PERASMIAN PASAR ABDUL RAHMAN BIN AUF


















Pada 16 Januari 2011 (Sabtu) jam 09.00 pagi yang lalu Lajnah Ekonomi PAS Kawasan Tambun telah menganjurkan Pasar Abdul Rahman Auf bertempat di Surau Al Ikhlasiah, Jalan Pemimpin. Pasar tersebut telah dirasmikan oleh Dato' Seri Ir Hj. Muhd Nizar Jamaludin. Pasar ini akan diadakan pada setiap Ahad bermula jam seawal 7 pagi hingga 11 pagi. Ia merupakan pasar kedua yang diwujudkan oleh PAS Kawasan setelah Pasar Al-Qamar di Tapah. Diharapkan pasar ini dapat memperkenalkan produk Islam kepada masyarakat dengan kebanyakan peniaga dari ahli PAS sendiri dan meningkatkan ekonomi umat Islam. Muslimat juga ramai yang turut serta menjual di pasar tersebut. Adakah ini sebagai cabaran untuk DMP Tambun merealisasikan pasar ala Siti Khadijah di Kelantan yang mana ramai peniaga adalah golongan wanita. Semoga pasar yang dibentuk ini akan berterusan dan ditambah bilangannya dari semasa ke semasa. Tahniah Lajnah Ekonomi Kawasan Tambun.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....