1 Mei 2012, Ipoh- Konvensyen Rakyat Perak yang berlangsung sejak semalam di Dewan Bulan Sabit Merah dekat sini mempamerkan penganjuran yang berjaya. Ia dilihat sebagai satu kejayaan besar dalam mengukuhkan jentera Pakatan Rakyat khususnya di Perak. Konvensyen pada kali ini, melahirkan satu fenomena baru dan melegakan di mana para pembahas adalah daripada kalangan orang muda yang cukup berketerampilan. Jelas, Pakatan Rakyat sudah punya pelapis yang boleh diharapkan untuk memikul amanah besar.
Slot pada pagi ini telah dimulakan dengan ucapan Pengarah Konvensyen iaitu, Dr. Khairuddin b. Dato' Abdul Malek, Seterusnya agenda konvensyen diteruskan dengan ucapan daripada Sdr. Rafizi Ramli, yang banyak membongkar kedangkalan dan kebobrokan UMNO-BN. Yb Tony Phua yang meneruskan ucapan sejurus selepas itu turut menjelaskan beberapa isu-isu penting yang harus diketahui oleh ahli Pakatan Rakyat dan masyarakat awam umumnya. Smentara Yb Dr Mujahid Yusof Rawa tampil dengan membawa para peserta konvensyen menyelami sejarah pembentukan Pakatan Rakyat. Menurut beliau, ahli Pakatan Rakyat Perak harus berasa bangga kerana pembentukan parti bersekutu dibawah panji Pakatan Rakyat bermula di Perak.
Majlis konvensyen selepas itu memberi ruang kepada ucapan wakil-wakil NGO yang turut menyumbang bakti dan memberikan sokongan padu kepada PR Perak di antaranya ABIM Perak, Persatuan Gabungan Mahasiswa Perak dan beberapa lagi NGO lain. Pada sesi petang pula, konvensyen diteruskan dengan perbahasan daripada wakil-wakil parti.
Pendaftaran peserta konvensyen
Ruang dewan penuh !
Nyanyian lagu tiga parti
Dr. Muhaimin bertindak sebagai pengerusi majlis
Ucapan Dr. Khairuddin selaku Pengarah Konvensyen Rakyat
Sdr Rafizi Ramli, ucapan beliau menegaskan janji PR kepada rakyat
Yb. Tony Phua membongkar isu-isu semasa melibatkan UMNO-BN
"Kenal sejarah PR" - Dr. Mujahid
Tayangan slide
Ustaz Akmal mempengerusikan slot ucapan wakil-wakil parti
Pembahas daripada wakil-wakil parti
Wakil DAP
Wakil PKR-Sdr Tan Kar Hing
Wakil PAS - Sdr Ahmad Khair Faizal Yahaya
Wakil pemuda- Sdr Fairul
Wakil pemuda
Wakil wanita - Pn Rosinah (PKR)
Orang muda...hujahnya bernas dan tepat
Ustaz Ibrahim - wakil Ulama'
RESOLUSI KONVENSYEN PR 2012
Sesi petang bersama pimpinan tertinggi PR
Dato' Seri Anwar Ibrahim tekun mendengar ucapan pimpinan PR Perak
Simbolik perpaduan antara rakan parti PR
Dato' Seri Anwar menyampaikan ucaptama
0 comments:
Post a Comment
Ulasan Anda....