Hari Air Sedunia disambut pada setiap 22hb Mac setiap tahun. Pada tahun 1992, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UN telah menetapkan tarikh tersebut sebagai Hari Air Sedunia dengan memberi tumpuan kepada masalah berkaitan dengan air minuman terutamanya dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini. 1 Billion penduduk dunia tidak mendapat air minuman yang bersih manakala 2.6 Billion pula tidak mendapat keperluan kebersihan yang asas kerana sukar mendapat bekalan air bersih.
Tujuan dari peringatan ini adalah untuk menyedarkan kita betapa pentingnya air bersih dan usaha untuk menyedarkan pengelolaan air bersih yang berterusan. Mungkin pada saat ini kita masih terus menikmati air bersih dengan mudah. Tetapi bagaimana apabila 20 tahun atau 50 tahun lagi. Apakah kita masih dapat menikmati air bersih lagi.
Kita mungkin beranggapan bahawa air yang kita pakai tidak akan habis. Ada fakta tentang air yang menarik mengenai air di bumi ini iaitu jumlah air yang ada di bumi ini sama dengan jumlah air pada masa bumi tercipta. Jumlahnya memang sama tapi yang berubah adalah bentuknya. Jadi boleh disamakan air yang kita pakai untuk minum saat ini mungkin sama dengan air yang diminum nenek moyang kita.
Berapa jumlah air yang diminum di dunia ini ??
Menurut data, 70% permukaan bumi kita adalah air. Akan tetapi dari semua air itu 97 % adalah air masin atau air laut dan selebihnya 3% adalah air tawar. Peratusan air tawar tadi termasuk dengan ais, air tanah, air permukaan dan wap air. Selain itu, tidak semua air tawar layak untuk diminum. Itu juga belum termasuk air yang tercemar oleh manusia. Dan tidak semua daerah di dunia ini mendapatkan peratusan air yang mencukupi.

Lalu berapa liter kecukupan kita kepada air ??
Fungsi air kepada manusia memang penting. Bermula dari bangun pagi hingga tidur kita tidak terlepas dari memerlukan air. Adapun keperluan air iaitu untuk minum, mandi, mencuci, wudhu bagi umat muslim, bercucuk tanam, segala macam keperluan hidup dan pekerjaan pasti memerlukan air. Bayangkanlah untuk 20 tahun akan datang jika pertumbuhan penduduk di dunia ini semakin bertambah.

http://aguswibisono.com (disesuaikan dengan Bahasa Melayu)
0 comments:
Post a Comment
Ulasan Anda....