, setiap tahun BCWA mengadakan pelbagai kempen, bengkel serta pameran di pusat beli-belah mengenai bahaya barah serta meminta sukarelawan menunjukkan cara menjalankan pemeriksaan payudara sendiri.

Bulan Oktober setiap tahun dipilih sebagai bulan barah payudara sedunia bagi memberi kesedaran kepada wanita mengenai bahaya penyakit ini.

Tambahnya, dia sangat berbesar hati apabila ada syarikat korporat seperti Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad menjadi penaja kempen unik Pink Oktober anjuran Gleneagles Kuala Lumpur bagi mengumpul dana RM75,000 untuk disalurkan kepada BCWA.

Menerusi kempen ini, orang ramai boleh memberikan sumbangan dengan membeli beg Pink Couture rekaan pereka fesyen Bill Keith yang diperbuat daripada kanvas serta boleh dikitar semula bernilai RM25.

Turut hadir pada majlis berkenaan, pereka kasut tersohor, Profesor Datuk Jimmy Choo yang berkongsi cerita mengenai ketabahan ibunya yang menghidap barah payudara yang berjaya dikesan sejak peringkat pertama.

Menurut Choo, ibunya sangat mementingkan kesihatan dan sering menjalani rawatan kesihatan di hospital sebelum dikesan menghidap barah.

"Keterbukaan wanita serta bersedia menghadapi sebarang kemungkinan mengenai penyakit yang mereka hadapi memungkinkan penyakit barah payudara mampu dikesan lebih awal sebelum merebak ke tahap lebih kritikal.

"Sebagai contoh, ibu saya menghidap barah payudara, namun dia menerima dengan tabah serta menghadapi hari-hari mendatang dengan gembira. Ini kerana kegembiraan serta ketenangan membuatkan kehidupannya lebih berkualiti dan bermakna.

"Tambahan pula, apabila seluruh keluarga memberi sokongan kepadanya sama ada dalam bentuk mental dan fizikal sehingga dia mampu menjalani kehidupan yang sangat baik sepanjang 15 tahun sebagai penghidap barah," katanya.

Menurutnya, setiap wanita harus mempunyai kesedaran, pengetahuan serta tanggungjawab kepada diri sendiri dengan menjalani pemeriksaan awal barah payudara. Walaupun mereka tidak menghidapnya atau masih berada pada peringkat awal, pemeriksaan harus dilakukan terutama bagi wanita yang sudah meningkat usia 40 tahun, lakukan pemeriksaan pada setiap tahun.

Selain itu, orang ramai harus memberi sokongan kepada pesakit barah tidak kira dalam bentuk apa sekalipun. Sokongan moral dan emosi mampu menghalang sel daripada merebak lebih cepat di samping rawatan kesihatan di hospital.

"Seperti yang dilakukan pada hari ini, walaupun hanya membeli sebuah beg bernilai RM25, anda mampu membantu mereka yang memerlukan. Malah, perkataan dan lambang pada beg walaupun hanya reben berwarna merah jambu, mesej yang ingin disampaikan sangat besar iaitu ´fikirkan mengenai kesihatan´," katanya.

Selain Choo, turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim; pemilik Pusat Mutiara Rafflesia, Winnie Sin serta perunding bedah barah payudara Gleneagles Kuala Lumpur, Datuk Dr Suseela Nair serta selebriti tanah air.

Orang ramai boleh membeli beg Pink Couture berharga RM25 di Gleneagles Kuala Lumpur serta Menara Great Eastern.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti yang diadakan Gleneagles Kuala Lumpur sempena bulan Pink Oktober, anda boleh melayari laman sesawang www.gleneagles.com.my.

Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)

Periksa payudara anda pada hari ketujuh hingga ke-10 ketika haid. Terdapat tiga kaedah PSP yang dilakukan iaitu:

Kaedah 1

Periksa payudara ketika berbaring dengan meninggikan bahu kanan menggunakan bantal atau tuala.

* Tekan payudara sebelah kanan menggunakan tangan kiri dengan pergerakan membulat dan rasakan sebarang ketumbuhan atau penebalan kulit.

* Picit puting dan kawasan di sekelilingnya perlahan-lahan dan periksa untuk memastikan kewujudan cecair jernih atau berdarah.

* Ulangi langkah yang sama pada payudara sebelah kiri.

Kaedah 2

* Berdiri di hadapan cermin untuk memeriksa payudara.

* Periksa payudara ketika berdiri tegak, tangan diangkat ke atas dan kemudian memeriksa payudara dengan tangan di pinggang.

* Perhatikan sebarang perubahan dari segi saiz, bentuk, kehadiran lekukan atau sebarang perubahan dari segi rupa bentuk dan kedudukan puting. Pastikan anda memeriksa kedua-dua payu dara.

Kaedah 3

* Dengan kaedah ini anda boleh melakukan PSP ketika mandi iaitu apabila kulit anda basah dan bersabun.

* Pastikan jari tangan kiri anda rata dan lakukan pada payudara kanan dengan tangan kanan diangkat ke atas. Ulangi kaedah yang sama untuk payudara sebelah kanan.
Source : Harian Metro
By : Siti Zarinah Sahib

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenyataan Media : Muslimat PAS alu-alukan langkah menyediakan bas khas untuk wanita

Ditulis oleh Nuridah Mohd Salleh   
THURSDAY, 02 DECEMBER 2010 17:57
Dewan Muslimat PAS Pusat sangat mengalu-alukan langkah baik Rapid KL mengadakan perkhidmatan bas khas bagi golongan wanita saja.  Langkah ini tepat pada masanya dan amat sesuai dengan senario semasa di mana ramai penjawat awam dan swasta dari kalangan wanita menggunakan perkhidmatan bas untuk pergi balik ke pejabat dan rumah mereka terutamanya di waktu sesak di bandar-bandar besar seluruh negara.

Sedikit masa dulu kita berasa amat selesa apabila KTM memulakan perkhidmatan koc khas untuk wanita pada waktu sesak.  Tindakan tersebut mendapat respon yang sangat menggalakkan.  DMPP turut turun padang dan membuat kajian rambang serta mendapati perkhidmatan tersebut disokong oleh para pengguna baik dari kalangan wanita mahupun lelaki.

Langkah ini juga sudah lama dinanti-nantikan serta telah beberapa kali disuarakan oleh badan-badan NGO Wanita yang prihatin terhadap keselesaan dan keselamatan golongan wanita di dalam menggunakan pengangkutan awam.  Malah di negara-negara maju di Eropah seperti Sweden, langkah-langkah ini telah terlebih dulu dilaksanakan serta terbukti ianya membantu mengurangkan kadar jenayah dan gangguan seksual terhadap wanita.

Jika kita menoleh kebelakang sejenak terhadap manifesto PAS pada PRU 12, Mac 2008, di antara tawaran yang hendak PAS laksanakan adalah menjaga keselesaan dan keselamatan wanita dengan menyediakan pusat rekreasi dan sukan khas untuk wanita.  Termasuk juga perkhidmatan pengangkutan awam khusus bagi golongan wanita.

Sehubungan itu tindakan ini dilihat sesuai dari sudut tuntutan Islam di mana Islam telah meletakkan martabat yang tinggi terhadap wanita serta menuntut dipelihara maruah mereka dengan sebaik-baiknya.  Tindakan menyediakan perkhidmatan bas khas bagi wanita ini dapat dirasakan kesesuaiannya dengan iktibar dari hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi; yang mafhumnya; "Sebaik-baik di kalangan kamu, adalah orang yang paling baik dengan isterinya, dan Akulah dari kalangan kamu yang paling baik dengan isteriku".

Nuridah Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
2 Disember 2010

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HIMPUNAN MUSLIMAT ULU KINTA (HAMUK)










HALWA DUN Ulu Kinta telah menganjurkan Himpunan Muslimat DUN Ulu Kinta pada 21 November 2010 (Ahad) bertempat di Srati Tanjung Rambutan. Program ini telah dimulakan dengan ucapan aluna Ketua Halwa DUn Ulu Kinta iaiatu Pn. Salbiah Din dan Ketua DMPK Tambun, Pn. Zuhairah Hj Mohd Ghazali. Penganjur telah menjemput penceramah khas iaitu YB Dr Siti Mariah Mahmud yang merupakan ahli parlimen Kota Raja, Selangor dan Pengarah Pilihanraya DMP Pusat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun mengucapkan salam Aidil Adha.. Maaf Zahir Batin...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Pusat sempena Pelancaran Briged Muslimat


Dewan Muslimat PAS Pusat mengambil langkah proaktif dalam menyediakan satu platform atau saluran kepada wanita muda yang berminat untuk bergiat aktif dalam segala gerakerja dan aktivitinya.  Ini sekaligus membuktikan bahawa muslimat memberikan ruang yang sangat luas kepada golongan ini untuk memberikan sumbangan.
 
Selama ini, Muslimat PAS seringkali diajukan dengan soalan klise, “di manakah golongan wanita muda dalam PAS” walhal mereka sudah begitu lama melibatkan diri masing-masing dalam meneruskan agenda perjuangan parti.  Oleh kerana mereka tidak dijenamakan dengan gelaran tertentu, maka masyarakat secara umumnya menganggap bahawa PAS terutamanya muslimat tidak memberikan ruang dan peluang kepada golongan wanita muda ini.

Selain daripada itu, di dalam Muktamar Tahunan Muslimat dua tahun kebelakangan ini, timbul usul daripada muslimat berkenaan pentingnya mewujudkan satu dewan khusus untuk golongan wanita muda.  Namun, setelah dibahaskan dengan cermat, muktamar  menolaknya dengan alas an bahawa Dewan Muslimat telah lama memberikan laluan dan peluang kepada wanita muda untuk aktif dalam Dewan Muslimat di semua peringkat dalam semua bidang dan aktiviti.

Oleh itu, dengan tertubuhnya “Briged Muslimat”, maka Muslimat PAS membuktikan bahawa sejak dari dulu hingga kini, kami sangat menghargai bahkan mengalu-alukan peranan yang telah dan bakal dimainkan oleh golongan wanita muda di dalam PAS.

Penglibatan dalam "Briged Muslimat" ini melangkaui bangsa dan kaum asalkan mereka berminat untuk bersama-sama membantu PAS dalam sebarang gerakerja yang akan menarik golongan wanita muda untuk menyokong atau terus menjadi ahli PAS.

Pasukan ini akan bergerak secara aktif ke seluruh Negara untuk meningkatkan kefahaman politik golongan wanita muda seterusnya menerangkan kepada mereka pentingnya menyokong PAS dan seterusnya Pakatan Rakyat.

NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
Shah Alam, Selangor
1 Zulkaedah 1431H bersamaan 9 Oktober 2010

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEMINAR PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA












Anjuran Lajnah Pemerkasaan Parti Islam Semalaysia Kawasan Tambun, Seminar Perlembagaan PAS telah diadakan pada 31 Oktober 2010 bermatlamat memperkasakan ahli PAS tentang Perlembagaan PAS terutama pimpinan cawangan dengan lebih jelas dan memberi peluang mengutarakan sebarang kemusykilan kepada penceramah yang dijemput khas iaitu Tn Hj. Subki Abdul Latif, pengarang Harakah yang terkenal dengan ketajaman pena dan artikel yang sangat padat dengan hujah dan informasi terkini. Bertempat di Chepor, seminar telah dimulakan dengan ucapan aluan Ketua Lajnah Pemerkasaan Parti iaitu Ustaz Luqmanul Hakim dan ucapan Yang Dipertua PAS Kawasan Tambun merangkap Ketua Lajnah Pemerkasaan Parti Negeri Perak iaitu Dr. Khairuddin Dato' Hj Abdul Malik. Pelbagai informasi, nasihat dan panduan yang telah disampaikan oleh Yang Dipertua Kawasan serta cadangan bagi memperkasa program kawasan antaranya bagi menganjurkan Pasar Tani PAS Kawasan Tambun yang akan dimulakan pada Disember 2010 ini dengan memuatkan 40 gerai.

Peserta seminar juga telah melontarkan pelbagai soalan berkaitan perlembagaan PAS kepada penceramah. Semianr berakhir dengan doa wehdah dan doa kira-kira jam 12.30 tengahari dengan harapan agar peserta bukan sahaj memahmi perlembagaan tetapi menghayati dan mengaplikasinya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ISLAMIC FASHION FESTIVAL, ISLAMIKKAH ?


Jika seorang Islam sendiri mengakui dan mengiktiraf pakaian wanita Islamik adalah tidak menutup aurat seperti yang sepatutnya di dalam hukum Islam, maka bagaimana orang bukan Islam hendak memahami dan mengetahui bahawa seorang wanita Islam hendaklah berpakaian menutup aurat selengkapnya. 'Mereka' ini seolah-olah telah mengizinkan pakaian wanita Islam adalah seperti yang telah direka oleh pereka fesyen yang tidak memahami aurat wanita Islam walaupun pereka fesyen itu mungkin adalah orang Islam sendiri. Kita harus sedar bahawa Islam tidak dipraktikkan secara syumul dan mengikut Al-Quran dan sunnah. Kita masih terikut-ikut dengan acuan barat dan yahudi. Itulah yang terjadi jika Islam tidak dipegang atau dipimpin oleh mereka yang tidak mengenali dan menghayati Islam sebenarnya. Maka berlakulah episod sebuah 'festival' yang dikatakan Islamik tetapi diperlekehkan dan direndahkan hukum Islam itu sendiri.

ISLAMIC FASHION FAST BECOMING LUCRATIVE BUSINESS, SAYS ROSMAH

Bernama - Tuesday, August 10

KUALA LUMPUR, Aug 10 (Bernama) -- Islamic fashion is fast becoming a lucrative business with the current market estimated to be worth more than US$96 billion (RM302 billion) a year, said Datin Seri Rosmah Mansor.

Rosmah, wife of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, said it was an enormous market that had yet to be fully tapped.

"The global Muslim population comprises one of the fastest-growing consumer markets in the world, hence representing a major growth opportunity for businesses around the globe, including in the fashion sector," she said at the opening of the Malaysian-inspired festival, the Islamic Fashion Festival (IFF) Gala Dinner and Fashion Show, at the Monaco Sporting Club in Monte Carlo Monday night. The text of her speech was released here.

The event was attended also by, among others, Prince Albert II of Monaco, Qatar Prime Minister Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, Najib and Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Rosmah said that according to the prestigious Dubai French Fashion University Esmod, over half of the world’s 1.6 billion Muslim population is spending a substantial part of their annual income on fashion and accessories.

"This recent interest in Muslim fashion signals the changing dynamics of the ever-increasing interaction among Eastern and Western cultures. Nowadays, Muslim women can choose from a broad selection of designs to create a look that matches their values, traditions and tastes, without compromising any of the three," said Rosmah.

She said that thus "the fashion players would do well to plan ahead so as not to miss the proverbial boat in capturing this lucrative segment of fashion".

Rosmah said major clothing retailers had been busy highlighting how top brands like Anne Klein and Ralph Lauren were already producing fashion lines that met the Islamic requirement of full coverage.

"In the same vein, it is interesting to note that even as the great 'veil' debate raged in France, the country, being the fashion capital of the world, remains as one of the world’s major exporters for Muslim couture 'abayas' and 'niqabs'.

"Clearly, politics notwithstanding, those in the fashion business are increasingly aware of the burgeoning demand for Muslim apparel worldwide," she said.

Rosmah said she hoped that Monaco could emerge as one of the gateways to the European market for Islamic-inspired fashion from Malaysia and the rest of Asia.

On IFF, she said its main mission was to capitalise on fashion as a platform to bring together designers and fashion enthusiasts of different cultures, religious backgrounds and race to bring Islamic Couture into the mainstream of style and fashion.

Since it was started in 2006, IFF has spread its wings to Jakarta, Dubai, Abu Dhabi and New York, featuring the works of more than 200 designers, and had showcased a varied choice of styles and looks for Muslim-dressing, decidedly different from the stereotypical impressions of Islamic apparel held by many.

"The Islamic Fashion Festival is precisely intended to end the myth that a Muslim woman cannot posses a sense of style. On the contrary, Islamic dressing is a style of its own, and today it is beginning to attract more and more attention, as mainstream trends become increasingly bold, sensual and provocative which is unappealing to the more conservative consumers," she said.

In fact, in affirming the coming-of-age of Muslim fashion through the impressive collections, Islamic fashion is now considered as the breath of fresh air in a global culture, she said.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS