KARNIVAL JOM HEBOH KELANTAN PENCETUS KELAINAN

Peraturan yang telah digariskan oleh kerajaan Kelantan untuk membenarkan pihak TV3 menganjurkan Karnival Jom Heboh pada 12-13 Mac baru-baru ini memberi kelainan bahawa kerajaan PAS tidak menolah hiburan. Namun hendaklah dilunasi dengan syariat Islam dan mengelakkan gejala sosial dan percampuran lelaki dan perempuan terutama remaja. Pengasingan yang dilaksanakan dalam konsert Jom Heboh menunjukkan syariat Islam boleh dilakukan tanpa dolak dalik dan tolak ansur. Satu perkara yang menarik juga ialah apabila syarikat dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah, insyaAllah orang Islam akan berusaha mengikutinya. Contohnya pengacara TV3 yang sebelum ini tidak memakai tudung telah bertudung dengan tidak nampak sehelai rambutpun (salah seorangnya Maria Tunku Sabri pengacara Jalan-jalan Cari Makan). Begitu juga semasa pertandingan bola jaring antara anak yatim dan wakil kumpulan TV3, semua peserta memakai tudung. Begitulah jika kita mempertahankan Islam dan meletakkannya di tempat tertinggi maka Islam akan dijunjung dan dipandang tinggi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TAHNIAH !

Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah lulus dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. Kepada yang mendapat keputusan kurang memuaskan, masih banyak ruang dan peluang bagi anda mengecap kejayaan. Kepada ibu bapa berilah semangat dan sokongan agar anak anda berjaya di dunia dan akhirat. Tidak dilupakan tahniah diucapkan kepada Ketua DMP Tambun di atas kejayaan cemerlang anak bongsu beliau Quratu'aini yang mendapat kelulusan cemerlang iaitu 10A. Semoga bakal pewaris DMP Tambun suatu hari kelak... Ameen..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KARNIVAL JOM HIJRAH - MUSLIMAT BUKTIKAN !





Antara pengunjung yang baru tiba...







Sesi pendaftaran untuk pertandingan, cabutan bertuah dan daftar pemilih



Pameran DMP Tambun, program dan aktiviti kebajikan muslimat.
















Gerai jualan yang telah menyertai karnival ini. Terima kasih atas sokongan anda! Salah satu agenda DMP Tambun untuk mendidik muslimat menjana ekonomi sendiri.







Khidmat kesihatan mendapat sambutan hangat dari pengunjung... 'medical checkup' RM30.00 sahaja, amat murah...



Pengerusi Majlis, Setiausaha DMP Tambun



Hadiah pemenang, hamper cabutan bertuah..



Permainan ria untuk kanak-kanak... mengingatkan zaman kecil-kecil dulu







Persembahan dari pelajar Sekolah Rendah Tarbiyyah Islamiyyah, Tanjung Rambutan.. siap dengan alatan gendang...



Ucapan aluan Pengarah Program



Ucapan aluan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun, Pn. Zuhairah Dato' Hj. Mohd Ghazali. Memang bersemangat..



Ucapan perasmian Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tambun, Ustaz Luqmanul Hakim



Terima kasih ustaz..



Tidak dilupakan golongan yang memerlukan walau di saat bergembira



K Ju menyantuni penerima sumbangan...



Pengarah Program menyantuni penerima sumbangan merangkap wakil dari Perubatan Syifa', Ustaz Shafie



'Tea break' (muslimin je ke..)



Penuh dedikasi, ceria, santai lagi menghiburkan... Deejay Corner oleh Ketua Nisa' Tambun, Cik Teh





Demostrasi Masakan oleh En. Mat Piza, memang menarik perhatian kaum hawa, memang sedap, memang lariss..



Akhirnya AJK juga kena jadi peserta, syabas atas kerjasama AJK Karnival, DMP, Pemuda, Kawasan dan Unit Amal (semua AJK tu) yang sentiasa ceria dan 'sporting' untuk Kuiz Keluarga



Pengacara Kuiz Keluarga





Bahasa isyarat... "1 patah perkataan, memberus? Menggosok?"



Satu-satunya Unit Amal yang turun, (yang lain menghadiri program jambori) memang 'sporting'. Tahniah semua peserta..





Pertandingan Gubahan Hantaran, adik-adik Serati pun ambil bahagian...



Memang kreatif.. tahniah kepada pemenang.




Peraduan mewarna.. sambutan amat menggalakkan... seramai 50 kanak-kanak mengambil bahagian...




Ustaz Akhwan Afandi dijemput khas dari Pahang, semua kanak-kanak terpegun dengan celoteh ustaz. Cepat jawab nanti ustaz bagi hadiah..



Terima kasih ustaz, lain kali kami jemput lagi..



Ummi Zuhairah bagi hadiah kepada para pemenanga Peraduan Mewarna




Alhamdulillah.. syukur program berjalan lancar hingga ke petang... Doa penutup Amiin..



Terima kasih kepada semua pengunjung, peserta, pengiklan, peniaga, muslimin-muslimin terutama dari Cawangan Tgk Hussein, Unit Amal...Hanya Allah swt yang membalasnya...



Alhamdulillah... sejuta kesyukuran dipanjatkan kepada Allah swt yang mengizinkan Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun untuk merealisasikan program buat julung kali diadakan bersama masyarakat DUN Manjoi pada 14 Mac 2010 bersamaan hari Ahad baru-baru ini bertempat di Padang Tengku Hussein.

Antara objektif program ini adalah :

i. Menjurus kepada pendekatan memasyarakatkan PAS dalam usaha untuk memastikan tiada jurang antara PAS dan masyarakat agar mereka merasa selesa denga program-program yang dianjurkan oleh PAS.
ii. Memberikan satu nilai tambah kepada Dewan Muslimat PAS untuk menonjol sebagai suatu organisasi yang dipelopori oleh kaum wanita yang mampu menganjurkan program bermanfaat kepada masyarakat.
iii. Mengambil peluang untuk mempromosi produk-produk dan perkhidmatan yang didokongi oleh orang Islam dalam usaha untuk membantu menjana pendapatan orang Islam itu sendiri.
iv. Melibatkan masyarakat dengan program yang berbentuk santai dan hiburan namun mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh syarak.

Pelbagai pengisian diadakan bagi mencakupi semua peringkat lapisan masyarakat seperti Demontrasi Masakan, Pertandingan Gubahan Hantaran, Kuiz Keluarga dan Pertandingan Mewarna. Ketua Nisa' Tambun juga telah mengendalikan Deejay Corner dengan penuh ceria, santai dan menghiburkan. Selain itu persembahan nasyid dan motivasi oleh Ustaz Akhwan Afandi B. Zulkifli yang juga merupakan Pengurus Besar ADNIN Management & Training Centre. Gerai-gerai jualan turut diadakan bagi memenuhi keperluan pengunjung di samping memperkenalkan produk-produk Islam. Bahagian pendaftaran turut menyediakan kaunter daftar pemilih dan semakan daftar pemilih serta pameran program DMP Tambun. Khidmat Kesihatan untuk 'medical checkup', pap smear, pemeriksaan kanser payudara, BMI juga disediakan dan mendapat sambutan amat menggalakkan.

Karnival Jom Hijrah telah dimulakan dengan perasmian oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tambun, Ustaz Lukmanul Hakim dan ucapan dari Ketua DMP Tambun iaitu Pn. Zuhairah Dato' Hj. Mohd. Ghazali serta Pengarah Program Pn. Yusmaliza Yusof. Karnival yang telah dihadiri kira-kira seramai lebih 1,000 orang ini telah mendapat sambutan yang hangat dan menggalakkan dari penduduk setempat dan ahli PAS di kawasan Tambun sendiri. Manakala penyertaan kanak-kanak bagi pertandingan mewarna lebih kurang seramai 50 orang dan amat gembira dapat menyaksikan persembahan dari Ustaz Akhwan yang mempunyai daya tarikan tersendiri dan penuh nasihat dan motivasi menghiburkan.

Walaupun cuaca dalam keadaan agak mendung pada sebelah pagi tetapi cuaca semakin cerah pada sebelah tengahari. Para pengunjung juga datang silih berganti dari pagi ke petang. Karnival ini telah berakhir kira-kira jam 4.30 petang. Secara keseluruhan Karnival Jom Hijrah telah dapat mencapai objektifnya terutama dalam menghijrahkan DMP Tambun untuk lebih banyak mendekati masyarakat terutama wanita di samping menyampaikan dakwah tentang program Islamik. Selain itu DMP juga ingin membuka mata dan minda masyarakat bahawa muslimat PAS juga mampu kehadapan mendekati masyarakat dan menganjurkan program kemasyarakatan.

Tahniah kepada semua Jawatankuasa Pelaksana Karnival Jom Hijrah! Semoga Karnival jom Hijrah menjadi permulaan untuk muslimat lebih kehadapan, berketrampilan dan mesra masyarakat dalam mempromosi Dewan Muslimat PAS terutama wanita.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS