PROGRAM BMW (BLOGGER WANITA & MEDIA)



Bertepatan kepentingan blog sebagai salah satu medan dakwah, Lajnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Negeri Perak telah menganjurkan Program Blogger Wanita Dan Media pada 24 Julai 2010 (Sabtu) bertempat di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak. Program selama lebih kurang satu hari ini telah menyasarkan kepada muslimat peringkat kawasan dan muslimat yang telah mempunyai blog sendiri bagi memberikan pendedahan dan kemahiran dalam penulisan blog serta seorang blogger yang celik akta penulisan dari sudut undang-undang. Selain itu DMPNP juga ingin melahirkan lebih ramai blogger muslimat PAS bagi menyebarkan dakwah di medan maya. Begitu banyak maklumat dan pengetahuan yang telah dipelajari dan didedahkan adalah sebagai kekuatan dan menyuntik semangat agar blogger muslimat terus aktif dan berupaya melahirkan penulisan dan persembahan di blog masing-masing sebagai salah satu jihad penulisan. Tahniah kepada Lajnah Penerangan DMPN yang mencetus program bermanfaat ini. Semoga diharapkan lebih ramai blogger muslimat akan lahir dari program BMW ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Unknown said...

salam ziarah

Post a Comment

Ulasan Anda....