Jangan Dilupakan Tugas Ini



Di celah-celah kesibukan manusia mencari pulangan harta dan gaji untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami, bapa, anak dan sebagainya. Ingatan berterusan diperlukan agar kita  semua  tidak mengabaikan usaha untuk mencari bekalan untuk kehidupan hakiki.
Jika kita ingin dianggap 'manusia' dan bukan seperti 'binatang ternak' di sisi Allah. Ingin mendapat kedudukan istimewa umat Muhammad di akhirat kelak, peruntukkanlah masa secukupnya untuk melakar peta perjuangan yang patut ditempohi. Jangan sesekali kita lupa pula untuk melakarkan tahap-tahap bagi mencapainya, juga dugaan dan cabaran yang bakal mendatang.
Dari senarai panjang tugas dan objektif kehidupan kita di atas muka bumi ini, Ibn Mas'ud r.a mengingatkan sesiapa yang melupakannya sebagai 'bangkai hidup'. Ia tidak lain dan tidak bukan,
"Al-Amr bil Maʿruf wa al-nahyu ʿAn al-Mungkar"
Iaitu : menyeru dan mengajak manusia lain kepada kebaikan dan melarang mereka dari melakukan kemungkaran.
DIRI TIDAK SEMPURNA
Walau diri masih tidak sempurna dan tidak akan sempurna kerana dosa yang pasti kita lakukan, tugas itu tidak sama sekali terangkat dari senarai kewajiban kita. Malah di waktu kita melakukan kesalahan yang sama.
Memang benar amat besar kemurkaan Allah taʿala terhadap sesiapa yang menyeru kebaikan yang dia sendiri tidak lakukannya. Pun begitu, kemurkaan Allah lebih besar kepada mereka yang melakukan kebaikan dan terus melupakan seruan kepadanya. Ia adalah dosa berganda.
Justeru itu, Allah ta'ala sendiri mengutuk sikap Yahudi yang mana mereka TIDAK SALING MENCEGAH KEMUNGKARAN yang dilakukan oleh sesama mereka. Lihatlah firman Allah berkenaan celaan ini pada surah Al-Maidah :
كَانُوا لاَ يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ
Ertnya : kerana mereka (Yahudi) itu mereka tidak saling mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh mereka, amat buruklah apa yang mereka kerjakan. ( Al-Maidah : 79)
Dari Ibn Mas'ud r.a :
لما وقعت بنو إسرائيل في المعاصي نهتهم علماؤهم فلم ينتهوا فجالسوهم في مجالسهم وواكلوهم وشاربوهم فضرب الله قلوب بعضهم ببعض ولعنهم على لسان داود وعيسى ابن مريم
Ertinya : Apabila sahaja Bani Israel melakukan maksiat, para ilmuan mereka menegahnya, namun apabila tegahan tidak diendahkan, para ilmuan itu duduk bersama mereka di dalam majlis mereka, makan dan minum bersama mereka ( seolah-olah redha), maka kerana itu, Allah membiarkan hati-hati sama di antara satu sama lain ( kotor dan keji), dan dilaknat mereka itu dari lisan Nabi daud dan 'Isa. ( Riwayat Ahmad)
Nabi menyebut :
والذي نفسي بيده لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن المنكر أو ليوشكن الله عز وجل أن يبعث عليكم عذابا من عنده ثم تدعونه فلا يستجاب لكم
Ertinya : Demi Allah yang nyawaku ditangannya, mestilah bagimu menyeru kepda kebaikan dan melarang manusia lain dari kemungkaran, atau sangat hampirlah Allah ʿazza wa jalla menimpakan ke atasmu suatu azab dari sisiNya, sehingga apabila kamu berdoa, tidak lagi diperkenankan. (Riwayat At-Tirmizi, Hadis Hasan)
Sekarang  tugas kita, menggali ilmu sedalam mungkin sebagai benih untuk membolehkan kita membezakan mana yang mungkar dan mana yang maʿruf. Hanya melalui jalan itu, kita mampu melaksanakan tugas tersebut.
SERIBU ALASAN & ILMU BELUM MENCUKUPI
Jangan sesekali ditipu oleh Syaitan yang sentiasa mengutuk kita sebagai 'tidak baik', 'tidak soleh' dan 'belum cukup ilmu' dan seribu satu macam alasan lagi. Pastikan semua bisikan itu diharungi dengan keazaman dan usaha yang tinggi untuk memadamkannya.
Hakikatnya semua kita belum cukup ilmu, namun Allah mewajibkan kita berusaha untuk menyampaikan apa yang kita faham dariNya dan sunnah rasulNya kepada manusia lain.
Berusahalah mencari kefahaman ilmu dan menyampaikannya seperti kita mencari sesuap makanan untuk diri dan keluarga.
Nabi juga bersabda :
الأنبياء لم يورثوا دينارا ولا درهما، ولكن ورثوا العلم، فمن أخذه أخذ بحظ وافر
Ertinya : Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham ( wang dan harta), tetapi mewariskan ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka dia telah mendapat kebaikan yang melimpah. (Riwayat Abu Daud)
JIKA AJAKAN DAN TEGAHAN TIDAK DIIKUTI?
Sesudah ajakan dan larangan dalam bentuk yang sebaik mungkin, namun masih tidak didengari, tatkala itu sedarlah tugas kita hanya menyampai.
Allah menyebut:
إِنْ عَلَيْكَ إِلَّا الْبَلاغُ
Ertinya : Sesungguhnya tiada kewajiban atasmu kecuali menyampaikan (sebaiknya). ( Al-Syura : 48)
Dan juga ingatan Allah taʿala :
وَمَا أَكْثَرُ النَّاسِ وَلَوْ حَرَصْتَ بِمُؤْمِنِينَ
Ertinya : Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman, walaupun kamu sangat menginginkannya. ( Yusuf : 103)
Akhir sekali, marilah kita sama-sama merenung teguran Allah ini;
أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ
Ertinya : Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. (Surah al-Taubah : 38)
PENUTUP
Tugasan ini boleh dijalankan melalui pelbagai bentuk dan keadah mengikut kesesuaian seseorang dan kemampuannya serta kepakarannya. Sama ada melalui parti politik, NGO yang terdiri dari perkumpulan, jamaʿah dan persatuan atau juga secara individu.
Ia boleh dilaksanakan di tempat kerja, sekolah, universiti, surau, kampung,  felda, di persekitaran rumah, di ruangan internet, buku, majalah, bulletin, di waktu kursus dan seminar serta banyak lagi. Jangan disempitkankan medium dan ruangnya.

Biodata Kolumnis

Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan lulusan B.A. (Hons) Usuluddin, dan M.A. Shari'ah, Universiti Yarmouk,Jordan. Kini beliau sedang menyiapkan pengajian PhD dalam Perbankan Islam di University of Wales, United Kingdom. Beliau merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); di samping Penasihat Syariah di C&S Consulting & Investment Ltd., OSK Investment (Islamic) Bank Bhd. dan Standard Chartered (Sadiq) Bank (M) Bhd. Beliau menulis di www.zaharuddin.net.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HARI AIR SEDUNIA 22 MAC 2011


Hari Air Sedunia disambut pada setiap 22hb Mac setiap tahun. Pada tahun 1992, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UN telah menetapkan tarikh tersebut sebagai Hari Air Sedunia dengan memberi tumpuan kepada masalah berkaitan dengan air minuman terutamanya dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini. 1 Billion penduduk dunia tidak mendapat air minuman yang bersih manakala 2.6 Billion pula tidak mendapat keperluan kebersihan yang asas kerana sukar mendapat bekalan air bersih.
Tujuan dari peringatan ini adalah untuk menyedarkan kita betapa pentingnya air bersih dan usaha untuk menyedarkan pengelolaan air bersih yang berterusan. Mungkin pada saat ini kita masih terus menikmati air bersih dengan mudah. Tetapi bagaimana apabila 20 tahun atau 50 tahun lagi. Apakah kita masih dapat menikmati air bersih lagi.
Kita mungkin beranggapan bahawa air yang kita pakai tidak akan habis. Ada fakta tentang air yang menarik mengenai air di bumi ini iaitu jumlah air yang ada di bumi ini sama dengan jumlah air pada masa bumi tercipta. Jumlahnya memang sama tapi yang berubah adalah bentuknya. Jadi boleh disamakan air yang kita pakai untuk minum saat ini mungkin sama dengan air yang diminum nenek moyang kita.
Berapa jumlah air yang diminum di dunia ini ??
Menurut data, 70% permukaan bumi kita adalah air. Akan tetapi dari semua air itu 97 % adalah air masin atau air laut dan selebihnya 3% adalah air tawar. Peratusan air tawar tadi termasuk dengan ais, air tanah, air permukaan dan wap air. Selain itu, tidak semua air tawar layak untuk diminum. Itu juga belum termasuk air yang tercemar oleh manusia. Dan tidak semua daerah di dunia ini mendapatkan peratusan air yang mencukupi.
Lalu berapa liter kecukupan kita kepada air ??
Fungsi air kepada manusia memang penting. Bermula dari bangun pagi hingga tidur kita tidak terlepas dari memerlukan air. Adapun keperluan air iaitu untuk minum, mandi, mencuci, wudhu bagi umat muslim, bercucuk tanam, segala macam keperluan hidup dan pekerjaan pasti memerlukan air. Bayangkanlah untuk 20 tahun akan datang jika pertumbuhan penduduk di dunia ini semakin bertambah.
http://aguswibisono.com (disesuaikan dengan Bahasa Melayu)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Minum Ais Dan Kesannya?

Oleh Supervain
TKODAILY
Sama ada pada waktu panas terik atau tidak, minuman sejuk atau berais memang menjadi pilihan masyarakat negara ini tidak kira usia.

Biarpun menyedari minuman sejuk tidak begitu elok untuk kesihatan, masih ramai yang memandang remeh mengenai amalan itu kerana belum merasai kesannya.
Sejak akhir-akhir ini, ramai yang menerima e-mel daripada rakan atau individu yang menyarankan amalan itu dihentikan kerana ia mungkin boleh menyebabkan banyak penyakit berbahaya.
Bunyinya memang menakutkan kerana minuman sejuk dikatakan punca kegemukan selain turut dikatakan boleh menyebabkan serangan penyakit jantung.
Bagaimanapun, Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar, menjelaskan tiada sebarang kajian yang membuktikan amalan minum minuman sejuk boleh membekukan makanan berminyak, memperlahankan penghadaman sekali gus menyebabkan lemak berkumpul dan menyempitkan salur darah lalu menyebabkan serangan jantung.


Kata Dr Haizal, pembentukan plak di dinding pembuluh darah koronari melalui proses aterosklesoris antara lain disebabkan oleh kandungan darah kolesterol yang berlebihan.
Jelasnya, sebahagian daripada kolesterol berkenaan datang daripada lemak pemakanan yang dihadam dan diserap oleh usus.
“Bagaimana kita boleh mengaitkan minuman sejuk dengan penyakit jantung kerana secara logiknya, minum air sejuk boleh memperlahankan penghadaman yang secara langsung mengurangkan lemak dan kandungan kolesterol dalam darah.
“Memang sehingga kini tiada kajian atau sebarang bukti untuk menyokong pendapat berkenaan,” katanya.
Menurut Dr Haizal, pesakit jantung atau yang pernah menjalani pembedahan jantung juga tidak mempunyai masalah jika mengambil minuman sejuk.
“Apa yang penting di sini bukan minuman itu sejuk atau tidak.
“Setiap individu yang berpenyakit atau tidak, perlu minum air kosong sekurang-kurangnya lima gelas sehari. 
“Terdapat satu kajian di Amerika Syarikat membabitkan lebih 20,000 orang mendapati mereka yang minum air kosong untuk jumlah sedemikian setiap hari mempunyai risiko mati akibat penyakit jantung yang lebih rendah berbanding mereka yang minum dua gelas atau kurang sehari.
“Jenis minuman selain daripada air kosong pula boleh meninggikan risiko terbabit,” katanya.
Daripada sudut kecantikan pula, minuman sejuk atau berais harus dijauhi wanita kerana ia dapat menjejaskan kesihatan kulit dan dalaman.
Pengasas Jamu Mak Dara, Halimah Shuib, berkata wanita tidak kira yang sudah berkahwin atau belum, perlu mengelakkan minuman sejuk atau berais jika mahu menjaga kecantikan kulit wajah, dalaman dan luaran mereka. 
Kata Halimah, walau bagaimana haus sekali pun, minuman sejuk perlu dijauhkan sebaliknya perlu mengambil air suam meskipun pada waktu tengah hari.
“Jika kita mengamalkan minuman berais, badan mudah menjadi kembang dan selain itu, tulang juga mudah berasa sakit dan bisa.
“Masalah berkenaan mungkin kurang dirasai ketika muda remaja dan hanya mula dirasai apabila menginjak usia 40 tahun ke atas,” katanya.
Bagi wanita yang sudah berkahwin pula, Halimah turut menasihatkan supaya jangan sesekali mengamalkan minuman sejuk kerana ia menjejaskan kesihatan dalaman serta menyejukkan peranakan.
Halimah berkata, penyakit hari ini senang singgah pada badan, tetapi ia amat susah untuk pergi iaitu disembuhkan.
Justeru, amalan pemakanan sihat dengan membanyakkan minum air kosong atau air suam amat penting kerana ia dapat meneutralkan kembali makanan yang diambil.
Jelas Halimah, berdasarkan pengalamannya, individu yang selalu minum air batu atau sering berada dalam pejabat atau rumah yang menggunakan penyaman udara, kulit mereka biasanya kelihatan kering dan tidak bermaya.
Amalan minum minuman sejuk atau berais juga dikatakan boleh menyebabkan perut mudah buncit.
Katanya, orang tua sering berpesan supaya jangan makan berselang dengan minum kerana ia juga akan menyebabkan perut menjadi buncit.
“Amalan menghirup sup ketika makan nasi juga tidak digalakkan kerana sup juga seperti air, boleh menyebabkan perut membuncit.
“Jika minum air, pastikan anda duduk dan jangan sesekali minum berdiri kerana air itu akan terus mengalir ke bahagian peranakan dan menyejukkannya.
“Memang wanita banyak pantang larang terutama dalam aspek pemakanan dan ia tidak boleh dipandang remeh kerana kesannya boleh dirasai selepas melepasi usia 40 tahun. Justeru, paling elok untuk diamalkan ialah air suam atau air kosong saja selain banyakkan makan sayuran,” katanya.
Selain itu, minuman sejuk juga tidak elok diberi kepada kanak-kanak kerana ia menyebabkan mereka mudah mengalami batuk, bibir kering atau pecah dan mudah diserang demam.
“Ibu bapa perlu memantau amalan berkenaan kerana kanak-kanak memang menggemari minuman sejuk.
“Jika kita sayangkan mereka, berilah air kosong kerana ia sememangnya lebih baik untuk kesihatan mereka,” katanya.
Rahsia ais dan air sejuk
■ Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa.
■ Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
■ Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
■ Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
■ Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
■ Ais amat diperlukan mana-mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka-sangka,
■ Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
■ Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
■ Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
■ Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
■ Makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit.
■ Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat.
■ Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
■ Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi.
■ Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.
■ Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.
■ Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
■ Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.
■ Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang.
■ Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
■ Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
■ Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
■ Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
■ Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

WAHAI PARA IBU SILA AMBIL TAHU

Soalan Lazim Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Yang Mengandungi Bisphenol
SUMBER:TRANUNGKITE

Oleh: suhazeli

"Q & A
PENGHARAMAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BISPHENOL A

1. APAKAH ITU POLIKARBONAT?
Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi.


2. APA ITU BISPHENOL A (BPA)?
BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

3. BAGAIMANA MENGENALI BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Botol susu bayi polikarbonat ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PCPla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan 'other' Pla_7ot.jpg
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan 'BPA free' atau 'Bebas BPA'.

4.        APAKAH KESAN BPA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA?
BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh.

5.        BAGAIMANAKAH BAYI BOLEH TERDEDAH DENGAN BPA MELALUI BOTOL SUSU POLIKARBONAT?
BPA boleh berpindah daripada botol susu polikarbonat ke dalam susu bayi seperti berikut:
  • Permukaan dalam botol susu bayi yang calar atau rosak.
  • Air panas dimasukkan terus ke dalam botol susu bayi
6.  APAKAH LANGKAH PROAKTIF KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DALAM MENANGANI ISU INI?
  • KKM mengambil keputusan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA berkuatkuasa 1 Mac 2012.
  • KKM memberikan tempoh masa satu (1) tahun kepada pihak industri untuk menghabiskan botol susu bayi polikarbonat yang sedia ada di pasaran tempatan.
  • KKM dengan kerjasama agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian  Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Penerangan akan membuat hebahan secara meluas kepada kumpulan sasar serta mengedarkan bahan-bahan pendidikan kesihatan berkaitan perkara ini.
7.  MENGAPA KKM  MASIH MEMBENARKAN PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT SEHINGGA SATU (1) TAHUN WALAUPUN KESANNYA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA TELAH DIKETAHUI?
Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi. 
KKM memberikan masa perubahan (transition period) secara berperingkat kepada semua pihak untuk 'phasing out' botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA. Tindakan ini adalah selari dengan tindakan negara-negara lain yang telah mengharamkan BPA.

8.  KENAPAKAH PENGHARAMAN INI DIKENAKAN KE ATAS BOTOL SUSU BAYI SAHAJA?
Tindakan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi.

9.  APAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA SEKIRANYA PENGGUNA MASIH MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Pengguna disarankan mengikut langkah berjaga-jaga seperti berikut : 
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
  5. Namun begitu, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing.
10.    APAKAH CARA TERBAIK UNTUK PENGGUNA SEKIRANYA MENGGUNAKAN AIR PANAS UNTUK MENYEDIAKAN BANCUHAN SUSU DALAM BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Bancuhan susu boleh disediakan terlebih dahulu di dalam bekas lain yang bersih dan selamat.
Sebagai contoh, bagi bancuhan susu sebanyak 150ml, masukkan lebih kurang 100ml air panas ke dalam bekas lain yang bersih dan selamat dan tambahkan susu mengikut sukatan. Bila bancuhan susu menjadi suam, masukkan ke dalam botol susu bayi polikarbonat dan tambahkan air suam sehingga menjadi 150ml.

11.    APAKAH ALTERNATIF BOTOL SUSU BAYI YANG TERDAPAT DI PASARAN? 
Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti  yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) kaca dan lain-lain. 

12.    APAKAH NEGARA-NEGARA YANG TELAH MELARANG  PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT? 
Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah.
13.    APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DIBUAT OLEH PENGGUNA SELEPAS 1 MAC 2012? 
Walaupun tarikh penguatkuasaan ke atas pengharaman botol susu bayi polikarbonat di pasaran adalah pada 1 Mac 2012, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA.

14.    ADAKAH PUTING SUSU BAYI MENGANDUNGI BPA?
Tidak. Puting susu bayi biasanya diperbuat daripada bahan seperti silikon dan getah yang tidak mengandungi BPA.

15.    BAGAIMANA KEADAAN PENGGUNA YANG PERNAH ATAU TELAH LAMA MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi. Tindakan pengharaman ini juga diambil adalah berdasarkan penemuan dan perkembangan terkini. 
Walau bagaimanapun, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA bagi mengurangkan pendedahan terhadap BPA.

16.    ADAKAH PERKAKASAN DAN BEKAS MAKANAN / MINUMAN BAYI SEPERTI PINGGAN, SUDU DAN CAWAN PLASTIK JUGA MENGANDUNGI BPA? 
Tidak. Perkakasan dan bekas makanan / minuman bayi biasanya diperbuat daripada bahan yang tidak mengandungi BPA seperti silikon, polypropylene, dan stainless steel.

17.    ADAKAH BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT MENGANDUNGI MELAMIN YANG BOLEH BERPINDAH KE DALAM SUSU?
Tidak. Botol susu bayi polikarbonat tidak mengandungi melamin. 

18.    APAKAH CONTOH BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BPA SELAIN DARIPADA BOTOL SUSU BAYI?
Bekas makanan atau minuman yang biasanya diperbuat daripada polikarbonat adalah seperti botol menyimpan air (tumbler) dan bekas air guna semula.

19.    KENAPA KKM TIDAK MENGHARAMKAN BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA BAHAN PLASTIK POLIKARBONAT? APAKAH TINDAKAN KKM SETERUSNYA?
Berdasarkan kepada pengetahuan masa kini dan bukti saintifik dari negara maju lain, tiada kesan terhadap kesihatan. Sehubungan itu tiada keperluan untuk mengambil sebarang tindakan pengharaman ke atas bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat selain daripada botol susu bayi buat masa ini.

Semua bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat perlu mematuhi Malaysian Standard MS 2234:2009 – Plastic Materials and Articles Intended to Come into Contact with Food, di mana specific migration limit (SML) bagi BPA adalah pada paras 0.6 mg/kg (sama seperti negara EU).

KKM akan terus memantau produk-produk bekas makanan dan minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat di pasaran tempatan serta mengikuti perkembangan saintifik antarabangsa dari masa ke semasa berkaitan isu BPA ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BEAUTY IN YOU

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PELANCARAN KEMPEN ANTI SAMAN EKOR (KASE) PERINGKAT NEGERI PERAK



Dilancarkan pada 13 Mac 2011 (Ahad) di Restoren Nasi Ayam Nusantara Medan Gopeng, Ipoh. Tetamu jemputan Peguam Zulhazmi dari Kuala Lumpur, YB Taufek Abd. Ghani dan Naib Presiden PAS YB Dato' Mahfoz Omar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KISAH TEMPE DAN DOA



Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatn ya sendiri.Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempe nya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. 

Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib,bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa : 

“Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin” 

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. 
Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. 

“Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu.Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin” 

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Semen tara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. 

“Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat. 

Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. 

Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, 

“Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.” 

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. 

“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” 

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya 

“Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”. 

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu : “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” 

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS