Pendaftaran PASTI di seluruh TAMBUN telah dibuka!!!

PASTI NURUL ISLAM, Taman Meru......

PASTI-PASTI lain di kawasan Tambun....

1) PASTI AL-HARAKIAH, Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan II. Hubungi: 019-5105775
2) PASTI NURUL IMAN, Kampung Tengku Hussein. Hubungi: 05-5263369
3) PASTI AMAL ISLAMI, Kampung Manjoi. Hubungi: 05-5261708
4) PASTI AL-AISAR, Medan Klebang Restu. Hubungi: 019-5749710
5) PASTI AT-TAQWA, Taman Klebang Putra. Hubungi: 019-5749710
6) PASTI AL-NUHLAN, Taman Chemor Mesra, Chemor. Hubungi: 019-5749710
7) PASTI AL-TAFHIM, Taman Klebang Jaya, Chemor. Hubungi: 019-5749710
8) PASTI AL-MUHAJIRIN, Bandar Baru Putra, Ipoh. Hubungi: 05-5497599
9) PASTI AL-MUTTAQIN, Taman Desa Jaya, Tanjung Rambutan. Hubungi: 05-5338734
10) PASTI AL-ANSAR, Taman Perpaduan, Ulu Kinta. Hubungi: 016-5658796
11) PASTI AL-UKHWAH, Taman Hiburan, Ulu Kinta. Hubungi: 016-5658796

Jangan lepaskan peluang anak-anak anda mengikuti asuhan pendidikan Islam dengan sukatan pelajaran prasekolah terbaik di Malaysia! DAFTARLAH SEKARANG! 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KURSUS MERAYU UNDI PERINGKAT DUN HULU KINTA


Bahang pilihanraya semakin hampir dengan Kursus Merayu Undi yang telah dianjurkan oleh Halwa DUN Hulu Kinta pada 18 Disember 2011 (Ahad) di Markaz Tanjung Rambutan. Kursus tersebut telah disampaikan oleh Pn. Yusmaliza Yusof, Ketua Penerangan Halwa MTD Manjoi merangkap Naib Ketua DMP Tambun. Sambutan muslimat amat menggalakkan kira-kira seramai 40 orang peserta telah hadir dengan menunjukkan bakat lakonan pada sesi simulasi di akhir kursus. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang hampir kesemuanya memahami dengan jelas objektif kursus dan isu-isu yang telah disampaikan.


 Penceramah kursus...
 Lakonan simulasi merayu undi antara muslimat PAS dengan muslimat UMNO sangat mencuit hati...


Saling mempertahankan isu yang dibawa....
 Ada sesuatu menggelikan hati para peserta dengan lakonan bersahaja





 Simulasi dengan bakal calon dan golongan MOSWA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KORUM SERAMBI : CERITA HUDUD

OLEY..tak tengok rugi..!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ya Rabb

JANIN BAYI BERSUJUD TATKALA DIBACAKAN AYAT-AYAT AL-QURAN
Ingatkah kita...dulu, dari mana asal kita? tempat mulanya kita dihidupkan...Ingatkah dulu, kita semua pernah merasa...merasa saat didalam rahim ibu...alam gelap gelita...alam penuh tanda tanya...mengembara ke alam rahim ibu...kembara penuh cabaran...pilihan antara hidup dan mati, Lihatlah dengan mata hati...rasai, siapa kita sesungguhnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ZOOM 360 : MUSLIMAT TAMBUN BERSIAP SEDIA HADAPI PRU 13

12 Disember 2011,Tambun - Dewan Muslimat PAS Tambun mengadakan siri persediaan menghadapi PRU ke-13. Petugas-patugas muslimat Tambun diberikan suntikan motivasi dan amanat-amanat penting untuk persiapan rapi sehingga menjelang PRU ke 13 yang semakin terasa panas bahangnya. Penceramah jemputan pada siri kali ini ialah Pn.Amizan Baharudin, Ketua Halwa Dewan Muslimat PAS Pusat dengan penyampaian yang bersahaja dan mencuit hati para petugas namun sarat dengan panduan berguna.

 Nyanyian lagu PAS


 Do and dont's sewaktu merayu undi antara yang disampaikan oleh Pn. Amizan
 Bakal-bakal petugas PRU ke - 13





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ZOOM 360 : RAPAT RAKYAT NEGERI PERAK

SEKITAR CERAMAH PERDANA RAPAT RAKYAT NEGERI PERAK

10 Disember 2011, Beruas

Hujan yang turun sejak petang tidak menghalang rakyat Perak berkumpul

Lebih 10,000 orang membanjiri ruang-ruang di Rapat Rakyat Negeri Perak

Bukti rakyat menyokong Pakatan Rakyat...
 YB Hjh. Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR di samping YB Lim Pek Har
 "Kami akan terus mara bersama Pakatan Rakyat ! "
 Amanat dari YB Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ZOOM 360: DMP TAMBUN DI HI-TEA PKR

10 Disember 2011,Chemor-Dewan Muslimat PAS Tambun turut hadir di majlis hi-tea NGO's bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim di Tokong Sam Sean Meow Kg. Kuala Kuang, Chemor. Majlis bermula pada jam 5 petang. Dalam majlis ini, beberapa orang wakil NGO Perak memberikan ucapan masing-masing di samping pimpinan PKR.





 Pn. Roslina, Pengerusi Salima Perak
 Tn. Hj. Asmuni Awi
 Sdr. Mustaffa Kamil Ayob, Presiden Memacu Arus Perjuangan (MAP)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ZOOM 360:IJTIMA' KAWASAN

SEKITAR IJTIMA' KAWASAN DI BATU 8, TAMBUN
9 Disember 2011- Ijtima' Kawasan kali ini telah diadakan di markaz Batu 8, Tambun. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diimamkan oleh Timb. YDP PAS Tambun, AF Ust. Loqmanul Hakim. Pengisian pada malam ini telah diberikan oleh penceramah jemputan Ust. Dr. Khairudin At-Takiri, Setiausaha Ulama' PAS Pusat. Beliau menyentuh tentang tahaluf siasi. Kata beliau matlamat PAS adalah untuk
1.menyampaikan ajaran Islam kepada non-muslim
2.memperkemaskan ajaran Islam kepada orang Islam melalui amal ma'ruf nahi munkar.
3.membentuk negara Islam yang terkandung di dalamnya keadilan.
Justeru untuk mencapai matlamat ini wasilahnya adalah melalui pilihanraya.Dalam konteks Malaysia ini, tahaluf siasi (kerjasama politik) sangat diperlukan untuk mencapai keputusan kemenangan majoriti dalam pilihanraya melalui kerjasama dengan rakan seangkatan Parti Keadilan Rakyat dan DAP.

 Mujahadah ..
 "Ya Allah bantulah kami Parti Islam SeMalaysia memenangi PRU13.."
 Muslimat yang hadir...
 NYDP PAS Tambun, Hj. Jamaludin bersama penceramah jemputan Ust. Dr Khairudin

 Ust Dr Khairudin mengupas tahaluf siasi
Muslimat tulang belakang perjuangan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS