Antara dua gambar ini, Anda pangkah [undi] yang mana ?
By Nasrudin Hassan
Ada ramai orang sayangkan kain takut basah tapi tidak ramai orang yang biarkan kainnya dibasahi oleh air dari tubuh disambar api NERAKA.....FIKIRLAH KAUM HAWA KETIKA MENGHARUNGI AIR.....
Cikgu Mala digesa terus turun padang
TAHNIAH atas semangat kental Cikgu Mala! Kalah bukan beerti kalah dalam perjuangan. Moga Cikgu Mala diberi kekuatan untuk istiqamah dalam perjuangan Islam. Harakahdaily |
LABIS, 31 Jan: PAS kawasan Labis khususnya calonnya di Tenang, Cikgu Normala Sudirman diseru supaya terus turun padang bagi memberikan khidmat terbaik untuk masyarakat walaupun kalah dalam pilihan raya kecil baru-baru ini. "Asas yang sangat baik telah dibina untuk Dun Tenang. PAS kawasan Labis, khususnya Cikgu Mala mesti terus turun padang," kata Mazlan Aliman AJK PAS Pusat yang juga Ketua Penerangan jentera PAS di PRK Tenang. Menurut beliau, PAS menghormati keputusan pengundi walaupun jelas sekali dalam pilihan raya ini sebagaimana biasa PAS bertanding melawan jentera kerajaan pusat dan negeri Johor bukannya BN dan Umno. "Adalah jelas PAS bertanding melawan jentera kerajaan (Pusat dan Johor)," katanya. Sebagai parti politik, katanya, Umno dan BN tiada kekuatan apa-apa. "Projek segera jutaan ringgit, sogokan dan propaganda media pro BN telah digunakan sepenuhnya (dalam kempen mereka)," kata beliau. Mazlan juga berjanji, Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) pimpinan beliau akan terus memperkasa gerakkerja sesuai dengan mottonya menarajui perubahan. Beliau juga, bagi pihak jentera penerangan PRK ini, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pimpinan Pakatan Rakyat, petugas parti, dermawan, pengamal media dan sukarelawan yang datang dari seluruh negara bagi membantu jentera PAS dan Pakatan dalam pilihan raya kecil ini. |
Terima Kasih Datuk Seri Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
Oleh Suhaizan Kaiat
Isu bersalam antara lelaki dan wanita dalam ajaran agama Islam menjadi isu dalam pilihanraya kecil Dun Tenang. Isu ini telah dibangkitkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Isu ini adalah terlalu kecil dibandingkan dengan isu rasuah, salahguna kuasa dan pembaziran duit rakyat.
Justru isu ini tidak menarik perhatian ramai sebelum ini. Kesannya adalah sangat sukar untuk menjelaskan isu ini kepada masyarakat bukan Islam kerana keterbasan ruang dan masa. Dalam ajaran Islam lelaki tidak boleh bersentuhan dengan wanita yang bukan muhrim walaupun bersalam kecuali menggunakan alas seperti kain.
Chua Soi Lek hina Islam perlu minta maaf - Harussani
Oleh Amizudin Ahmat
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam — calon PAS-Pakatan kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.
Justeru, Harussani menggesa Dr Chua yang juga Presiden MCA supaya meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam.
(lagi berita sila ke Tranungkite)
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Perkhidmatan bas wanita harus dipuji
DMPK menyambut baik perkhidmatan bas wanita yang telah diperkenalkan di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun adalah menjadi harapan semua wanita di Malaysia untuk mempunyai BAS WANITA di setiap negeri masing-masing. Moga impian ini akan menjadi kenyataan demi menjaga maruah wanita.
20 Safar 1432H.
Oleh : Nur Idayu Abd Rahman.
Usaha Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) membuka lapan laluan baru utama bagi perkhidmatan bas wanita dan dua Rapid Bas Wanita bagi setiap satu laluan pada waktu puncak harus dipuji.
Unit Siswi Karisma (Sisma), sebuah sayap mahasiswa wanita di bawah Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma) menyokong tindakan RapidKL dalam memastikan keselamatan golongan wanita untuk sampai ke destinasi terutama ketika waktu berpenumpang tinggi.
Tindakan ini dilakukan setelah tempoh percubaan bas wanita yang telah dilancarkan selama sebulan dan berakhir pada 31 Disember lepas mendapat pujian dan maklum balas baik dari pengguna wanita yang berpuas hati dengan perkhidmatan ini.
Rata-rata pengguna wanita yang terdiri dari penjawat awam dan swasta menyatakan kelegaan apabila mereka tidak perlu lagi bersesak-sesak dengan lelaki dan terhindar dari sebarang kemungkinan gangguan seksual semasa menggunakan perkhidmatan bas wanita sewaktu pergi dan pulang dari kerja mahupun belajar.
Langkah ini bukan lagi baru di negara kita setelah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengasingkan satu koc untuk wanita dalam memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna wanita pada April tahun lalu.
Perkhidmatan seumpama ini juga sebenarnya sudah lama dilaksanakan di luar negara seperti di Rusia, Mexico, Iran, Brazil dan Emiriah Arab Bersatu dengan hasrat mengelakkan gangguan seksual sejak tahun 2007 .
Sisma juga mendesak agar langkah penyediaan pengangkutan awam yang lebih sempurna diwujudkan bagi membolehkan pengguna-pengguna pengangkutan awam mempunyai ruang peribadi yang secukupnya di dalam bas mahupun tren pada waktu puncak, supaya pengguna pengangkutan awam tidak dibebankan dengan tekanan.
Termasuk juga mewujudkan perkhidmatan yang lebih mesra terhadap golongan OKU dan warga emas yang masih kurang diberi perhatian.
Begitupun, Sisma memandang langkah serius masih perlu diambil bagi menangani masalah gangguan seksual yang memerlukan penyelesaian jangka masa panjang tanpa mengenal lokasi mahupun destinasi.
Masyarakat seharusnya dididik agar menghormati kaum wanita dan bukan memandang kaum wanita sebagai suatu golongan yang lemah dan tertindas namun sebagai golongan yang dilindungi dan dipelihara kerana keistimewaannya serta martabat yang diangkat dalam agama Islam.
Harakahdaily/-
CIKGU MALA PAKAI SARUNG TANGAN
LABIS: Bagi meredakan ketegangan dan kontroversi tercetus berikutan isu enggan bersalam, calon PAS, Normala Sudirman kini dilihat memakai sepasang sarung tangan dalam kempen bertemu pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, semalam.
Kehadiran Normala memakai sepasang sarung tangan berwarna putih ketika melawat peniaga Cina di Jalan Pasar di sini bukan saja menarik perhatian penduduk yang ditemuinya, malah pengamal media turut tidak melepaskan peluang untuk merakamkan foto imej terbarunya.
Bekas guru itu dilihat tidak lagi kekok apabila bertemu masyarakat setempat berikutan tidak perlu mengelak untuk bersalaman selain turut menyerahkan kad tahun baru Cina dan limau mandarin kepada mereka.
Normala berkata, isu berkenaan sebenarnya hanya digembar-gembur berikutan kurangnya pemahaman terhadap kekangan seorang wanita Muslim.
“Ini sebenarnya bukan satu isu, saya pasti kebanyakan pihak sudah mengetahui saya sebagai wanita Muslim tidak boleh bersalam dengan bukan muhrim tetapi saya digambarkan tidak mahu bersalaman dengan kaum lain,” katanya pada sidang media bersama media Cina dan portal berita internet di Pejabat DAP Labis di sini, semalam.
ORANG ISLAM, ORANG YANG MENAKJUBKAN
Ke hadapan Muslimah sekalian ..
Saya mengetahui tentang The Islamic Email Circle melalui seorang teman di tempat kerja..Dia mengesyorkan saya untuk menulis kepada kalian. Saya hanya ingin mencurahkan penghargaan dan rasa hormat kepada seorang lelaki Muslim yang telah membantu saya, tapi tidak memberitahu namanya..Saya pastinya tidak akan melupakan beliau sama sekali,,
Menjadi seorang wanita muda berusia 27 tahun, di London, tentunya, saya gemar menghabiskan masa hujung minggu dengan pergi ke kelab malam, pawagam, keluar makan dan berjumpa kawan2 baru. Saya juga minum arak dan gemar berparti (bukan parti politik ek)..Pada usia begini, setiap anak muda lelaki dan perempuan, hanya ingin menikmati hidup mereka sepuas2nya..
Tahun lepas, pada hari Sabtu, 12 Disember 2009, saya keluar clubbing di Central London bersama rakan-rakan saya. Saya mengenakan gaun yang sangat ketat membalut tubuh.. Hari Krismas pula bakal menjelang beberapa minggu lagi..
Saya bertemu dengan seorang lelaki di dalam kelab malam, dan dia kelihatan baik.. Kami menari sepanjang malam sehingga pukul 2 pagi... Dia mulai meneguk arak dengan banyak berusaha mendekati saya. Dia berjaya menggoda saya mengikutnya ke arah bahagian belakang kelab tersebut, dan akhirnya kami keluar menerusi pintu kecemasan. Kami mula berciuman dan sebagai seorang lelaki buaya(hehe), dia mahukan lebih dari itu..Dia meminta saya mengikutnya memasuki kereta untuk meneruskan niatnya.. Walaupun, dia berada di bawah pengaruh alkohol, saya cuba menolak kemahuannya itu..
Dia tidak mengendahkan permintaan saya agar dia berhenti, dan saya menjadi semakin takut..Dia menggunakan kekuatan badannya untuk menahan tubuh saya..Jantung saya berdegup kencang..Saya merayu agar dia melepaskan saya tetapi, dia berkelakuan seperti orang yang hilang kawalan diri..Saya menjerit meminta tolong, tapi tiada siapa yang datang membantu.. Saya menangis sekuat hati..Saya akhirnya berjaya memecahkan tingkap belakang kereta menggunakan kaki saya dan menjerit meminta tolong. 'Binatang' tersebut berjaya merentap gaun saya dan cuba untuk memperkosa saya..Saya tidak akan lupakan langsung saat2 hitam dalam kereta tersebut..Saya menangis dan merayu kepadanya untuk melepaskan saya..
Dan kemudian, tiba-tiba, ada 'Malaikat' datang untuk menyelamatkan saya. Seorang lelaki yang berjanggut ,awal 30-an, menghampiri kami..Dia menarik keluar lelaki gila tadi dari kereta, menghumbankannya ke tanah dan menendangnya beberapa kali. Lelaki yang dipukul itu terus berlari meninggalkan kami dengan penuh ketakutan..Saya menangis dalam keadaan badan yang tidak cukup kain..Lelaki berjanggut itu menundukkan pandangannya daripada memandang saya dan menanggalkan jaket yang sedang dipakai beliau..Saat itu saya berasa sangat sejuk dan menyarungkan jaket tersebut pada tubuh saya..Pada leher lelaki itu ada tergantung ID pemandu teksi..Saya berasa sangat lega saat itu..Dia menghulurkan sehelai sapu tangan pada saya dan bertanya adakah saya ok. Saya memandangnya dan mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana telah menyelamatkan harga diri dan maruah saya. Dia bertanya jika saya ingin menelefon pihak polis untuk membuat laporan..Saya menolak tawaran beliau dan mengatakan yang saya hanya ingin pulang.. Dia bertanyakan soalan yang sama sekali lagi, tetapi saya mengatakan tidak..Dan kemudian saya bertanya kepadanya adakah dia boleh menghantar saya pulang..Dan saat itu, air mata saya jatuh mencurah2..
Lelaki itu berkata, "Sudah tentu boleh, cik ", dengan suaranya yang lembut..
Apabila saya mendekati teksi tersebut, dia enggan membenarkan saya duduk di bahagian depan, dan berkata,
"Cik, adakah awak kisah untuk duduk di belakang?". Saya tidak punya masalah dengan itu. Saya menangis dan dia berkata,: "Cik, awak tidak patut keluar bersendirian pada waktu malam dan awak sepatutnya bersama2 dengan rakan2 yang lain..Lagi satu, awak tak patut mudah percaya pada mana2 lelaki yang awak baru kenal di kelab malam.." Sungguh benar apa yang diperkatakan lelaki itu..
Sepanjang dalam perjalanan ke rumah saya, dia tidak langsung tidak melihat 'cermin pandang belakang' ketika berbual dengan saya dan dia berkata2 dengan nada yang sangat lembut. Dia memiliki janggut yang panjang..Saya juga perasan yang dia mempunyai manik-manik (tasbih) yang tergantung pada cermin keretanya.. Saya mengenali manik-manik tersebut kerana seorang rakan muslim di tempat saya bekerja juga mempunyai manik-manik begitu di dalam kereta. Saya bertanya kepadanya, "Awak ni orang Islam kan?" dan dia menjawab "Memang saya orang Islam,dan saya bangga menjadi orang Islam. Saya dilahirkan sebagai orang Islam dan akan mati sebagai orang Islam"
Dia kemudian bertanya kepada saya, "Adakah anda inginkan ketenangan?"
Saya kebingungan dan bertanya, "Apa maksud awak?"
Dia kemudian menguatkan bunyi CD playernya, dan saya dapat dengar alunan suara tanpa muzik! Dia berkata, "Ini adalah ayat Quran, boleh tak jika saya meminta awak untuk mendengar bacaan ini selama 5 minit dengan penuh perasaan?".
Saya mendengar bacaan itu dengan teliti.
Bunyinya memang berbeza dengan jenis2 bunyi yang biasa saya dengar..Dan saya cuba mendengar dengan teliti..Dan sememangnya benar apa yang dia katakan..Suara dan bunyi itu sangat mendamaikan dan menenangkan jiwa..Saya sangat gembira mendengarkan alunan suara yang membaca ayat2 Quran itu..
Dia kemudian bertanya, "Apa yang anda rasa sekarang cik?"
Saya berkata "Luar biasa .. Saya suka mendengarnya, sungguh menenangkan jiwa".
Dia menjawab, "Cik, ini adalah ayat2 Quraan. Saya adalah orang Islam..Saya telah diajar oleh Islam untuk menghormati wanita, untuk menundukkan pandangan mata saya, dan menghormati semua manusia, walau apapun agama mereka. Awak bernasib baik kerana saya mendengar jeritan awak tadi.. Saya sedang berada di penjuru jalan itu, bila tiba2 tayar teksi saya meletup..Sekarang saya paham kenapa Allah membuatkan tayar teksi saya pancit..Dan dengan kekuasaan-Nya, Dia yang telah membuatkan saya menyelamatkan cik, itulah kehendak Allah..Awak kena terima apa yang saya ingin cakapkan ni..Awak boleh berterima kasih pada saya sebanyak mana yang awak mahu, tapi saya ingin mencadangkan agar awak berterima kasih kepada Allah, kerana Allah yang menghendaki agar tayar teksi saya pancit pada masa itu"
Saya memikirkan setiap kata2nya itu..Dia berkata2 dengan nada yang sungguh lembut tetapi pada masa sama dengan penuh rasa pengabdian pada Tuhan..Dia adalah seorang lelaki yang sangat baik, lelaki yang telah menjadi 'malaikat' saya..
Tiba saja di rumah saya, saya menjemputnya masuk untuk minum kopi bersama tetapi dia menolak dengan baik.. Saya masuk ke dalam, menukar pakaian dan keluar semula memulangkan jaket tadi.. Saya kemudian mengucapkan terima kasih lagi padanya, dan bertanya "Berapa banyak yang saya perlu bayar kamu?".
Jawapannya benar2 menusuk kalbu, kerana dia menjawab, "Cik, awak telah melalui cubaan dan rintangan yang berat..Adakah awak pikir saya akan caj awak? Masuklah ke dalam rumah, dan berehat, saya dapat bayangkan awak takkan melupakan lelaki tadi seumur hidup awak atas kelakuan tak senonohnya dan atas apa yang mungkin terjadi kepada awak tadi..Tapi, bolehkah saya tanyakan satu soalan pada cik?"
Saya begitu tersentuh dan menjawab, "Ya, tanyalah"
Dia menjawab, "Jika awak ceritakan pada sesiapa tentang apa yang terjadi, boleh tak jika awak ceritakan juga bahawa orang Islam yang telah datang membantu awak?"
Saya menjawab, "Tentu saja boleh..Sekurang2nya itu yang saya boleh lakukan". Sebaik sahaja saya berkata demikian, dia menjawab, "Cik, saya perlu pergi sekarang, jauh lagi perjalanan saya..Saya mendoakan yang terbaik untuk awak, tolonglah terima CD ayat2 Quran ni dan fikirlah tentang Islam, apa yang Islam tawarkan dan bagaimana Islam boleh membuat awak menjadi orang yang lebih baik daripada sekarang "
Saya mengambil CD tersebut dan mengucapkan terima kasih pada lelaki tersebut..Dia kemudian berlalu pergi..Air mata saya mula bergenang..Lelaki ini sangat istimewa..Dan Dia Adalah Seorang Muslim
Setahun berlalu, saya masih mempunyai CD itu dan kadang2 saya mendengarnya..Saya suka mendengar bacaan ayat2 Quraan..Saya juga memasangnya pada pukul 5 ptg apabila saya tersangkut dalam kesesakan lalu lintas London! Saya telah mempelajari Islam dengan lebih banyak..Saya juga menjadi ahli The Islamic Email Circle, di mana saya menerima hadis pada hari Isnin dan artikel Islamik pada hari Jumaat.
Saya hanya ingin mengatakan kepada semua orang Islam di luar sana: Orang Islam sangat menakjubkan, mereka mempunyai hati yang bersalut emas, mempunyai prinsip2 hidup yang indah, sopan santun dan mereka sangat mengambil berat tentang orang lain.
Pemandu teksi itu adalah insan istimewa dan indah yang tidak akan saya lupakan buat selamanya..Personaliti dan kesopanannya juga telah merubah hidup saya. Saya tidak faham mengapa manusia begitu takut dengan lelaki Islam yang berjanggut..Mereka adalah manusia yang paling indah dan prihatin di dunia ini. Sesungguhnya mereka adalah 'Malaikat'.
Saya masih mempelajari Islam dan telah mula mengenali Islam yang sebenar.. Mungkin suatu hari, saya akan kembali kepada Islam, jadi saya harus meminta anda semua untuk berdoa buat saya. Tapi yang lebih penting, saya meminta anda untuk berdoa untuk pemandu teksi yang telah menyelamatkan kehormatan dan masa depan saya.. Saya yakin Allah akan memberi beliau pahala yang begitu banyak..Tidakkah anda bersetuju dengan pendapat saya?...
Terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk membaca luahan isi hati ini
Tracy Harvie
London, United Kingdom
Sumber: http://www.theislamicemailcircle.com.
DMPK TAMBUN MEMBUAT LAPORAN POLIS ATAS KENYATAAN PRESIDEN MCA
| ||||||
|
NORMALA MENDAPAT SOKONGAN AKAR UMBI
Hazayani Zakaria |
LABIS, 17 Jan: PAS meletakkan calon wanita dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang kerana mendapati wujudnya keperluan untuk membawa suara wanita di negeri Johor. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan PAS Johor mengenai keperluan meletakkan calon wanita dan ianya mendapat sokongan akar umbi parti. "Ini keperluan bagi negeri Johor dan kita melihat pandangan PAS Johor dan kita melihat golongan wanita juga adalah pengundi, bukan sahaja lelaki. Jadi mereka juga perlu suara di Dewan Rakyat dan Dun. "Kita lakukan kaji selidik di peringkat bawah dan kita dapati calon kita mendapat sokongan akar umbi parti di samping mempunyai pengaruh kerana pernah berkhidmat di kawasan Dun Tenang," kata beliau dalam sidang media selepas mengumumkan calon PAS di Dataran Wayang Pacak, dekat sini malam tadi. Normala Sudirman, 38, (gambar) dipilih sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding di Dun Tenang, 30 Januari ini. Berucap dalam majlis pengisytiharan calon sebelum itu, Abdul Hadi berkata, PAS memilih Normala sebagai calon kerana yakin dengan kemampuan beliau berkhidmat kepada masyarakat di kawasan tersebut selain kesungguhan yang ditunjukkan untuk berkhidmat kepada parti. "Puan Normala tak minta jadi calon tapi kami (PAS) yang minta beliau jadi calon. "Beliau telah meletakkan jawatan bukan kerana nak jadi calon tapi letak jawatan guru kerana nak aktif sepenuhnya dalam parti dan masyarakat. "Ini merupakan kesungguhan beliau untuk bersama dalam perjuangan," katanya di hadapan lebih 1,000 rakyat yang hadir bagi mengetahui siapakah calon yang dipilih PAS. Abdul Hadi juga berkata, ini bukan kali pertama PAS meletakkan wanita sebagai calon setelah mendapati sejarah pemerintahan Islam sendiri mengiktiraf wanita sebagai pemimpin. "Mengapa PAS pilih calon wanita? Sejarah Islam menunjukkan permulaan membina negara pada awal 1470 tahun dulu. "Apabila Nabi Muhammad s.a.w mengajak pemimpin-pemimpin Aus dan Khazraj yang datang dari Madinah untuk mengadakan bai'ah janji setia bagi menguatkan sebuah pemerintahan yang adil, di antara yang diminta melafazkan janji setia ialah dua orang wanita. Menurutnya juga, dalam al-Quran sendiri ada menyebut hak wanita untuk terlibat dalam urusan pemerintahan negara. "Islam telah memulakannya seribu tahun dahulu. Kalau kita membaca sejarah, penglibatan dalam menegur dan menasihati pemerintah bukan sahaja melibatkan lelaki tapi juga wanita. "Apabila khalifah Umar Al-Khatab menyampaikan ucapan yang dipandang oleh wanita sebagai ucapan yang memperkecilkan mereka, seorang wanita bangun di dalam majlis dan menegur Umar. "Allah bagi hak kepada wanita di dalam al-Quran tetapi berani ketua negara membatalkan hak menyebabkan Umar menarik balik apa yang diucapkan," katanya. Katanya, PAS juga pernah menghantar calon wanita pertama ke Parlimen, Khatijah Sidek pada tahun 1960. "Dalam sejarah PAS, PAS telah menghantar ahli Parlimen yang pertama selepas merdeka pada tahun 1960 dan berjaya memenangkan calon ketua muslimat, Khatijah Sidek. Jadi ini bukan kali pertama kita letak calon muslimat," katanya yang juga ahli Parlimen Marang. Sementara itu, beliau juga menyeru seluruh petugas Pakatan Rakyat agar bertugas dengan berhemah sepanjang proses pilihan raya berlangsung dan tidak terpengaruh dengab sebarang provokasi pihak lawan. "Dalam menghadapi pilihan raya Dun Tenang, saya menyeru kepada petugas Pakatan Rakyat supaya bekerja dengan tenang, jangan gelojoh, jangan melampau, menjaga keamanan, menjaga ketenteraman dan menjaga perturan pilihan raya dengan baik," katanya. Tambahnya, Pakatan Rakyat perlu menerima hakikat bahawa pilihan raya sering kali berlangsung dalam suasan yang tidak adil, dengan Umno BN mendapat segala kelebihan untuk berkempen. "Bukan senang nak menang kerana kita menghadapi pilihan raya dalam lapangan yang tidak sama rata. BN akan guna media perdana, stesen televisyen, radio untuk berkempen ke setiap rumah. "Ini pilihan raya yang berbeza dengan amalan demokrasi moden dan pilihan raya yang tidak adil. Kita diberi peluang yang terhad, ceramah yang terhad dan penerangan yang terhad," katanya. Namun beliau meminta petugas parti tidak cepat berputus asa kerana Pakatan Rakyat sudah beberapa kali menang dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini. "Jangan risau kerana kita telah buktikan kita boleh menang dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini dan kita percaya kita boleh lakukan kali ini," katanya. |
PERASMIAN PASAR ABDUL RAHMAN BIN AUF
UCAPAN TAKZIAH
http://www.millatfacebook.com/
Facebook akan dihentikan pada 15 MAC 2011
Oleh: wayarMAHAL
"Mark Zuckerberg merupakan pengasas Facebook - sebuah perkhidmatan rangkaian sosial dalam internet. Beliau juga merupakan ketua eksekutif Facebook
Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa Facebook akan ditutup pada Mac 2011. Jadi dia meminta kepada penguna agar menyimpan semua gambar dan maklumat peribadi berkaitan sebelum ia tidak dapat di akses bermula 15 Mac 2011.
Pengumuman ini mendapat respon meluas dari penguna facebook seluruh dunia.
Menurut Weekly World News:
Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful. “Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office,
“and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.” Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.
“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet.
You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.” Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.
“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”
Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news. “What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana.
“My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”
However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief. “I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit.
“Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.” Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise.
Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion. But Zuckerberg remains unruffled by these accusations.
He says he will stand by his decision to give Facebook the axe. “I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.” The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th.
After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.
Isu Khusrin - Jangan dua kali dipatuk dari lubang yang sama
Oleh Dr Khairuddin Abdul Malik
Krisis perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang dipaksakan kepada YAB Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah jelas lagi terang merupakan agenda UMNO/BN yang dikepalai oleh DS Najib Razak.
Hanya orang-orang yang naif atau bodoh bendul sahaja yang tidak mempercayainya. Sesungguhnya krisis tersebut adalah sesuatu yang dapat dielakkan jika Ketua Setiausaha Negeri (KSN) bersikap professional terhadap tugasnya serta tidak merelakan agenda politik UMNO/BN menjadi faktor pertimbangan langsung dalam menilai kesesuaian sesuatu perlantikan SUK dimana-mana negeri pun.
Ahli Majlis Perunding MAPIM.