Ahad lepas penulis bercadang menggunting rambut anak perempuan yang makin memanjang. Jenuhla bertanya kedai gunting rambut wanita yang khas untuk wanita. Akhirnya dapatlah jumpa sebuah kedai kecil tetapi dimiliki wanita cina dan beliau sendiri memotong rambut pelanggannya dibantu pembantunya seorang wanita Melayu. Walaupun bukan kedai khas untuk wanita dan bukan Islam tetapi disebabkan anak-anak masih kecil maka guntinglah di kedai tersebut.
Ramai juga wanita Melayu Islam menggunting di situ, ada juga bertudung tetapi apabila rambutnya digunting segera melepaskan tudung. Tiba-tiba ada seorang wanita Melayu Islam bertudung datang ke kedai tersebut tetapi tidak melepaskan tudungnya. Datanglah pembantu wanita cina itu dan rupanya wanita itu hendakkan perkhidmatan mencukur keningnya.
Apa yang ingin penulis sampaikan di sini, betapa susahnya kita untuk mencari kedai gunting rambut yang menjaga aurat atau rambut wanita Islam. Mungkin sudah menjadi kewajipan untuk kita ada kedai gunting rambut wanita Melayu Islam. Tentang cukur kening pula masih ada lagi yang tidak tahu hukum mencukur bulu kening. Mungkin mencukur bulu kening hanya kisah remeh kerana ada banyak lagi perkara yang haram dalam Islam tetapi dilakukan orang Islam. Adakah kerana tidak tahu, tidak belajar atau tidak mempedulikan halal haram? Tepuk dada tanya iman...
Hukum Mencukur Bulu Kening
sumber : http://amadanaksoleh.blogspot.com
Saya mendapat satu soalan berkaitan hukum yang agak bagus, kerana ada melibatkan sebilangan wanita khususnya iaitu berkaitan membuang sedikit bulu kening yang bercantum ditengah. Jom sama-sama kita telusuri hukum berkaitan hal ini.
Dr Amad : Salam Akh, ana mahu tanya satu soalan yang selalu "girl" hadapi. Berkaitan dengan bulu kening. Kisahnya, ada segelintir dari kita khususnya wanita mempunyai kening yang bersambung ditengah. Apa hukumnya dia membuang sedikit kening dibahagian tengah, diatas alasan kurang selesa dan mengelakkan aib dipandang orang?
Ustaz Mahadi : Salam, boleh tetapi dengan syarat kening yang dibuang adalah dibahagian tengah sahaja. Jangan duk "trim" yang lain pula. Hanya untuk mengembalikan kepada rupa yang asal.
Dr Amad : Sejauh mana ukuran buruk dan aib itu?
Ustaz Mahadi : Ingat, ukuran buruk atau aib itu pada mata orang ramai. Bukan pada mata sendiri. Ini perlu diingatkan kerana ramai wanita yang tidak berpuas hati dengan kecantikan mereka.
Mahadi bin Mohammad
Pelajar Master Syariah
Universiti Yarmouk, Jordan
Tambahan : Hukum mencukur bulu kening adalah haram dan perbuatan itu amat dilaknat oleh Allah swt, walauapa jua alasan sekalipun. Kita sering lihat hal ini berlaku semasa majlis persandingan berlangsung. Dilaknat Allah pada awal perkahwinan, boleh jamin rumahtangga direstui Allah hingga keseterusnnya? Mak andam kena, si terkena andam pun kena... Berhati-hati!
“Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alisdan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari dan Muslim)
Kesimpulannya
1. Kening tengah boleh dicukur untuk mengelakkan aib dan kadar cukur itu berpada-pada.
2. Hukum mencukur bulu kening dengan menipiskannya adalah Haram dan perbuatan itu Dilaknat Allah.
3. Orang yang dicukur dan mencukur bulu kening adalah berdosa.
0 comments:
Post a Comment
Ulasan Anda....