Apa yang boleh dikatakan: langkah keselamatan GAGAL diambil oleh kerajaan ketika mengadakan 'drag race' di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19 pada Himpunan Belia yang berakhir Ahad lalu. Ekoran kecuaian ini, 17 orang telah menjadi mangsa di mana empat daripada mangsa terebut PARAH ! Kesemua mangsa ditempatkan di Hospital Putrajaya. Dalam kejadian itu, sebuah kereta dalam perlumbaan tersebut telah terbabas dan melanggar penonton yang hadir. Dewan Muslimat PAS Tambun melahirkan rasa kekesalan di atas kejadian ini dan simpati kepada mangsa yang terbabit.
0 comments:
Post a Comment
Ulasan Anda....