PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA MASYARAKAT CINA KUALA KUANG

Pada 6 Februari 2010 bersamaan hari Sabtu ini, DMP Tambun akan menganjurkan Program Jalinan Ukhuwah Bersama Masyarakat Cina di Kuala Kuang. Muslimat PAS Kawasan Tambun akan memasak kuih goyang bersama-sama wanita cina di Kuala Kuang bagi mengeratkan lagi silaturrahim dalam Pakatan Rakyat di samping sebagai Sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang. Semua muslimat cawangan diminta turun bersama-sama tepat pada jam 08.30 pagi di Markaz Chemor sebagai persediaan memasak dan menyambut kedatangan konvoi ADUN-ADUN Pakatan Rakyat ke seluruh Negeri Perak pada hari yang sama. Konvoi ADUN ini dijangka tiba di Markaz Chemor pada jam 09.00 pagi. Muslimat bersama wanita cina juga akan bersama-sama mengagihkan kuih goyang yang telah dimasak pada pagi itu kepada masyarakat sekitar Kuala Kuang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MAJLIS MUNAJAT PERDANA DMP TAMBUN

Pada hari ini akan diadakan MAJLIS MUNAJAT PERDANA peringkat DMP Kawasan Tambun bagi memohon agar keputusan mahkamah pada 9 Februari 2010 ini akan berpihak kepada Pakatan Rakyat. InsyaAllah... Justeru Halwa telah menganjurkan majlis tersebut bertempat di Bilik Gerakan masing-masing di Manjoi dan Tambun. Program akan dimulakan dengan solat maghrib, bacaan Yassin, solat Isyak dan solat hajat. Semua muslimat dijemput hadir bagi bersama-sama memohon agar Daulah Islam akan terus berpijak di bumi Perak. Semua Muslimat Cawangan juga dianjurkan agar dapat mengadakan majlis seumpama itu di cawangan masing-masing sebelum keputusan mahkamah tersebut.

Sekian, harap maklum.

Ketua Penerangan DMP Tambun

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MOHON SUMBANGAN PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT WANITA DUN MANJOI

Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun telah melangkah setapak ke hadapan dengan mewujudkan Pusat Khidmat Masyarakat Wanita DUN Manjoi. Ini adalah bagi menyahut moto Kerajaan Pakatan Rakyat Perak iaitu sebagai Negeri Berkebajikan. Sehubungan dengan itu bagi menjayakan Pusat Khidmat tersebut sumbangan para dermawan amatlah diharapkan untuk meninfaq ke pusat ini bagi menampung dana penubuhan. Sebarang bentuk sumbangan bolehlah disalurkan kepada :

Bendahari DMP Kawasan Tambun iaitu Pn. Fatimah, no tel bimbit 0195597431.
No. Akaun Bank Islam Bhd. : 08-0130-2337-8991

Sekiranya terdapat cadangan membina pusat ini amatlah dialu-alukan menerusi email dmptambun@yahoo.com.

Sekian, terima kasih.

Ketua Penerangan DMP Tambun.




DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN TAMBUN
LAJNAH KEBAJIKAN & MASYARAKAT

KERTAS KERJA CADANGAN
PENUBUHAN
PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT WANITA (PKMW)
DUN MANJOI



PENGENALAN

Berdasarkan kepada analisis Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi telah mencatatkan peratusan pengundi wanita melebihi peratus pengundi lelaki. Rentetan dari itu, Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun (DMP Tambun) di bawah Lajnah Kebajikan & Masyarakat dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Wanita DMP Tambun (HALWA) ingin mengambil inisiatif dan langkah progresif bagi mewujudkan Pusat Khidmat Masyarakat atau boleh juga dikenali sebagai PUSAT SEHENTI WANITA DUN MANJOI (One Stop Centre) khusus untuk pengundi wanita bagi memenangi hati mereka dan sekaligus dapat memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang.

Pelbagai aktiviti dan program yang menarik dan bermanfaat akan dirancang oleh DMP Tambun bagi memastikan kaum wanita menjadikan Pusat Khidmat Masyarakat ini sebagai tempat rujukan dan persinggahan utama kelak. Selain itu bagi menangani isu gejala sosial di kancah masyarakat seperti nasib anak gadis yang terjebak masalah mengandung luar nikah tentunya memerlukan suatu tempat perlindungan atau bantuan bagi mereka kembali ke pangkal jalan.

Begitu juga wanita yang tidak berkerjaya seperti surirumah dan ibu tunggal dan memerlukan sumber kewangan, akan diberi bantuan kemahiran dan ilmu bagi mereka memanfaatkan untuk ekonomi rumahtangga.
OBJEKTIF

1. Menyediakan tempat bagi pendaftaran pengundi baru dan rujukan status mengundi.
2. Menjadi tempat rujukan dan pengumuman program-program PAS terutama program kawasan
3. Menyediakan tempat rujukan untuk masyarakat setempat menyampaikan sebarang aduan dan masalah berbangkit sekaligus penyelesai masalah tersebut.
 Membantu masalah masyarakat setempat atau masalah sosial
 Membantu masalah wanita & rumahtangga
 Membantu masalah undang-undang
4. Menyediakan aktiviti dan program berkaitan dengan wanita meningkatkan ilmu kewanitaan seperti kelas menjahit, memasak, kraftangan dan lain-lain.
5. Meningkatkan taraf ekonomi wanita khususnya kepada ibu tunggal dan surirumah dengan menganjurkan kursus dan bengkel atau membantu mencari tempat kursus yang mampu memberi ilmu kepada wanita untuk menjalankan perniagaan sendiri mengikut kemahiran masing-masing.
6. Sebagai tempat pengajian ilmu kewanitaan, duniawi dan ukhrawi
7. Berfungsi sebagai tempat perlindungan wanita seperti dianiaya dan gadis keterlanjuran.
8. Membantu wanita dari sudut kesihatan dengan menyediakan rawatan percuma dan kauseling kesihatan
9. Mempromosi produk Islam terutama wanita dengan menyediakan tempat berupa kedai
10. Berfungsi sebagai Pusat Pengurusan Jenazah
11. Sebagai Pusat Sehenti Wanita DUN Manjoi


AKTIVITI DAN PROGRAM YANG AKAN DIRANCANG

Lajnah Kebajikan & Masyarakat DMP Tambun dengan kerjasama HALWA akan merancang aktiviti dan program dengan sistematik dan berkesan bagi memastikan agar program dirancang mampu menarik minat masyarakat setempat khususnya wanita.

Satu jadual perancangan program untuk seminggu akan disediakan dengan memenuhi kehendak kesemua objektif di atas. Contoh jadual tersebut adalah seperti Lampiran I

TEMPAT

Adalah dicadangkan bahawa tempat yang strategik bagi menubuhkan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Manjoi adalah di KDAS 2. Tempat tersebut telah dikenalpasti berada di tengah-tengah lingkungan masyarakat DUN Manjoi dan dikenali oleh kebanyakan penduduk. Pengangkutan ke sana juga adalah mudah dan berdekatan perumahan penduduk setempat. Selain itu pihak DMP Tambun memandang positif bahawa tempat tersebut mampu menjadi ’one stop centre’

BELANJAWAN

Dana bagi membiayai aktiviti dan program PKMW adalah melalui sumbangan orang ramai, pemberian zakat dan melalui biaya dari PAS Kawasan Tambun sendiri. Pihak DMP juga akan mengutip dana dari sumber ekonomi mempromosi produk Islam dan memasarkan produk yang dilaksanakan oleh wanita yang telah mengikuti bengkel dan kursus anjuran PKMW. Selain itu melalui yuran-yuran yang dikenakan bagi menganjurkan sebarang kursus dan bengkel yang akan diadakan dari semasa ke semasa.

Bagi melicinkan aktiviti dan program PKMW, adalah dicadangkan agar seorang pekerja digaji bagi memastikan agar jadual aktiviti dapat dilaksanakan dengan berkesan dan berjaya. Sila rujuk lampiran II untuk anggaran belanjawan PKMW.
PENUTUP

DMP Tambun berharap agar Kertas Kerja Cadangan Penubuhan Khidmat Masyarakat Wanita di DUN Manjoi ini mendapat perhatian dari PAS kawasan Tambun untuk diteliti dan dipersetujui perlaksanaannya. Besarlah harapan pihak DMP dan masyarakat wanita khususnya bagi melihat agar terbinanya suatu PKMW yang mampu menjadi ’Pusat Sehenti’ yang bukan sahaja berperanan menjadi tempat aduan masalah tetapi sebagai pemudahcara untuk wanita menyelesaikan masalah kehidupan selain sebagai fungsi untuk kaum muslimat dan wanita melaksanakan gerak kerja kemasyarakatan di samping menyampaikan dakwah Islamiyyah tentunya.

Pihak DMP Tambun juga bersedia dan menerima segala cadangan, kritikan dan tambahan bagi merealisasikan agenda ummah ini dengan mendidik masyarakat melalui PKMW dan sebagai satu tanggungjawab sosial dan fardhu kifayah muslimat PAS Kawasan Tambun.



Lampiran I

CONTOH JADUAL PROGRAM PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN MANJOI

JADUAL TETAP UNTUK SEMINGGU

HARI MASA AKTIVITI/PROGRAM CATATAN
Isnin 10.00 pagi -12.00 tghr
02.30 – 4.30 ptg
Sesi kaunseling dan aduan – masalah masyarakat setempat

Selasa 10.00 pagi -12.00 tghr
02.30 – 4.30 ptg
Sesi kaunseling dan aduan – masalah wanita & rumah tangga

Rabu 10.00 pagi -12.00 tghr
02.30 – 4.30 ptg
Sesi kaunseling dan aduan – masalah undang-undang dan hak

Sabtu / Ahad
09.00 – 01.00 pagi
Kuliah agama / Kursus / Seminar / Bengkel

03.00 - 05.00 petang
Kelas Suri



Lampiran II


BELANJAWAN UNTUK SEBULAN


PENDAPATAN RM

Sumbangan orang ramai 200.00
Zakat 200.00
Jualan produk Islam 100.00
Jualan hasil produk wanita 100.00
Sewa tempat jualan 100.00
Biaya Kawasan PAS Tambun 1,100.00

Jumlah Pendapatan 1,800.00

PERBELANJAAN RM

Sewa Tempat 380.00
Gaji Pekerja (kerani) 600.00
Bil Air / Elektrik / Telefon 120.00
Kelengkapan pejabat 500.00
Lain-Lain 200.00

Jumlah Perbelanjaan 1,800.00


LEBIHAN/KURANGAN -

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS