ZOOM 360: Konvensyen PAS Perak

6 Mei 2012, Ipoh - Konvensyen PAS Perak kali ke-16 telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Hillcity dekat sini. Konvensyen pada kali ini telah menghimpunkan wakil-wakil PAS kawasan daripada seluruh Perak. Dalam ucapan perasmian oleh Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat antara lain mengangkat agenda tarbiyah yang perlu diberi perhatian di semua peringkat dalam parti. Selain itu, beliau juga menyarankan agar program spiritual menjelang pilihanraya perlu dilakukan secara amal jamaie di peringkat negeri. Sementara itu dalam sesi perbahasan daripada wakil-wakil zon dan dewan menyokong penuh ucaptama yang telah disampaikan oleh Tn. Pesuruhjaya PAS Perak.
Dalam ucapan penggulungan, Tn. Pesuruhjaya mengucapkan tahniah kepada semua wakil Perak yang menyertai BERSIH 3. Menurut beliau, BERSIH 3 adalah manifestasi rakyat untuk melihat pilihanraya yang adil dan bersih. Antara perkara-perkara lain yang ditekankan dalam ucapan penggulungan beliau :
1. Ahli di semua peringkat perlu menggunakan pendekatan fiqh di mana semua ahli diminta melihat setiap perkara yang diputuskan oleh pimpinan penuh maslahah, telah dikaji secara keseluruhannya.
2. Isu pengurusan parti perlu diteliti :
    i.  pendekatan berhadapan dengan masyarakat
    ii. pimpinan dengan ahli
    iii.parti dengan orang UMNO
3. Memahami kaedah tahaluf siasi yang diamalkan oleh parti bersama rakan komponen 
4. Calon muslimat dalam pilihanraya akan diberi perhatian yang wajar
5. Bersedia berhadapan dengan ancaman media baru, SPRM, orang Melayu harus diurus dengan baik dan berstrategi

Konvensyen pada kali ini telah menggariskan 9 resolusi:
1. meningkatkan kerja parti seterusnya membina imej yang lebih baik
2. menggunakan pendekatan politik yang lebih terbuka dan menyeluruh
3. mengagihkan tugas-tugas parti mengikut kecenderungan / kebolehan petugas
4. membuka laluan dan ruang yang lebih selesa kepada Dewan Muslimat PAS untuk membantu parti
5. menangani masalah dalaman parti secara komprehensif
6. mempelbagaikan metod dakwah yang lebih hikmah
7. memantapkan DHPP
8. meningkatkan tarbiyah dan munajat secara konsisten
                                                                                                                                                         
 Pelekat untuk semua peserta mengikut kawasan - Kawasan Tambun
 Antara peserta yang hadir
 Ketibaan YB. Dato' Tuan Ibrahim Tn. Man disambut mesra peserta konvensyen
 Nyanyian lagu kebangsaan dan lagu PAS


 Ustaz Nuri, Ketua Penerangan PAS Perak bertindak sebagai pengerusi majlis
 Alunan wahyu - As-Saff
 Ucapan Tn. pengarah program, Tn. Hj. Razman
 Ucaptama daripada Ust. Abu Bakar Husin, Pesuruhjaya PAS Perak
 Ucapan perasmian daripada YB Dato'

SESI PERBAHASAN DARIPADA WAKIL-WAKIL ZON
 Wakil Zon Utara 2
 Wakil DHPP Perak
 Wakil Zon Bandaraya 2
 Wakil DMP Perak
 Wakil Zon Selatan 2
 Wakil Zon Utara1
 Wakil DPP Perak
 Wakil Dewan Ulama'
Antara AJK DMPK Tambun yang hadir


Antara saf kepimpinan DMP Perak

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ZOOM 360: KONVENSYEN RAKYAT PERAK

1 Mei 2012, Ipoh- Konvensyen Rakyat Perak yang berlangsung sejak semalam di Dewan Bulan Sabit Merah dekat sini mempamerkan penganjuran yang berjaya. Ia dilihat sebagai satu kejayaan besar dalam mengukuhkan jentera Pakatan Rakyat khususnya di Perak. Konvensyen pada kali ini, melahirkan satu fenomena baru dan melegakan di mana para pembahas adalah daripada kalangan orang muda yang cukup berketerampilan. Jelas, Pakatan Rakyat sudah punya pelapis yang boleh diharapkan untuk memikul amanah besar. 
Slot pada pagi ini telah dimulakan dengan ucapan Pengarah Konvensyen iaitu, Dr. Khairuddin b. Dato' Abdul Malek, Seterusnya agenda konvensyen diteruskan dengan ucapan daripada Sdr. Rafizi Ramli, yang banyak membongkar kedangkalan dan kebobrokan UMNO-BN. Yb Tony Phua yang meneruskan ucapan sejurus selepas itu turut menjelaskan beberapa isu-isu penting yang harus diketahui oleh ahli Pakatan Rakyat dan masyarakat awam umumnya. Smentara  Yb Dr Mujahid Yusof Rawa tampil dengan membawa para peserta konvensyen menyelami sejarah pembentukan Pakatan Rakyat. Menurut beliau, ahli Pakatan Rakyat Perak harus berasa bangga kerana pembentukan parti bersekutu dibawah panji Pakatan Rakyat bermula di Perak.
Majlis konvensyen selepas itu memberi ruang kepada ucapan wakil-wakil NGO yang turut menyumbang bakti dan memberikan sokongan padu kepada PR Perak di antaranya ABIM Perak, Persatuan Gabungan Mahasiswa Perak dan beberapa lagi NGO lain. Pada sesi petang pula, konvensyen diteruskan dengan perbahasan daripada wakil-wakil parti.




 Pendaftaran peserta konvensyen
 Ruang dewan penuh !
 Nyanyian lagu tiga parti

Dr. Muhaimin bertindak sebagai pengerusi majlis  
 Ucapan Dr. Khairuddin selaku Pengarah Konvensyen Rakyat 
 Sdr Rafizi Ramli, ucapan beliau menegaskan janji PR kepada rakyat
 Yb. Tony Phua membongkar isu-isu semasa melibatkan UMNO-BN
 "Kenal sejarah PR" - Dr. Mujahid
 Tayangan slide
 Ustaz Akmal mempengerusikan slot ucapan wakil-wakil parti
Pembahas daripada wakil-wakil parti
 Wakil DAP
 Wakil PKR-Sdr Tan Kar Hing
 Wakil PAS - Sdr Ahmad Khair Faizal Yahaya 
 Wakil pemuda- Sdr Fairul
 Wakil pemuda 
 Wakil wanita - Pn Rosinah (PKR)
 Orang muda...hujahnya bernas dan tepat
 Ustaz Ibrahim - wakil Ulama'
RESOLUSI KONVENSYEN PR 2012
 Sesi petang bersama pimpinan tertinggi PR
 Dato' Seri Anwar Ibrahim tekun mendengar ucapan pimpinan PR Perak
 Simbolik perpaduan antara rakan parti PR

Dato' Seri Anwar menyampaikan ucaptama

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BERSIH TETAP DITEGAKKAN BIARPUN TIDAK BERADA DI DATARAN MERDEKA


 Pemuda berkerusi roda ini tetap berjuang biarpun sudah agak lewat





Antara pimpinan DMPK Tambun dan muslimat yang turut serta






BERSIH bukan untuk hari ini sahaja tapi demi generasi akan datang....


Biarpun ada yang berhalangan untuk turut serta ke Perhimpunan Bersih di Dataran Merdeka, BERSIH tetap DUDUK DAN BANTAH di Padang Polo, Ipoh, Perak. Cuba kita kirakan berapa agaknya penyokong BERSIH dan yang mahukan keadilan yang berhimpun di seluruh dunia. Semoga pengorbanan sahabat di Dataran Merdeka yang merasai kepedihan gas pemedih mata, tendangan provokasi dan ada yang bermandi darah akan terbayar. Sesungguhnya perjuangan menuntut keadilan itu sangat pedih tetapi menjadi manis apabila kebatilan ditumpaskan NANTI!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS