KUALA LUMPUR, 8 Mac: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengajak seluruh wanita negara ini membuat perubahan bagi merubah nasib mereka pada tahap yang lebih gemilang sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia ke-100, hari ini. “DMPP turut mengucapkan selamat menyambut Hari Wanita Sedunia kepada seluruh wanita di mana jua mereka berada,” ujar ketuanya, Ustazah Nuridah Mohd Salleh. Sempena 100 tahun sambutan hari tersebut kali ini dengan temanya “Equal acsess to education, training, science and technology: Pathway to decent work for women – Kesamarataan peluang terhadap pelajaran, latihan, sains dan teknologi: Laluan kerjaya terpuji untuk wanita”. Sebenarnya, kata beliau dalam pandangan Islam, wanita mempunyai hak-hak yang sama dengan lelaki di mana Allah menegaskan di dalam al-Quran bahawa wanita adalah pelengkap bagi lelaki manakala lelaki juga adalah pelengkap bagi wanita. Sabda Rasulullah s.a.w pula yang bermaksud: “Sebenarnya wanita adalah saudara kandung bagi lelaki!” “Sesungguhnya dari maksud hadis tersebut jelaslah bahawa pada pandangan Islam tidak ada pengurangan atas hak-hak wanita ataupun kezaliman atas wanita demi kepentingan lelaki kerana Islam merupakan satu syariat Allah yang diturunkan untuk lelaki dan wanita sekaligus tanpa pengecualian,” ujarnya dalam satu kenyataan. Oleh itu, jelasnya sebarang bentuk ketidak adilan ke atas wanita di dalam setiap aspek kehidupan amatlah ditegah dan bercanggah dengan ketentuan Ilahi. Apatah lagi, ujarnya amat besarnya peranan wanita yang mesti disempurnakan oleh wanita, seperti kata-kata bijak pandai: Seorang ibu ibarat sekolah, apabila kamu siapkan dengan baik, bererti kamu menyiapkan satu bangsa yang harum namanya. Sehubungan itu, menurutnya Pakatan Rakyat menawarkan beberapa program di dalam pelaksanaan agenda Dasar Bersama Pakatan Rakyat seperti menggubal akta bagi memastikan golongan wanita mendapat layanan yang adil dalam segenap bidang. Di samping itu, memberi penekanan ke arah meningkatkan Kadar Guna Tenaga bagi Wanita kepada tahap 60% dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding 46% sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu dan memperuntukkan 30% perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan. Pakatan Rakyat juga, tambahnya menangani segala bentuk keganasan terhadap wanita dan anak-anak dengan hukuman setimpal yang lebih berat dijatuhkan ke atas pesalah serta memastikan kebersanan pusat krisis di setiap hospital dan balai polis. Selain itu, katanya memastikan kewujudan sistem sokongan dan bantuan seperti pusat penjagaan kanak-kanak dan sebagainya untuk ibu yang bekerja di pejabat kerajaan dan sektor swasta. Beliau menambah, Pakatan turut memberikan bantuan untuk meringankan beban keluarga ibu tunggal yang miskin dan memerlukan, mengambil kira perspektif gender dalam merangka belanjawan dan dasar-dasar negara, memperkenalkan program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah dan mengiktiraf peranan suri rumah di dalam pengkukuhan institusi keluarga dan sumbangannya kepada pembangunan masyarakat dan negara. Justeru, ujarnya sayugia wanita mengambil inisiatif dan keprihatinan terhadap tawaran-tawaran tersebut agar seluruh wanita Malaysia dapat berperanan dan memberikan sumbangan positif terhadap usaha-usaha Pakatan Rakyat merubah nasib kaum wanita pada tahap yang lebih gemilang. “Sesungguhnya nasib kita adalah di tangan kita juga seperti penegasan Allah SWT di dalam al-Quran bahawa Allah tidak akan mengubah nasib seseorang individu atau kaum tanpa mereka berusaha mengubah sikap dan berusaha ke arah reformasi kehidupan yang lebih baik. “Marilah kita bersama-sama berganding bahu melaksanakan perubahan ini. Ubah sekarang, selamatkan Malaysia,” ujarnya. |
Muslimat PAS Ajak Wanita Buat Perubahan
Hari Wanita: Kembali Kepada Syariah Islam
|
Meningkatkan Akses, Penglibatan, Dan Pelaburan Untuk Pembangunan Wanita Malaysia
Oleh YB Fuziah Salleh
Perutusan Hari Wanita Sedunia 2011 - Kebanyakan wanita masih menerima ketidakadilan, diskriminasi dan segala kesulitan hidup mereka secara senyap. Sebahagian daripada mereka adalah ketua-ketua keluarga yang miskin dan terpinggir, yang berusaha keras untuk memastikan agar anggota keluarga mereka hidup dengan selamat dan sempurna, serta anak-anak mereka memperoleh pendidikan yang terbaik bagi memastikan masa depan yang terjamin.
Sebahagian wanita lain adalah dari golongan profesional, teknokrat, usahawan, intellektual, ahli-ahli politik, kakitangan pengurusan dan pentadbiran di sektor awam dan swasta yang meliputi semua ruang lingkup aktiviti rakyat. Wanita sedemikian sering berjuang dalam memenuhi tanggungjawab domestik dan karier mereka. Mereka juga masih kerap menghadapi tekanan, diskriminasi dan kadangkala penderaan seksual dan keganasan domestik. Justeru, kepentingan dan permasalahan wanita wajarlah senantiasa secara sedar diberi perhatian dan sentiasa diperbaiki kerana wanita adalah aset penting dan tunggak sesebuah negara yang membangun ke arah status negara maju seperti Malaysia.
Akses terhadap pendidikan dan tahap pencapaian rakyat dalam bidang pendidikan adalah menjadi penunjuk utama dalam aras pertumbuhan ekonomi dan reformasi sosial. Pendidikan adalah asas dalam usaha pemberdayaan wanita (women's empowerment). Kajian dan model-model dalam pendidikan terhadap wanita di dalam dan di luar negara membuktikan bahawa pelaburan pendidikan terhadap wanita telah melipatgandakan kesan kesejahteraan terhadap keluarga mereka, masyarakat dan negara.
Bajet gender, yang boleh dikatakan mempunyai hasrat yang sama dengan bajet berasaskan keberhasilan (OBB) yang baru-baru ini diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia, yang telah terlalu lama ditunda perlaksanaan sepenuhnya dalam pentadbiran Kerajaan Malaysia adalah instrumen politik yang sangat berkesan ke arah mempercepat Agenda Pemberdayaan Wanita Malaysia dan dalam mencapai keadilan sosial.
Malaysia memerlukan pemimpin negara, khususnya pemimpin wanita, yang memahami isu-isu wanita dan menggunakan kedudukan mereka mengarus utamakan gender (gender mainstreaming) agar berlaku keadilan dan kesaksamaan gender yang menjadi batu asas berlakunya keadilan sosial.
Laporan Jurang Gender Global 2010 yang dikeluarkan oleh World Economic Forum 2010, meletakkan Malaysia dalam kedudukan ke-98 daripada 134 negara, di belakang kesemua negara Asia Tenggara dan juga negara-negara seperti Mongolia, India, Bangladesh, Zimbabwe dan Brunei Darussalam. Indeks Jurang Gender bagi Malaysia pada 2010 ialah 0.6479 berbanding 0.6509 pada tahun 2006. Walaupun akses wanita Malaysia dalam bidang pendidikan adalah tinggi (indeks: 0.9899) dan mampu menyediakan takungan wanita yang berkaliber dan berkemahiran dalam berbagai bidang, namun ia tidak dicerminkan dalam pencapaian bidang-bidang lain dan peringkat-peringkat pentadbiran/pengurusan di sektor awam dan swasta. Ia jelas menunjukkan berlakunya jurang gender (diskriminasi), ketiadaan koordinasi, dan usaha yang bersepadu serta kehendak politik (political will) yang diperlukan dalam meningkatkan penglibatan wanita dengan lebih berkesan.
Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia 2011.
Fuziah Salleh
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
Ahli Parlimen Kuantan
RAHSIA MENU SIHAT ALA NABI SAW
BARU-BARU INI PENULIS TELAH MENONTON SATU RANCANGAN WANITA DI SALAH SEBUAH SIARAN TELEVISYEN TERBITAN SWASTA. SALAH SATU SLOT TERSEBUT IALAH DITAMPILKAN SEORANG PELAKON LELAKI YANG TERKENAL TENTANG AKTIVITI DAN PEMAKANAN BELIAU. PELAKON TERSEBUT MENGATAKAN AKTIVTI BERIADAH YANG PALING DISUKAI IALAH MENUNGGANG KUDA KERANA IA ADALAH SALAH SATU SUNNAH RASULULLAH SELAIN MEMANAH DAN BERENANG. KEMUDIAN DIPAPARKAN CARA PEMAKANAN PELAKON ITU. PELAKON ITU JUGA MENGAMALKAN PEMAKANAN SUNNAH DENGAN BANYAK MEMAKAN KISMIS UNTUK KECERGASAN OTAK DAN BUAH-BUAHAN SERTA ULAMAN UNTUK AWET MUDA.
APA YANG INGIN PENULIS SIMPULKAN ADA JUGA GOLONGAN ARTIS YANG MENYEDARI AKTIVITI DAN PEMAKANAN SUNAH NABI DI WAKTU BEGITU BANYAK KITA DILONGGOKKAN DENGAN AKTIVITI DAN PEMAKANAN BARAT. JIKA DIA SEBAGAI ARTIS DAPAT MENGAMALKAN SUNNAH NABI WALAUPUN MENGAMBIL YANG SEDIKIT, MAKA BIARLAH KITA JUGA DAPAT MENGAMALKAN SUNNAH NABI DENGAN LEBIH BANYAK. MOGA JUGA PELAKON BERKENAAN AKAN LEBIH TERBUKA UNTUK MENGHAYATI SUNNAH NABI LEBIH DARI ITU....
WALLAHUALAM...
(artikel dalam Bahasa Indonesia, harap dapat memahami)
Oleh MuslimD
Segala sesuatu yang dicontohkan atau disuruh oleh Rasulullah SAW pasti mempunyai manfaat dan kebaikan yang banyak. Karena sesuai dengan kedudukan beliau sebagai uswatun hasanah, tidaklah beliau berbuat atau berbicara melainkan atas petunjuk dan bimbingan Allah, bukan karena nafsu ataupun keinginannya sendiri.
Salah suatu kebiasaan yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW yang mudah2an tidak sulit untuk kita tiru adalah:
Tidur Menyamping ke Kanan
Posisi tidur Nabi SAW adalah miring kesebelah kanan, kemudian beliau berbalik bertumpu sedikit pada sisi kiri agar proses pencernaan lebih cepat karena condongnya lambung di atas hati. Kemudian beliau kembali tidur bertumpu pada sisi kanan lagi, agar makanan segera larut dari lambung. Jadi posisi permulaan dan posisi terakhir tidur bertumpu pada sisi kanan. Selain bermanfaat bagi pencernaan, ada 3 manfaat lain yang dapat diambil dari posisi tidur miring kesebelah kanan.
Ibnu Qayyim berkata: “Barangsiapa yang memperhatikan pola tidur dan bangun beliau, niscaya mengetahui bahwa tidur beliau tersebut paling proporsional dan paling ber-manfaat untuk badan, organ, dan kekuatan
Bangun di Sepertiga Malam
Para pakar kesehatan menyatakan bahwa udara sepertiga malam terakhir sangat kaya dengan oksigen dan belum terkotori oleh zat-zat lain, sehingga sangat bermanfaat untuk optimalisasi metabolisme tubuh. Hal ini jelas sangat besar pengaruhnya terhadap vitalitas seseorang dalam aktivitasnya selama seharian penuh.
Contohlah Rasulullah, yang setiap subuh selalu mendapat asupan udara segar. Beliau bangun sebelum subuh dan melaksanakan qiyamul lail. Biasanya orang yang memulai kehidupan di pagi hari dengan bangun subuh, akan menjalani hari dengan penuh semangat dan optimisme. Berbeda dengan orang yang tidak bangun di subuh hari, biasanya lebih mudah terserang rasa malas untuk beraktivitas.
Sikat Gigi dengan Siwak
Untuk menjaga kesehatan mulut dan giginya pada pagi hari, Rasulullah SAW biasa memakai siwak. Siwak mengandung flour yang sangat bermanfaat dalam menjaga kesehatan gigi dan gusi. Mulut dan gigi merupakan organ tubuh yang sangat berperan dalam konsumsi makanan. Apabila mulut dan gigi sakit, maka biasanya proses konsumsi makanan menjadi terganggu.
Menu Makan Nabi
“Kita masyarakat Barat yang tidak mengamati dan tidak mencontoh adab makan yang diajarkan Islam, akhirnya menderita banyak penyakit. Mereka yang mematuhi kebiasaan makan menurut Islam akan sehat, dan mereka yang meniru cara makan Barat yang buruk akan sakit. Kebiasaan sehat dalam adab makan Islam seharusnya ditiru oleh masyarakat Barat” (Profesor Hans-Heinrich Reckeweg, M.D., ahli toksikologi, Biological Therapy Vol.1 No.2, 1983)
“Sumber dari segala obat adalah menjaga makanan” (Hadits Sohih)
“1/3 perut untuk makanan, 1/3nya lagi untuk makanan, dan 1/3 sisanya untuk udara”. Kita mungkin sudah akrab dengan diet anjuran Rasul yang satu ini. Bisa jadi kita lakukan, atau kita abaikan. Namun sudah tahukah kita, kalau berbagai penelitian masa kini menemukan bahwa diet tersebut dapat memperpanjang umur seseorang?
Mengawali Pagi dengan Minuman Madu
Rasulullah saw membuka menu sarapannya dengan air dingin yang dicampur dengan madu. Dalam Al Qur'an, madu merupakan syifaa (obat) yang diungkapkan dengan isim nakiroh, menunjukkan arti umum dan menyeluruh. Pada dasarnya madu bisa menjadi obat atas berbagai penyakit. Madu berfungsi untuk membersihkan lambung, mengaktifkan usus-usus, dan menyembuhkan sembelit, wasir, luka bakar, dan peradangan.
Konsumsi Snack Sehat
Tujuh butir kurma ajwa (matang) menjadi kebiasaan Rasulullah saw menjelang siang. Beliau pernah bersabda, "Barang siapa yang makan tujuh butir kurma, maka akan terlindungi dari racun." Hal ini terbukti ketika seorang wanita Yahudi menaruh racun dalam makanan Rasulullah pada sebuah percobaan pembunuhan di perang Khaibar, racun yang tertelan oleh beliau kemudian bisa dinetralisir oleh zat-zat yang terkandung dalam kurma. Sementara itu Bisyir ibu al Barra', salah seorang sahabat yang ikut makan racun tersebut akhirnya meninggal, tetapi Rasulullah saw selamat dari racun tersebut. Rahasianya adalah tujuh butir kurma yang biasa dikonsumsi Rasulullah saw.
Menu Petang Hari
Menjelang petang hari, menu Rasulullah biasanya adalah cuka dan minyak zaitun. Tentu saja tidak hanya cuka dan minyak zaitun, tetapi dikonsumsi dengan makanan pokok seperti roti. Manfaatnya banyak sekali, diantara mencegah lemah tulang, kepikunan, melancarkan sembelit, menghancurkan kolesterol, dan melancarkan pencernaan.
Menu Malam Hari
Di malam hari, menu utama makan malam Rasulullah adalah sayur- sayuran. Secara umum, sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi yang sama, yaitu menguatkan daya tahan tubuh dan melindunginya dari serangan penyakit.
Aktifitas Sebelum Tidur
Setelah makan malam Rasulullah tidak langsung tidur. Beliau beraktivitas terlebih dahulu supaya makanan yang dikonsumsi masuk lambung dengan cepat dan mudah dicerna. Caranya bisa juga dengan shalat. Rasulullah saw bersabda:
"Cairkan makanan kalian dengan berdzikir kepada Allah dan shalat, serta janganlah kalian langsung tidur setelah makan, karena dapat membuat hati kalian menjadi keras."[muslimdaily.net/bbs]
RADIX FRIED CHICKEN HPA (RFC) DI IPOH
Saman Ekor: Ketahui Hak Anda
Zulhazmi Shariff
Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.
Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
Hak terhadap harta.
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.
Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.
Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.
Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.
Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.
Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.
Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?
Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.
Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.
Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.
Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.
Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?
1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.
Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?
2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI
3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?
Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:
a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.
Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)






