GELOMBANG MUNAJAT PERSEDIAAN PRU 13


DMPK Tambun akan mengadakan Gelombang Munajat pada 28 April 2011 (Khamis) bertempat di Markaz Tengku Hussein (Rumah Ketua Muslimat DMPK Tambun) bermula jam 07.00 malam. Semua muslimat cawangan AJK dan ahli diminta hadir bagi bersama-sama bermunajat sebagai persediaan menghadapi pilihanraya yang bakal menjelang. Muslimat disarankan berpuasa pada hari tersebut dan jamuan berbuka puasa akan disediakan. Agenda akan bermula dengan berbuka puasa, solat maghrib, bacaan yassin dan solat hajat berjemaah.

DATANG BERAMAI-RAMAI GEGARKAN TAMBUN DENGAN MUNAJAT! PAS GANTI UMNO!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kepimpinan adalah amanah, bukan kebanggaan



Nasrudin Hassan   
ALQIADAH : TAKLIF LAA TASYRIF
Kepimpinan adalah institusi terpenting bagi sebuah organisasi. Tidak 
ketinggalan bagi sebuah Gerakan Islam seperti Parti Islam Semalaysia (PAS).

Justeru itu , ia mestilah menjadi institusi yang paling kukuh dan mantap bagi 
memastikandasar perjuangan dapat direalisasikan dengan baik dan menepati 
objektif serta matlamat perjuangan itu pula dapat dicapai dengan cemerlang.

Menjawat atau menyandang status sebagai seorang pemimpin dipelbagai 
peringkat parti mestilah dengan segala keupayaan dan kelayakkan yang diiktiraf 
oleh syara' , berpandukan petunjuk Al - Quran dan As - Sunnah.

Kepimpinan ( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan 
(tasyrif) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah (taklif).

عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: " يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة
 وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّى الذي عليه فيها.

Maksudnya: Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! 
Tidakkah mahu engkau melantikku?”.

Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya 
engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat 
nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya 
dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya." 
(Riwayat Muslim)

Berasaskan realiti ini , janganlah sesiapa dikalangan ahli parti memanjat 
tangga kepimpinan ini dengan gopoh dan rakus. Perhatikan bilah bilah 
anak tangga dengan teliti dan cermat serta melangkahlah dengan tertib agar 
tidak termengah dan mencederakan diri sendiri mahupun orang lain .

Apatah lagi dalam keadaan permukaan anak tangga yang licin dan mudah 
tergelincir. Kesabaran dan kematangan dalam mengambil langkah dan 
memutuskan sikap adalah dua elemen penting yang dilihat mampu 
memperkasakan institusi kepimpinan ini.

عن أبى موسى قال: دخلت على النبى صلى الله عليه وسلم أنا ورجلان من بني عمي فقال أحدهما:
يا رسول الله أمرنا على بعض ما ولاك الله, وقال الأخر مثل ذلك فقال عليه الصلاة والسلام
"إنَّا والله لا نولِّى هذا العمل أحدا سأله أو أحدا حرص عليه

Maksudnya : Dari Abu Musa RA, Aku menemui Nabi saw. bersama 
dua orang lelaki dari sepupuku. Seorang dari keduanya berkata: 
Wahai Rasulullah, angkatlah kami sebagai pemimpin atas sebahagian 
 wilayah kekuasaanmu yang telah diberikan Allah azza wa jalla! Yang satu lagi 
juga berkata seperti itu. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Demi Allah, 
kami tidak akan mengangkatseorang pun yang meminta 
sebagai pemimpin atas tugas ini dan tidak juga seorang yang tamak 
utk memperolehinya .

(Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Janganlah kita menjawat atau menyandang status kepimpinan 
dengan pengaruh pidato ataupopulariti , begitu juga tidak dengan 
pengaruh senioriti dan downline . Sebaliknya sandanglah
melalui thiqah atau kepercayaan yang diberikan oleh ahli 
parti berasaskan kelayakandan keupayaan syari'e.

Thiqah ini pula bukan dibina melalui penonjolan imej dan pembiayaan 
komunikasi kita dengan ahli ( kerana ia boleh dilakunkan aksinya menjelang 
muktamar yang ada pemilihan ) tetapi thiqah lahir dari kesungguhan 
berjuang dan keikhlasan berkorban . Bertunjang pula di atas 
ketaqwaan yang tinggi dan Himmah yang berwibawa.

Memberi laluan kepada yang layak memimpin dalam keadaan kita 
adalah calon popularadalah jauh lebih bermaruah daripada kita terus 
menandingi jawatan kepimpinan tersebut. Tidak memegang jawatan
 bukanlah bermakna kita tidak boleh menyumbang kepada Islam
dan parti yang memperjuangkannya.

Demikian juga mengambil tanggungjawab sebagai seorang 
pemimpin setelah mendapat thiqah dari ahli dan jamaah adalah 
 mempamerkan ia sebagai seorang pemimpin yang ada
kesungguhan berjuang dan himmah yang berwibawa.

Muktamar parti adalah medan untuk bermuhasabah , 
mengatur strategi , memperkasakan dalaman parti , membina kader 
dan memberi amanah kepada yang berhak dan layak .Muktamar 
jangan sekali kali dijadikan papan percaturan politik peribadi dan kelompok
yang sangat dinilai hina oleh syara' .

Perwakilan semestinya matang menilai dan memilih saf 
kepimpinan yang akan menerajui parti mengharungi badai 
perjuangan membelah episod cabaran baru dunia global hari ini.

Tidak didorong oleh sebarang sentimen yang asing dari apa yang 
kita pelajari melalui skima pentarbiyyahan parti , yang kita timba 
selama ini melalui usrah dan kuliah haraki
di pelbagai peringkat.

Calon kepimpinan pula tidak meminta diundi atau dipilih 
dengan pelbagai penampilan dan lobi yang tidak berasaskan 
keupayaan dan kelayakkan sebenar.

Justeru ia hanyalah hipokritisme yang akan merosakkan parti dan 
dirinya sendiri.

عن عبد الرحمن بن سمرة
 عن رسول الله صلى الله عليه وسلم " يا عبد الرحمن لا تسأل الإمارة فإنَّك إن أوتيتها عن مسألة
وكلت إليها وإن أعطيتها من غير مسألة أعنت عليها

Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW 
sabdanya: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan 
pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan 
maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya 
tanpa permintaan maka engkau dibantu  (oleh Allah)

(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)

Semoga muktamar PAS tahun ini , yang akan berlansung di 
Taman Melewar Gombak dan Shah Alam Selangor [Dewan - Dewan] 
 akan menjanjikan satu muktamar yang bukansahaja meriah pada 
sambutannya tetapi juga dilihat hebat dan perkasa 
menggarap perjalanan parti . Salam perjuangan dari saya

Nasrudin bin Hj Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PEMAKAIAN SKIRT PEMAIN BADMINTON WANITA : DEWAN MUSLIMAT PAS TAMBUN TEGAS PENDIRIAN MEMBANTAH

Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun membantah kenyataan Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh , Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam siaran berita edisi 23 April 2011 di mana beliau menyokong untuk menjadikan pemakaian skirt sebagai pakaian rasmi untuk pemain badminton wanita."No problem..It looks better", katanya dalam siaran berita sukan. Apa yang amat dikesali oleh DMPK Tambun khususnya adalah pendirian pihak BAM yang bukan sahaja menerima dengan terbuka tetapi menyokong sepenuhnya arahan Badminton World Federation (BWF) itu. Arahan terbabit berkuatkuasa bermula pada Siri Terbuka India 26 April hingga 1 Mei ini.

Arahan yang telah dikeluarkan oleh BWF tersebut diselaraskan di peringkat seluruh dunia. Walaubagaimanapun, beberapa negara lain seperti China dan India telah menyatakan bantahan mereka tanda tidak setuju atas beberapa faktor yang diberikan. Begitu juga kenyataan beregu wanita utama negara Chin Eei Hui berkata dalam Harian Metro, BWF tidak sepatutnya mewajibkan dan melaksanakan kod etika pakaian kepada pemain wanita kerana ia bersifat tidak adil.

Wanita tidak sepatutnya dijadikan bahan eksploitasi dengan pemakaian skirt dengan menyatakan 'it looks better' seolah-olah pemakaian seluar pendek atau 'short' sebelum ini tidak menarik? Apa yang penting prestasi pemainlah yang perlu diutamakan bukannya mewajibkan pemakaian skirt demi tujuan fesyen dan bahan tatapan lensa kamera yang sebenarnya ingin mencari sudut pemain beraksi dengan pemakaian skirt.

Justeru, alasan oleh BWF supaya sukan badminton ini nampak lebih menarik dengan pemakaian skirt di kalangan pemain wanita tidak langsung munasabah! Sekali lagi, DMPK Tambun menggesa agar BAM menarik balik sokongan terhadap arahan tersebut. 



Usah paksa pakai skirt

Oleh Mohd Hilmie Hussin
mohdhilmie@hmetro.com.my
     
TINDAKAN Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mewajibkan pemakaian skirt kepada pemain wanita bermula Siri Super Terbuka India 26 April hingga 1 Mei depan terus mengundang reaksi pemain badminton.

Pada sesi latihan skuad negara di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam, beregu wanita utama negara Chin Eei Hui berkata BWF tidak sepatutnya mewajibkan dan melaksanakan kod etika pakaian kepada pemain wanita kerana ia bersifat tidak adil.

“Pada dasarnya saya tiada masalah memakai skirt, tapi apabila perkara ini diwajibkan, saya rasa tidak patut. Kenapa perlu mengatur pemakaian kami selagi ia tidak mendatangkan masalah kepada sukan ini,” kata Eei Hui yang sering memakai seluar pendek ketika beraksi.

“Saya pernah memakai skirt, tapi lebih selesa dengan seluar pendek ketika bermain.” BWF mendakwa dengan pengenalan peraturan mewajibkan pemakaian skirt ke atas pemain wanita akan dapat menarik lebih ramai minat penonton dan penaja, sebagaimana evolusi fesyen dalam tenis yang menjadikan sukan itu lebih menarik.

Tindakan BWF ini bagaikan cuba menggunakan tarikan pemain wanita untuk menarik minat penonton ke stadium bagi menyaksikan perlawanan, namun pemain beregu campuran negara Goh Liu Ying, beranggapan memakai skirt tidak menunjukkan seseorang pemain itu berpakaian seksi.

“Memakai skirt tidak seksi kerana bahagian dalam skirt itu ada seluar ketat. Saya selesa dengan peraturan ini kerana saya sentiasa memakai skirt,” kata Liu Ying.

Liu Ying memilih pemakaian skirt sebagai pakaian yang lebih selesa berbanding seluar pendek ketika bermain badminton.

“Sebagai wanita, saya rasa lebih baik kita menyerlahkan sifat kewanitaan. Namun saya tidak tahu pula apa pendapat orang lain kerana setiap orang ada pendapat sendiri,” katanya.

Pasangan Liu Ying, Chan Peng Soon pula menganggap pemakaian skirt atau seluar pendek di kalangan pemain wanita tiada bezanya.

Katanya, paling penting adalah prestasi pada perlawanan, kerana faktor itu yang mahu disaksikan penonton dalam dunia badminton moden yang pantas.

Pemain badminton Jepun sudah lama mengamalkan pemakaian skirt, begitu juga dengan beberapa pemain Eropah seperti Pi Hongyan (Perancis) dan Yao Jie (Jerman).

Begitupun amat jarang melihat pemain China yang menguasai persada badminton dunia memakai skirt. Ketika ini hanya Wang Shixian yang biasa dilihat memakai skirt di mana-mana kejohanan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rakyat perlu internet, bukan e-mel percuma


Harakahdaily   
SHAH ALAM, 21 April: Kerajaan Negeri Selangor menyedari akan peranan internet yang banyak 
menyumbang kepada perluasan ilmu pengetahuan terhadap masyarakat.
Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, 
Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan negeri, Rodziah Ismail 
(gambar) berkata projek-projek internet percuma yang sedang giat 
dijalankan di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor adalah 
sebahagian daripada manifesto Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat 
yang mengutamakan kehendak dan kepentingan rakyat.
“Berhubung Projek Emel 1Malaysia yang dilancarkan oleh pihak Kerajaan 
Persekutuan bagi menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia 
untuk urusan rasmi dengan kerajaan, saya ingin menegaskan bahawa sesuatu 
yang diinginkan oleh rakyat sebenarnya bukanlah emel percuma tetapi 
kemudahan internet percuma,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Dengan pemberian itu, tanya beliau bagaimana rakyat ingin menggunakan emel percuma sekiranya 
perkara asas untuk menggunakan emel iaitu internet tidak disediakan.
Katanya, kerajaan Malaysia seolah-olah tidak tahu apa yang lebih penting untuk rakyat dan tidak tahu 
apa keperluan dan kehendak rakyat di bawah.
Inim tambahnya sekali lagi menunjukkan projek Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional dibuat 
secara tergesa-gesa, tidak teliti dan tidak dirancang rapi.
Menurutnya lagi, syarikat Tricubes Berhad pula dilaporkan mengalami masalah kewangan dan berstatus 
GN3 di Bursa Malaysia.
“Bagaimana syarikat yang mempunyai masalah kewangan ini dapat menjayakan projek ini?” soalnya.
Tambahnya, alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa projek itu tidak menggunakan 
dana awam adalah sesuatu yang tidak munasabah dan langsung tidak masuk akal.
“Justeru, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar bangkit mendesak Kerajaan Malaysia 
menghentikan projek Emel 1Malaysia ini, sebaliknya mendesak kerajaan Malaysia memberikan 
kemudahan internet percuma seperti mana yang dilaksanakan Kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya 
benar Kerajaan Malaysia mendahulukan rakyat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN TAMBUN KALI KE-25

 Dana Pilihanraya PAS Kawasan Tambun




 Ucapan aluan pengerusi majlis
 Mengalun zikir asmaulhusna, lagu Negaraku dan lagu PAS




Montaj PAS Kawasan Tambun dari Unit IT PAS Kawasan Tambun, tahniah!


 Bacaan AlQuran oleh adik dari Serati
 Ucapan YDP PAS Kawasan Tambun




Perwakilan DMPK Tambun di barisan hadapan
VIP Muslimat
 Cenderahati kepada perasmi
 Terima pula cenderahati dari perasmi, sekeping duit syiling dirham kepada YDP
 Cenderahati dari perasmi kepada Ketua Muslimat juga sekeping wang syiling dirham
 Cenderahati perasmi kepada Bendahari PAS Kawasan Tambun


Wang syiling 1 dirham = RM 30.00 mengikut harga pasaran, moh ramai-ramai pakat beli wang syiling 1 dirham
 Bergambar kenangan bersama VIP Muslimat
 'Tea break'
 Gerai DMPK Tambun

 Pencatat minit
Mesyuarat bermula
 Ucapan usul tergempar yang dibawakan Ketua Muslimat


 Pengumuman calon AJK PAS Kawasan Tambun sesi 2011-2013



 Jom undi! Perwakilan DMP menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi

 Ucapan penangguhan Ketua Pemuda
 Ucapan penangguhan Ketua Muslimat
 Ucapan penangguhan Naib Kawasan
 Ucapan penangguhan Timbalan Ketua
 Pengumuman calon-calon yang menang dalam pemilihan pengundian, tahniah !
 Ucapan penangguhan YDP PAS Kawasan Tambun
Bergambar kenangan perwakilan DMPK Tambun

Tanggal 17 April 2011 bersamaan 13 Jamadil Awal 1432 H, Ahad, PAS Kawasan Tambun selamat bermesyuarat untuk kali ke-25 bertempat di Hotel Hillcity. Mesyuarat dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Paduka Husam Musa iaitu AJK PAS Pusat dengan ceramahnya yang sangat bermanfaat dan penuh informasi. Ramai hadirin yang begitu tertarik apabila Dato' Paduka Husam telah menyampaikan cenderahati berupa wang syiling dirham kepada beberapa pimpinan PAS Kawasan Tambun sebagai semangat agar ahli Kawasan Tambun dapat menyertai pelaburan wang dirham yang menjanjikan pulangan tinggi pada masa depan.

PAS Kawasan Tambun juga telah mengusulkan satu usul tergempar iaitu untuk mencadangkan agar 4 jawatan tertinggi tidak diadakan pemilihan dan disyurakan bagi persediaan PAS Kawasan Tambun menghadapi pilihanraya kelak. Selain itu beberapa usul turut dibahaskan oleh perwakilan.

Seramai 2 orang calon muslimat dari DMPK Tambun telah menang dalam pemilihan AJK PAS Kawasan Tambun. Ini adalah sebagai satu isyarat agar lebih ramai muslimat dapat bertanding dalam AJK PAS Kawasan Tambun sesuai dengan saranan Ketua Muslimat semasa ucapan sesi penangguhan untuk meletakkan sekurang-kurangnya 30% kuota untuk muslimat berada di JMC dan Kawasan. 

Mesyuarat berakhir kira-kira jam 5.30 petang dengan harapan agar pimpinan yang dilantik meneruskan perjuangan parti dan bersedia untuk menjalankan amanah ahli. Tahniah kepada AJK yang telah dilantik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PAS MENCALONKAN 2 ORANG MUSLIMAT UNTUK PILIHANRAYA SARAWAK

PAS TIDAK PERNAH MEMINGGIRKAN MUSLIMAT DALAM PENCALONAN PILIHANRAYA. IKUTILAH BIODATA CALON MUSLIMAT PILIHANRAYA SARAWAK

PUAN NORAINI BINTI HAMZAH

Umur : 49 tahun
Asal : Kelantan
Pekerjaan : Suri rumah dan peniaga
Status : Berkahwin (Suami asal dari Muara Tuang, Sarawak)
Bil. Anak : 2 orang


Jawatan Dalam Parti
  • Seorang aktivis Muslimat PAS Sarawak yang aktif
  • Bekas ketua penerangan wanita PKR
  • Ahli jawatankuasa wanita bahagian Samarahan

Lain-lain
  • Seorang pemidato yang baik dan mampu menarik ramai pendengar
  • Mempunyai kenalan yang ramai di sekitar Kuching dan Samarahan

PUAN NANI BINTI SAHARI

Umur : 42 tahun
Asal : Kampung Pulo, Petra Jaya, Kuching
Pekerjaan : Pembantu Klinik

Pendidikan
  • Lulusan SPM

Jawatan Dalam Parti
  • Ahli biasa PAS (2009-sehingga kini)
  • Ketua Wanita PKR Sarawak (2008-2009)
  • Timbalan Ketua Wanita PKR Sarawak (1999-2007)
  • Ketua Wanita PKR N4 Pantai Damai Santubong (1999-2005)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS