HEBAHAN : MEMBONGKAR ISU-ISU SEMASA

ISU-ISU NEGARA YANG WAJIB KITA KETAHUI..!!
DATANG BERAMAI-RAMAI

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DIRGAHAYU TUANKU

Dewan Muslimat PAS Tambun menjunjung takzim ke atas Tuanku di atas keputeraan Tuanku. Semoga Tuanku diberkati dan dirahmati Allah s.w.t

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LENSA RESCUE : RIBUT LANDA MERU 2C

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

18 April 2012, Meru - Tiada siapa dapat menduga atau meneka, hujan renyai yang turun tiba-tiba datang bersama ribut yang menerbangkan kepingan bumbung 4 buah rumah penduduk di Taman Meru 2C 1.30 tengahari tadi. Skuad Kebajikan Muslimat Tambun yang tiba pada jam 7 malam dapat merakamkan suasana tersebut. Terdahulu, Tn. Hj. Asmuni, AJK PAS Pusat telah menziarahi mangsa ribut ini. Skuad Kebajikan Muslimat difahamkan bahawa Unit Amal Tambun akan bergotong-royong memasang atap rumah mangsa pada sebelah malam. Salah seorang mangsa yang ditemui, Pn Fadhilah berkata beliau redha dengan ujian Allah ini. Menurut anaknya Cik Munirah, kali terakhir ribut pernah melanda taman ini sekitar 2006 namun hanya kerosakan kecil sahaja yang berlaku tidak seperti ribut yang melanda pada kali ini. Semuanya ada hikmah. Syabas kepada Unit Amal Tambun dan PAS Tambun serta Dewan Muslimat PAS Tambun yang mengambil tindakan segera bagi membantu mangsa ribut ini. "TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA"
Keadaan rumah Pn. Fadhilah...


Pn. Fadhilah kelihatan tenang menerima ujian daripada Allah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ZOOM 360: SEMINAR KESEDARAN PILIHANRAYA PARLIMEN TAMBUN

15 April 2012 - Taman Meru: Pakatan Rakyat Parlimen Tambun meneruskan hayunan langkah ke arah pemantapan gerak kerja pilihanraya. Biarpun PRU 13 masih menjadi rahsia UMNO BN, namun Pakatan Rakyat khusus di Parlimen Tambun sudah tidak menghiraukan lagi bilakah tarikhnya. Persiapan dan persediaan dibuat dan ditingkatkan dari semasa ke semasa. Seminar Kesedaran Pilihanraya Parlimen Tambun yang telah diadakan di Kompleks Tarbiyah PAS Tambun, Taman Meru membuktikan kerjasama yang erat di antara PAS Kawasan Tambun dan PKR Chabang Tambun. Kehadiran ahli-ahli daripada kedua-dua parti komponen yang memenuhi ruang membuktikan masing-masing berusaha menambahkan ilmu pilihanraya dan info-info terkini daripada panel pembentang jemputan. Seminar dimulakan pada jam 3.00 petang Slot 1 pembentangan oleh Yb Dr. Mujahid Yusuf Rawa telah menyuntik semangat kepada para peserta. Penekanan kepada isu-isu nasional dan pengurusan ke arah PRU 13 cukup bermanfaat. Rangkuman pembentangan beliau dari PRU 1969 sehingga PRU 12 (2008) menampakkan keputusan peningkatan pengundi kepada Pakatan Rakyat. UMNO BN sudah tidak relevan kepada rakyat di negara ini.
Slot 2 menampilkan pembentang Sdr Saifullah Zulkifli, Pen. Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Malaysia yang menggantikan Che'gu Bard yang tidak dapat hadir. Beliau telah membentangkan pola pengundi Malaysia khususnya pengundi muda dan data-data pilihanraya hasil kajian yang telah dilakukan kepada pengundi. 
Mendengar sahaja tidak cukup ! Ayuh kita mulakan langkah gerak kerja yang lebih kompeten !
 Dr. Khairuddin, YDP PAS Kawasan Tambun memberikan ucapan aluan
 Dr. Mujahid (2 dari kiri) pembentang slot pertama seminar
 Gaya bersahaja... mencuit hati peserta seminar yang hadir..
 Dr. Mujahid berkongsi pengalaman dan ilmu pilihanraya
 Para peserta kusyuk mendengar pembentangan
Peserta seminar daripada Parti Islam SeMalaysia dan PKR Parlimen Tambun 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HEBAHAN : SEMINAR KESEDARAN PILIHANRAYA


Ayuh kita tambah ilmu pilihanraya. Biar mantap ! Biar hadam ! Musuh dilawan dengan berani atas nama ILMU ! 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ZOMM 360: HIMPUNAN MUSLIMAT TAMBUN FOKUS PRU 13

14 April 2012, Tambun - Himpunan Muslimat Tambun edisi ke-3 bagi tahun 2012 memfokuskan kepada persediaan petugas muslimat  menjelang PRU 13. Pembentangan daripada Ketua Penerangan merangkap Ketua Lajnah Penerangan dan Dakwah, Sdri Teh Umairah Omar melalui slot DMPK telah mengajak para petugas muslimat untuk memupuk 5 ciri-ciri dalam diri para petugas:
1.IKHLAS, 
2.BERJIWA DAI'E, 
3.BERILMU, 
4.PEMANTAPAN FIKRAH PERJUANGAN ISLAM
5.PEMBINAAN AKHLAK dan SYAKSIAH MULIA 
Di samping itu beliau turut mengingatkan para petugas untuk mengamalkan 5S sewaktu menjalankan tugas:
1.SENYUM
2.SAPA
3.SALAM
4.SENTUH
5.SAYANG
Kisah perjuangan srikandi Islam Nusaibah binti Ka'ab yang dikongsikan oleh beliau telah memberikan suntikan semangat jihad kepada para petugas untuk lebih kental, berani dan membentuk keluarga khususnya anak-anak menjadi pejuang Islam dengan turut melibatkan anak-anak untuk menyumbangkan tenaga mengikut kemampuan di dalam gerak kerja jamaah.
Slot penceramah jemputan pada kali ini menampilkan Ustaz Nazri Din yang turut menekankan peranan muslimat dalam gerak kerja pilihanraya.
 Saf muslimat Tambun bersedia untuk melaksanakan tugas...
 Strategi 5S - Senyum, Sapa, Salam, Sentuh dan Sayang
 Ustaz Nazri Din, menyuntik semangat kepada para petugas muslimat.
Muslimat harus contohi srikandi bernama Nusaibah binti Ka'ab..Anak-anak dididik menjadi jundullah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ZOOM 360: MANSUH PTPTN, RIBUAN MAHASISWA DEMO


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS