KONGSI PETUA DAN DOA MENDIDIK ANAK


Dalam kita mendidik anak, kita memang berharap anak kita jadi anak yang soleh, baik, tidak tinggalkan sembahyang dan sebagainya. Jadi setiap hari, setiap masa bersama anak seboleh mungkin kita cuba memberi contoh teladan yang baik, sediakan pelbagai peralatan (buku, CD, komputer, tv dan sebagainya) supaya anak-anak belajar dan mencontohi yang baik-baik, menjaga permakanannya dan sebagainya. Tetapi di samping itu jangan kita lupa, berdoa kepada Tuhan itu juga penting. Segalanya berlaku hanya dengan izinNya. Di sini aku nak letak petua ayat-ayat amalan dalam mendidik anak.
Baca ayat-ayat berikut dan sapu atas ubun-ubun anak sambil berniat dan berdoa kepadaNya apa yang kita hajatkan. Boleh juga amalkan bila nak beri anak minum air, baca ayat-ayat tu tiup-tiup pada air. Tujuannya seperti yang disebut di ataslah, supaya anak-anak jadi orang baik, soleh, lembut hati, dengar cakap mak ayah, taat perintah Tuhan dan sebagainya.
1. Surah Al-Fatihah (1 kali)
2. Ayat kursi (1 kali)
3. Surah al-Insyirah (1 kali)
4. Surah Toha ayat 1 hingga 7 (1 kali)
Saya rasa ramai yang tahu ayat-ayat di atas, dan ramai yang sudah menghafalnya kecuali surah Toha ayat 1 hingga 7. Jadi di sini saya letakkan ayat itu bagi memudahkan kita mengamalkannya. Mudah-mudahan dengan izinNya apa yang kita hajatkan dimakbulNya.

Maksudnya:

1. Taa' Haa
2. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menanggung kesusahan.
3. hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang Yang takut melanggar perintah. Allah
4. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) Yang menciptakan bumi dan langit Yang tinggi.
5. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.
6. Dia lah jua Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi serta Yang ada di antara keduanya dan juga Yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.
7. dan jika Engkau menyaringkan suara Dengan doa permohonanmu, (maka Yang demikian tidaklah perlu), kerana Sesungguhnya Allah mengetahui Segala rahsia dan Segala Yang tersembunyi.



SUMBER: http://www.raudhatunnaim.com/kongsi-petua-dan-doa-mendidik-anak.html

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....