Takziah Dan Simpati Diucapkan



Seorang anak guru PASTI Al Ukhuwwah, Taman Malar iaitu Pn. Saadah Mat Noor yang juga merupakan Naib Ketua Muslimat Cawangan Tmn Hiburan, telah meninggal dunia malam tadi di Hospital Besar Permaisuri Bainun, Ipoh. Merupakan bekas pelajar tahfiz di Parit, Malim Nawar, Mohd. Aidi Darus telah mengalami kemalangan motorsikal dengan kenderaan jenis Hilux di persimpangan Tambun berdekatan Sek. Men Tambun pada malam 5 Jun 2009 yang lalu. Anak ketiga dari empat adik-beradik dan lelaki tunggal bagi pasangan Pn. Saadah dan Imam Darus ini disahkan meninggal dunia setelah menjalani pembedahan kepala dan bergantung kepada bantuan pernafasan. Semoga Allahyarham ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman... AlFatihah....

Turut hadir ialah Ketua Muslimat PAS Kawasan Tambun iaitu Pn. Zuhairah Hj. Mohd Ghazali bagi menyampaikan simpati dan semangat kepada Pn. Saadah.

DMP Tambun turut menyampaikan takziah dan simpati buat keluarga En. Aidi (Bendahari Pemuda Kawasan) yang mana bapa beliau telah mengalami kemalangan baru-baru ini dan telah dibenarkan pulang ke rumah pada Ahad 7 Jun 2009.

Manakala ucapan semoga sembuh kepada Timbalan Ketua DMP Tambun iaitu Pn. Salbiah Din yang baru sahaja menjalani pembedahan jantung di Intitut Jantung Negara baru-baru ini.

Bersama-samalah kita mendoakan kesihatan mereka yang terbabit dan mendoakan bagi yang telah pergi... Amin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat




Menyemarak Kemenangan, Menyatu Rakyat adalah moto yang dibawakan oleh Dewan Muslimat PAS Pusat dalam muktamar kali ke 49 yang berlangsung di Dewan Bankuet, Wisma MBSA, Selangor Darul Ehsan pada 4 Jun 2009 yang lalu. DMP Kawasan Tambun mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan DMPP yang baru dilantik terutama kepada Ketua Muslimat PAS Pusat iaitu Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Muslimat.

Antara intipati ucapan Ketua Muslimat sesi 2008/2009 ialah melahirkan muslimat berintegriti dan berperanan sebagai da'i kepada masyarakat. Dalam suasana masyarakat yang terdedah kepada gejala sosial yang kian meruncing dan kehancuran institusi keluarga, muslimat disaran agar berperanan memantapkan akhlak masyarakat dengan membawa program-program kemasyarakatan dan pengisian rohani serta menyediakan jentera kebajikan agar muslimat mempunyai ketrampilan dalam menjuarai kerja-kerja kebajikan dan pembelaan.

Perasmi Muktamar DMPP iaitu YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa telah menyampaikan ucapannya bahawa peranan muslimat di gelanggang masyarakat memang tidak dapat dinafikan dengan contoh-contoh nama-nama muslimat zaman Rasulullah saw dan zaman kini. Muslimat juga hendaklah berperanan memberi kefahaman kepada wanita pelbagai kaum dalam menyampaikan dakwah Islamiyyah. Selain itu kemampuan muslimat PAS beraksi di pentas politik juga adalah sumbangan dalam menampilkan kewibawaan muslimat PAS yang lebih terbuka dan Islamik.

Semoga DMPP akan terus maju dan maneruskan agenda perjuangan PAS khususnya dalam membawa wanita Malaysia ke arah kecmerlangan ummah. TAKBIR!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS