HIKMAH IBADAH HAJI

1) Kepatuhan dan penyerahan kepada Allah semata.
Hikmah utama dari ibadah haji adalah sebagai bentuk kepatuhan dan penyerahan diri kepada Allah. Ketika Allah memanggil kita, maka kita bergegas memenuhi panggilan tersebut walaupun harus menempuh perjalanan jauh dengan mengeluarkan biaya yang tidak sedikit, meluangkan waktu yang sangat berharga dan meninggalkan keluarga dan harta benda. Dengan demikian seorang haji akan selalu siap bila Allah memerintahkannya menjalankan tugas luhur dari Allah kerana untuk memenuhi tugas yang sulitpun kita telah bersedia datang memenuhi panggilannya.

2) Meningkatkan kedisiplinan.
Selama di tanah suci, jamaah haji dibiasakan untuk disiplin melaksanakan semua ritual haji dan sholat secara berjamaah di awal waktu dengan bersemangat. Kebiasaan disiplin tersebut diharapkan dapat melekat dalam kehidupan selanjutnya.

3) Motivasi peningkatan diri.
Ibadah haji akan menumbuhkan motivasi untuk memperbaiki diri. Seseorang yang bergelumang dosa, sering putus asa dengan dosa-dosanya sehingga sering merasa sudah terlanjur dengan dosanya. Dengan jaminan Allah bahawa Haji akan menghapus dosa, seolah-olah kita disegarkan kembali, sehingga akan termotivasi untuk menjaga diri agar tidak membuat dosa lagi.4) Menumbuhkan jiwa sabar
Situasi yang dihadapi selama pelaksanaan ibadah haji akan menumbuhkan jiwa sabar. Dalam suasana hampir 4 juta manusia berkumpul pada satu saat dan satu tempat maka kemudahan yang ada menjadi sangat terbatas. Setiap aktiviti memermukankan kesabaran yang tinggi, seperti apabila hendak makan, ke bilik air, dll.

5) Menumbuhkan perpaduan dan kebersamaan.
Berkumpulnya ummat Islam dari seluruh dunia pada satu saat di satu tempat menumbuhkan jiwa perpaduan & kebersamaan. Kita akan bertemu dengan saudara Muslim dari seluruh dunia dalam kesederhanaan dan keberagaman. Bila lagi bertemu dengan Muslim dari Kosovo, Uzbekistan, Kazakhstan, Mali, Nigeria, Bosnia Herzegovina, Turki, Kirgistan, China, India, Pakistan, Bangladesh, Afganistan. Walaupun ada perbezaan dalam tata cara ibadah, namun tidak membuat ikatan persaudaraan sesama muslim menjadi halangan.

6) Menjiwai perjuangan para rasul.
Di Tanah suci kita akan mengunjungi tempat-tempat bersejarah para nabi dan rasul. Dengan menyaksikan tempat-tempat tersebut dan mempelajari sepak terjang mereka maka kita akan sampai pada tahap ainul yakin dan haqul yakin sehingga menginspirasi kita untuk belajar dari para pendahulu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pertandingan Bowling Nisa' Tambun





Tahniah kepada pasukan Nisa'Tambun yang telah berjaya menganjurkan program Bowling Nisa' Tambun pada 22 November 2009 (Ahad) bertempat di Greentown Bowl. Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua DMP Tambun, Pn. Zuhairah Hj. Mohd Ghazali. Semoga dakwah yang dilaksanakan oleh pasukan nisa' ini akan membuka mata pelbagai pihak bahawa Islam tidak menyekat kaum wanita untuk menyertai aktiviti riadah seperti bowling yang mungkin dipandang untuk segelintir pihak sahaja dan tidak sesuai untuk remaja Islam.

(gambar adalah ehsan Nisa'Tambun)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ijtimak DMP Kawasan Tambun


Ceramah oleh Ustaz Suhaimi


Kata Aluan Ketua DMP Tambun


Bertempat di Markaz Taman Meru, Lajnah Tarbiyyah DMP Kawasan Tambun telah menganjurkan himpunan seluruh muslimat Kawasan Tambun pada 21 November 2009 (Sabtu). Program bermula dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Salman bertajuk Pendidikan Anak-anak Menurut Islam yang bertujuan memberi penekanan kepada muslimat peri pentingnya mendidik anak-anak menurut Islam di samping mendedahkan kepada anak-anak tentang jemaah. Ketua DMP Tambun turut menyampaikan kata aluan dan Timbalan Ketua DMP, Pn. Salbiah Bt Din telah menyampaikan taklimat tentang pilihanraya yang dijangka bila-bila masa sahaja. Muslimat telah diminta bersiap sedia dengan kerja-kerja pilihanraya. Pada 19 Disember 2009, satu program pilihanraya iaitu TOT (training of trainer) akan diadakan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ihtifal PASTI Kawasan Tambun



Setiausaha Kawasan Tambun, Saudara Khir Faizal menyampaikan hadiah sampingan iaitu sebuah basikal kepada pelajar terbaik PASTI Kawasan Tambun. Tahniah!


Meriah sungguh...


Kanak-kanak PASTI menyanyikan lagu Inggeris... boleh tahan!


Solat tiang agama....

Ihtifal PASTI tahun 2009 telah diadakan di Klebang pada 14 November 2009 (Sabtu). Kehadiran ibu bapa menambahkan kemeriahan ihtifal PASTI walaupun bukan semua ibu bapa tersebut adalah orang PAS tetapi dengan menghantar anak mereka ke PASTI telah membuktikan bahawa PASTI adalah institusi yang telah berjaya memberi keyakinan dari segi pembelajarannya yang sistematik dan amat menekankan ajaran Islam. Melalui PASTIlah PAS berpeluang berdakwah kepada ibu bapa tentang arah tuju dan perjuangan PAS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Warga Emas




Pn. Zuhairah bersama Setiausaha DMP Pusat, Pn. Kartini Ahmad





Hari Warga Emas Sedunia telah disambut pada 14 November 2009. Dengan moto " KASIHMU TAK LUNTUR BUDIMU TETAP SUBUR", Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Pusat dengan kerjasama DMP Kawasan Parit sera Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan DMP Negeri Perak telah menganjurkan Karnival Moh Sihat bertempat di Dataran Belanja Kiri, Parit . Turut turun menjayakan program tersebut ialah Ketua DMP Tambun merangkap Ketua Lajnah Kebajikan DMP Negeri Perak dengan mengadakan jualan pakaian terpakai. Sesungguhnya jasa dan kasih Warga Emas tidak akan luput dari ingatan. Sayangilah mereka dan jagailah warga emas yang sudah tentunya adalah dari ibu bapa kita sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Konvensyen Pakatan Rakyat - Hidupkan Demokrasi Selamatkan Rakyat







Semua peserta menyanyikan lagu PAS


Antara wakil AJK DMP yang hadir


Ucapan Aluan Pengarah Konvensyen Pakatan Rakyat - Dr. Khairuddin Dato' Hj Malek merangkap YDP PAS Tambun

Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak Kali Pertama telah diadakan di pada 31 Oktober 2009 (Sabtu) bertempat di Hotel Syuen, Ipoh, Perak. Konvensyen yang julung kali diadakan ini telah dihadiri oleh pimpinan-pimpinan Pakatan dan DAP serta ceramah dari Menteri Besar Perak yang sepatutnya diiktiraf, MB Pulau Pinang dan MB Selangor. Turut memeriahkan majlis ialah dengan kehadiran MB Kelantan iaitu Tn Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat pada sebelah petangnya. Pelbagai komentar dan cadangan dilontarkan bagi memeastikan Pakatan Rakyat di Negeri Perak akan kembali berkuasa di Negeri Perak. InsyaAllah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apabila Wanita Pertama Berucap



Pakaian menutup aurat tidak menghalang untuk wanita muslim berada di gelanggang antarabangsa mahupun dalam masyarakat. Asalkan muslimah menjaga batas-batas syarie InsyaAllah muslimah mampu kehadapan menyentuh isu muslimah khususnya dan isu global amnya.

ROM 16 Nov. – Wanita pertama Iran membuat kemunculan luar biasa serta memberi ucapan yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini dalam forum di bandar raya ini menjelang persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menentang kebuluran bermula hari ini.

Isteri kepada Presiden Mahmoud Ahmadinejad boleh dikatakan tidak pernah membuat kemunculan awam bersama suaminya dan menghadiri perhimpunan awam sebelum ini.

Azam al-Sadat Farahi menghadiri forum berkenaan sebagai isteri Presiden Iran semalam, sebelum persidangan tiga hari mencari strategi menentang kebuluran bermula hari ini di ibu pejabat Pertubuhan Pertanian dan Makanan (FAO) PBB di Rom.

Dengan pakaian ‘chador’ hitam, Azam tidak berucap di podium tatapi dari tempat duduknya bersama barisan pasangan 60 ketua negara lain yang dijadualkan menghadiri persidangan, kata jurucakap FAO, Christopher Matthew.

“Ucapan beliau tidak dijangkakan dan beliau tidak mempunyai teks ucapan, ia adalah secara spontan,” kata pegawai FAO.

Agensi berita rasmi Itali, ANSA melaporkan, wanita nombor satu itu menggambarkan Iran sebagai contoh dalam memerangi kebuluran dengan memberitahu bahawa sistem negaranya, ajaran keagamaan, menjamin keselamatan makanan kepada semua keluarga.

Sky TG24 TV Itali berkata, beliau turut mengecam kebuluran kanak-kanak di Gaza.

Forum tersebut diketuai oleh Suzanne Mubarak, isteri Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Hubungan rasmi antara Iran dan Mesir tegang pada 1979 apabila Kaherah menandatangani persetujuan dengan Israel, negara yang dikecam sebagai musuh oleh Teheran. – AP


Berita dipetik dari Utusan Malaysia, hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS