Kuliah Maghrib dan Qiamullail di Kediaman Rasmi MB Perak

Alhamdulillah.... 26 Feb 2009, Khamis mlm Jumaat, solat Magrib dan isya' berjemaah telah dilaksanakan di dalam dewan yang terletak di dalam Kediaman Rasmi MB Perak. Waktu antara Maghrib dan isya' pula telah diisi dengan tazkirah oleh Ustaz Badrul Hassan Al-Basri. Seterusnya, pada pukul 4 pagi, para jemaah datang kembali untuk bermunajat kepada Allah S.W.T. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada seluruh rakyat negeri Perak untuk melihat kebenaran dan semoga Allah mempercepatkan tindakbalas ke atas pemimpin BN yang telah melakukan rampasan kuasa di negeri Perak secara tidak bermaruah dengan melanggar undang-undang demokrasi Raja Berperlembagaan di Malaysia.




Muslimin dan Muslimat sedang mendengar kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Badrul Hassan Al-Basri.







Qiamullail yang bermula jam 4 pagi.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hebahan: Kuliah Maghrib dan Solat Hajat 26 Feb 2009

Salam...
Kuliah Maghrib dan solat hajat26 Feb 2009, Khamis mlm Jumaat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak. Takirah Maghrib oleh Ustaz Badrul Hassan Al-Basri. Qiamullail dipimpin oleh Tuan guru Haji Husin Pondok lubuh Tapah Kelantan, YB Us. Ahmad Mustafa ADUN Demik Kelantan. Bagi pencinta Kerajaan Pakatan Rakyat datang beramai-ramai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menteri Besar Perak Ke 10


Menteri Besar ke sepuluh
Berjemaah solat subuh
Berkemampuan beri kuliah subuh
Jiwa makmum jadi teguh
Buat yang Allah suruh
Bulan Februari suasana jadi keruh
Disebabkan syaitan menguasai roh
Disebabkan
Cinta dunia
Takut mati
Ikut ajaran Machiavelli
Warga Itali
Dengan duit pemimpin dibeli
Dari para konspirator
Jiwa yang kotor
Yang mulia jadi hina
Bila terkenal
Rancangan puak berkonspirasi
Dari iblis dapat inspirasi
Jadi berani
Suruh letak jawatan dihindari
Keredhaan Allah dicari
Kebajikan rakyat diusahakan
Dengannya Perak ada harapan
Cerah masa depan
Jika diizinkan Tuhan

HMS Abu Bakar
11 Safar 1430H
{7-2-2009}

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MB Nizar sekeluarga keluar dari Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak 22 Feb 2009

Menteri Besar Perak yang SAH Datuk Seri IR.Nizar bin Jamaluddin telah keluar secara rasminya dari kediaman rasmi Menteri Besar Perak lebih kurang pukul 11.30 pagi pada 22 Feb 2009 diiringi oleh Unit Amal PAS beserta tabik hormat dan lambaian penyokong PR. Keluarnya IR.Nizar dari Kediaman rasmi MB Perak bukan mengaku kalah tetapi mengikut sunnah Nabi yang pernah berkubu di luar Madinah. Kepimpinan PAS melakukan apa sahaja berpandukan pada hukum tertinggi Al-Quran dan As-sunnah. Rasul junjungan S.A.W bukan sahaja ikutan dalam semua bidang lapangan hidup tapi termasuk kaedah dan strategi berpolitik.Kerana itu DMP Tambun menyeru pada umat Islam di seluruh Malaysia untuk menyertai PAS kerana politik yang dikuti PAS adalah politik bersih dan indah yang diamalkan oleh Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Berikut beberapa gambar termasuk video MB Perak keluar kediaman rasmi buat tatapan pengujung....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS