KAMARIAH USAHAWAN PRODUK PENCUCI YANG GIGIH
9:16 AM |
Artikel ini telah disiarkan di dalam Harakah edisi 1 - 3 April 2011, Kamariah Mohd Nor atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Kama memang amat dikenali di Kawasan Tambun. Seorang yang berdedikasi dan gigih dalam melaksanakan projek ekonominya iaitu produk pencuci. Selain produk pencuci, Kak Kama juga ada menjual buah-buahan dari timur tengah yang jarang dijumpai jika bukan pada bulan Ramadhan seperti kurma, kismis dan lain-lain. Beliau akan membuka perniagaan jika ada program-program PAS dan di pasar-pasar sekitar Manjoi.
Selain berniaga, Kak Kama juga seorang yang aktif di cawangannya. Sentiasa memberikan pandangan dan kritikan membina untuk melihat PAS terus maju terutama di bidang ekonomi dan mengangkat produk halal buatan orang Islam. Tahniah DMPK Tambun ucapkan semoga perniagaan Kak Kama berkembang maju di peringakt lebih tinggi lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Ulasan Anda....