IJTIMAK DMP TAMBUN
4:44 PM |
Telah diadakan pada 13 Februari bertempat di Surau Taman Hiburan. Ceramah telah disampaikan oleh Ir. Riduan Batumai merupakan seorang mualaf dengan tajuk Indahnya Kita Bersama Islam. Seramai 50 orang muslimat telah hadir dan slot 2 telah diadakan taklimat pilihanraya oleh Mejar Khirrudi Kajaga dan HALWA DMP.
Read User's Comments(0)
IJTIMAK PAS KAWASAN TAMBUN
4:30 PM |
Ijtimak telah diadakan pada 11 Februari 2011 (Jumaat) bertempat di Surau Taman Hiburan bermula selepas maghrib. Selepas isyak ceramah yang telah disampaikan oleh En. Radhi Zainon yang telah menyentuh isu halal haram produk Islam iaitu sebuah jenama botol mineral yang mana punca airnya adalah dari tanah perkuburan cina.
RASULULLAH DI HATIKU
11:14 AM |
Raihan
Ya Rasulullah
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu
Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

SUMBANGAN KEPADA UKHTI NOOR AIN BT MOHD NOOR
2:51 PM |
MAKLUMAT INI DIADAPTASI DARI EMAIL... HARAP KEPADA PEMBACA BLOG INI DAPAT MEMBERI BANTUAN... TERIMA KASIH...
Assalamualaikum wrt wbt...
Assalamualaikum wrt wbt...
Mohon jasa baik sahabat-sahabat semua untuk memberi sumbangan kepada sahabiah UITM SRI ISKANDAR PERAK ukhti Noor Ain bt Mohd Noor, yang baru sahaja terlibat dengan kemalangan jalan raya pada minggu lepas dalam perjalanan membeli bahan2 makanan untuk peserta TAMRIN.
Noor Ain bt Mohd Noor, kini baru keluar dari Hospital Pantai Putri Ipoh , terkoyak di atas mulut, patah paha kanan, patah pada tulang telinga kiri, rahang gigi lari, gigi patah dan kaki kiri bengkak. Beliau baru sahaja menjalani pembedahan dan akan disusuli rawatan berkala selepas ini.
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD ( BIMB ) : 16018020217054
atas nama (Noor Ain bt Mohd Noor)
Sila maklumkan jumlah sumbangan dari JPM NEGERI DAN KAMPUS antum ATAU mana2 individu yang ingin menyumbang, selepas dimasukkan ke akaun bank islam tersebut sila maklumkan jumlah yang diberi kepada :
Ust Hafez Sabri ( Pengarah JPM Perak ) ( 013-3190807 ), email: mindahafez@gmail.com
Semoga, sumbangan daripada sahabat-sahabat seperjuangan dapat membantu dalam meringankan beban sahabat kita yang sedang ditimpa musibah ini. Tiada yang dapat membalasnya dengan lebih baik melainkan ALLAH SWT...insya'ALLAH.
Jazakallah...
Ustaz Hafez Sabri
( Pengarah JPM Perak )
Kronologi Kisah
Ukht Noor Ain dalam perjalanan pulang dari membeli bahan2 makanan untuk peserta Tamrin baru2 ini, selepas sahaja melepasi trafik light. Kereta yang dinaiki beliau ( kereta Wira ) dilanggar kuat oleh sebuah kereta (Toyota Corola) .
Kereta Toyota Corolla itu dipandu oleh pemandu India yang disyaki perompak yang cuba melarikan diri, kerana dalam kereta tersebut terdapat duit yang banyak dan handset ( kes ini masih dalam siasatan polis ).
Untuk maklumat shbt2, pemandu india yang melanggar kereta shbt kita ini, telah MATI di hospital disebabkan kecedaraan yang amat parah Kereta Toyota Corola itu masuk ke jalan kereta noor ain dan telah melanggar kereta yang dipandu noor ain pada jarak dekat. Kereta telah berpusing 90º selama beberapa saat, kereta remuk di tempat pemandu , noor ain tersepit dalam kereta dan berada dalam keadaan teruk dan beliau terpaksa dikeluarkan oleh pihak bomba.
Kecederaan yang dialami Ukht Noor Ain, terkoyak di atas mulut, patah paha kanan, patah pada tulang telinga kiri, rahang gigi lari, gigi patah dan kaki kiri bengkak.
kaki kanan dan telinga kirinya telah dimasukkan besi, jahitan telah dikenakan diatas dan dalam mulut, pada giginya telah dipasang pendakap gigi.
Untuk makluman ibu bapa Noor Ain tidak mampu untuk menanggung kos perubatan yang tinggi bagi membiayai kos perubatan beliau, kos perubatan nor ain dianggarkan berjumlah 21 Ribu, dan kereta beliau Total Loss

Noor Ain pelajar tahun akhir semester akhir jurusan AKAUN UITM Sri Iskandar Perak dan kini terpaksa menangguhkan semester untuk mendapatkan rawatan, jangkaan dari pihak hospital beliau memerlukan masa 4 bulan untuk pulih semula.
Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, beliau bersabda : “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu suka menolong saudaranya. Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, pasti Allah memudahkan baginya jalan ke surga. Apabila berkumpul suatu kaum di salah satu masjid untuk membaca Al Qur’an secara bergantian dan mempelajarinya, niscaya mereka akan diliputi sakinah (ketenangan), diliputi rahmat, dan dinaungi malaikat, dan Allah menyebut nama-nama mereka di hadapan makhluk-makhluk lain di sisi-Nya. Barangsiapa yang lambat amalannya, maka tidak akan dipercepat kenaikan derajatnya”. (Lafazh riwayat Muslim)
ISU LOGO HALAL TIADA KESUDAHAN
2:58 PM |
MUNGKIN SELEPAS INI SETIAP UMAT ISLAM PERLU SEDAR BAHAWA BUKAN SEMUA PRODUK BERTANDA HALAL ADALAH HALAL. TIDAK DINAFIKAN BERAPA BANYAK PRODUK BERCOP HALAL HAKIKATNYA TIDAK HALAL. TETAPI BERAPA RAMAI JUGA PENGGUNA UMAT ISLAM YANG HANYA BERSANDARKAN KEPADA LOGO HALAL BAGI MENGGUNAKAN ATAU MEMAKAN PRODUK TERSEBUT. ADA JUGA PRODUK YANG BERCOP HALAL TETAPI SEBENARNYA SUDAH LUPUT TARIKH KEHALALANNYA. PRIHATIN DAN BERHATI-HATI SEMASA MEMBELI DAN BANYAK MERUJUK KEPADA JAKIM DAN PENGELUAR PRODUK PERLU DITINGKATKAN. WALAU BAGAIMANAPUN BERAPA RAMAI UMAT ISLAM YANG BENAR-BENAR PRIHATIN. JUSTERU SAMPAIKANLAH MAKLUMAT DARI SEMASA KE SEMASA TENTANG PRODUK HALAL AGAR UMAT ISLAM TERSELAMAT DARI TIPUAN PRODUK TIDAK HALAL.
Oleh ROSALINDA MD.SAID
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 8 Feb. – Tidak keterlaluan jika dikatakan sebahagian besar produk makanan dan minuman di dapur rumah anda diragui status halalnya.
Hasil siasatan wartawan Unit Khas Utusan Malaysia di lima pasar raya besar sekitar ibu kota menemui, sejumlah 25 daripada lebih 50 barangan menggunakan logo halal tidak diiktiraf.
Tambah menyedihkan apabila kebanyakannya terdiri daripada barangan makanan yang digunakan setiap hari seperti mi segera, kicap, tuna dan rempahan sup selain makanan ringan.
Kesemua produk yang mempunyai logo ‘halal’ tersebut cuba dijejaki melalui laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) namun tiada maklumat mengenainya.
Pemeriksaan ini sekali gus membuktikan produk-produk itu tidak didaftarkan secara sah.
Berbeza dengan barangan sama daripada jenama lain yang diperiksa, maklumat seperti nama syarikat, jenama dan jenis barangan serta tarikh tamat tempoh sijil pengesahan halal dipaparkan.
Paling mengejutkan, enam produk yang telah diharamkan penggunaan logo halal oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkuatkuasa pada 5 Februari tahun lalu, masih kebal di pasaran.
Tindakan dalam memastikan kesejahteraan umat Islam benar-benar terpelihara dari aspek halal haram mengikut ajaran agama itu mungkin tiada impaknya apabila logo seperti Islamic Food and Research Council, SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan IFANCA International masih boleh dilihat digunakan pada hampir setiap jenis makanan.
Ini juga memudahkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan mengaburi mata pelanggan menerusi logo halal masing-masing.
Tambah malang, hanya sebilangan kecil produk di pasar raya didapati menggunakan logo standard Jakim biarpun jabatan itu sudah menetapkan sejak Ogos 2009, ia hendaklah dicetak pada label produk berserta dengan nombor rujukan MS dan 10 digit terakhir nombor rujukan permohonan.
Statistik Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pula menyatakan sebanyak 60 peratus daripada 66 kes pelbagai kesalahan yang dikesan pada tahun 2010 adalah melibatkan pemalsuan logo halal Jakim.
Bukan semua produk logo halal adalah halal
KUALA LUMPUR 8 Feb. – Pengguna Islam perlu lebih prihatin semasa memilih produk makanan, minuman dan barangan kegunaan harian lain kerana bukan semua produk yang memiliki logo halal berada di bawah pemantauan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Zainal Abidin Jaffar berkata, bidang kuasa jabatan itu selaku pengeluar pengurusan pensijilan halal hanya terhad dalam usaha memantau aktiviti para pemegang sijil pengesahan halal Malaysia.
“Ini sekali gus menjelaskan peranan Jakim hanya terbatas kepada pemegang sijil halal yang sah sahaja.
“Manakala bagi produk yang tidak berdaftar dan didapati menggunakan logo halal palsu atau ‘ciplak’, penguatkuasaannya hanya boleh dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Akta Perihal Dagangan (APD) 1972,” katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.
Menurut Zainal Abidin, isu penyalahgunaan dan pemalsuan logo halal di negara ini bukan perkara baru dan berharap pengguna akan lebih prihatin dalam memahami dan menangani perkara ini.
“Sekiranya pengguna berasa ragu dengan kesahihan sesuatu logo halal, sebaiknya hindarilah daripada membeli produk tersebut.
“Pengguna juga boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa berkaitan agar siasatandapat dilakukan serta-merta bagi memastikan logo halal hanya digunakan oleh produk atau pemegang sijil pengesahan halal,” katanya.
Tegas Zainal Abidin, satu bentuk penguatkuasaan amat diperlukan pada masa ini bagi mengawal pemalsuan logo halal dan pengeluaran sijil halal oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Segala persoalan hanya boleh dirungkai dengan penggubalan Akta Halal dan saya berharap ia dapat direalisasikan secepat mungkin bagi membantu menghilangkan segala kekeliruan pengguna Islam berhubung isu halal-haram dan sekali gus membela nasib mereka daripada terus dikhianati,” katanya.
BERTUDUNG TETAPI ....
10:31 AM |
Posted on Sunday, December 26 @ 10:00:00 MYT by tok_aji (http://selatanonline.net)
Menoleh sekitar 20 tahun yang lalu, perihal wanita mendedahkan rambut bukan suatu pemandangan luar biasa. Malahan pada ketika itu jarang kelihatan wanita menutup kepala, kecuali untuk majlis dan upacara tertentu.
Ketika itu wanita yang bertudung, kebanyakkannya adalah golongan tua, itu pun rambut yang ditutup tidak ‘rapus’. Pendek kata wanita yang bertudung, apatah lagi jika terdiri daripada golongan muda akan dianggap janggal.
Senario tersebut sudah berlalu dan keadaan sekarang sudah berubah. Sama ada di pejabat, apatah lagi di institusi pengajian, dan di majlis-majlis, rata-rata wanita Melayu akan memakai tudung. Mereka akan berasa janggal dan terasing jika tidak bertudung.
Di kedai, pusat membeli belah, di lapangan terbang dan di mana sahaja, kebanyakkan wanita Islam telah menutup kepala mereka.
Tidak kira tua, muda, anak dara atau janda, pekerja biasa, pegawai tinggi, suri rumah tangga, rata-rata sudah menutup kepala kerana masing-masing terasa tidak selesa untuk menayangkan rambut.
Zaman berlalu, masa berganti, dan sistem nilai pun sudah berubah. Dulu yang bertudung dianggap janggal, kini yang menayangkan rambut pula akan dianggap janggal, apatah lagi bila berada di majlis-majlis tertentu. (Tidak tahulah kalau masih ada yang tidak berasa janggal).
Bagi setengah pendapat, kecenderungan memakai tudung ada kaitan dengan kesedaran beragama. Rambut adalah sebahagian daripada aurat wanita. Ini bererti kepala wajib ditutup dan tidak didedahkan untuk tontonan umum.
Kalaulah kecenderungan itu disebabkan kesedaran beragama, syukur Alhamdulillah. Tetapi mungkin juga ada sebahagiannya disebabkan yang lain. Umpamanya takut terasa janggal, terikut-ikut dengan trend berpakaian, hanya sebagai fesyen dan sebagainya.
Cuba perhatikan, ada yang bertudung sehingga tidak nampak walau sehelai rambut, tetapi dalam waktu yang sama memakai kain belah, yang setiap kali melangkah akan menampakkan betis dan pangkal paha yang putih melepak. Ada pula yang bertudung lengkap tetapi mendedahkan sebelah atas dada, dan memakai skirt. Kalau boleh disamakan, ada lelaki yang bertopi haji tetapi memakai seluar pendek. Ini sesuatu yang agak ganjil, atas ditutup, bawah didedah.
Bagi setengah wanita, memakai tudung bukan kerana tuntutan agama. Mungkin ada yang cuma ingin mengambil hati, mungkin ia kerana suatu peraturan dan mungkin ada yang ikut-ikutan. Waktu ke pejabat semua memakai tudung, ke sekolah pun begitu juga, tetapi bila berjalan-jalan membeli belah tudung entah kemana.
Pada hal Islam telah menggariskan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap muslimah. sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam, iaitu:
i). Hendaklah menutup seluruh anggota badan, termasuk kepala, rambut, leher, lengan, melainkan muka dan dua tapak tangan sehingga dua pergelangan tangan.
ii). Pakaian itu tebal, tidak menampakkan warna kulit yang dapat dilihat dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.
iii). Pakaian itu luas, tidak sempit, dan tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk susuk badan.
iv). Pakaian itu tidak menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki
v). Pakaian itu tidak berbau harum atau wangi kerana ia boleh menarik perhatian orang.
Kewajipan menutup aurat itu berdasarkan kepada dalil al-Qur’an dan Hadis. Di antaranya firman Allah:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah Al-Ahzab : 59)
Oleh yang demikian, sebagai menyahut titah perintah Allah, isu bertudung khususnya menutup aurat janganlah ia dipandang sebagai perkara remeh. Ia adalah perkara wajib. Mentaati perkara wajib adalah perkara besar, walaupun ia dipandang remah oleh sebahagian manusia.

Bertudung sudah tidak menepati syariat dan mengikut gaya fesyen terkini tanpa melihat dari segi hukum Islam. Ada lagi gambar yang tidak tergamak untuk dipaparkan. Tetapi adakah setiap wanita Islam itu benar-benar mengerti dan belajar bagaimanakah aurat wanita Islam yang sebenarnya? Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa, suami, saudara, tenaga pengajar untuk menasihati wanita-wanita ini terutama remaja wanita. Jangan suatu hari nanti dilihat situasi ini menjadi suatu yang biasa dan normal. Sama-samalah kita usaha dan saling tegur-menegur.
Subscribe to:
Posts (Atom)