JAMUAN PAKATAN RAKYAT



Pelbagai bangsa pengunjung Pakatan Rakyat


Antara Nisa' yang bertugas


Ketua DMP Tambun, Kak Ju dan orang kuatnya, Pn Ezakia...



Muslimat Tambun turut turun bertugas


Kelihatan Datin Seri Fatimah Taat, isteri MB Perak Halal dan Ketua DMP Negeri Perak, Ustazah Hjh Bariah Alang Sabri

Bagi menghargai penyokong Pakatan Rakyat, Jamuan Pakatan Rakyat telah diadakan pada 25 Okt. 2009 (Ahad) di perkarangan Pejabat Pakatan Rakyat yang baru (dulu Pejabat Perhubungan PAS) bertempat di Ipoh Raya. Jamuan telah bermula jam 8 malam dan telah dihadiri seramai 10 ribu pengunjung pelbagai bangsa.

Pelbagai juadah enak dan lazat disediakan seperti nasi minyak, laksa, mee goreng, lemang dan rendang ayam dan minuman cendol bagi hidangan semua penyokong Pakatan Rakyat.

Persembahan pelbagai bangsa juga telah diadakan bagi memeriahkan jamuan malam itu. Pemimpin dari Pakatan Rakyat turut hadir memberi sokongan. Syabas, semoga Pakatan Rakyat menjadi inspirasi rakyat Malaysia suatu hari kelak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BENGKEL PEMANTAPAN ORGANISASI


Muslimat menyanyikan lagu tema PAS


Penuh semangat dan serius, Kak Ju ketika memberi ucapan perasmian


Peserta khusyuk menghayati amanat Ketua DMP Tambun


'Tea break' - cafe baru yang selesa


Semangat juang Pn. Zamberudah takkan pernah pudar. Takbir!


Ceramah bermula



Setiausaha DMP Tambun menyampaikan ceramah


Tugas tidak mengenal jawatan, Ketua dan Naib DMP Tambun di meja pendaftaran


Ingatkan lepas sekolah takde ujian.. Ujian pemahaman PAS dan pilihanraya


Satu Bengkel Pemantapan Organisasi anjuran Lajnah Politik & Pemerkasaan Organisasi Dengan Kerjasama HALWA MTD Manjoi telah diadakan pada 25 Oktober 2009 (Ahad) bermula jam 8.30 pagi hingga 1.15 petang di Akademi Pertubuhan Islam Perak.

Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pimpinan DMP Tambun, Jawatankuasa Muslimat Cawangan, AJK HALWA dan MTD telah hadir bagi mendengar taklimat dan ceramah berkaitan pilihanraya. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ketua DMP Tambun, Pn. Zuhairah Hj. Mohd. Ghazali yang mana antara ucapannya mengharapkan agar semua muslimat dapat menggunakan kesempatan bengkel ini sebaik-baiknya dengan memahami maklumat pilihanraya dan mengemukakan soalan yang berkaitan. Selain itu Pn. Zuhairah atau Kak Ju juga mengharapkan agar muslimat cawangan dapat memulakan kerja pilihanraya dari sekarang.

Ceramah telah disampaikan oleh Setiausaha DMP Tambun sendiri, Pn. Carmila Bt Nan dan Timbalan DMP Tambun, Pn. Salbiah Bt Din.

Diharapkan semua peserta mendapat input sebaiknya dari bengkel yang telah diadakan dan dapat membawa maklumat berguna kepada muslimat cawangan masing-masing bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CERITA SEBENAR LARANGAN PURDAH DI AL-AZHAR

1. Permasalahan pemakaian niqab/purdah bagi wanita adalah merupakan perselisihan dalam perkara cabang (furu') di dalam perbahasan hukum. Berikut adalah kesimpulan pandangan para fuqaha terhadap masalah pemakaian niqab/purdah:
Mazhab Hanafi :
Wajah dan pergelangan tangan bukanlah aurat tetapi diharamkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatnya apabila disertai dengan syahwat.

Mazhab Maliki :
Wajib bagi seorang wanita untuk menutup muka dan pergelangan tangan apabila berada bersama lelaki ajnabi

Mazhab Syafi`e :
Tidak wajib menutup muka dan pergelangan tangan. Namun pandangan muktamad di sisi Mazhab Syafi`e adalah wajib menutup muka dan pergelangan tangan.

Mazhab Hambali:
Wajib menutup muka dan pergelangan tangan.

2. Kenyataan Imam al-Akbar Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi yang telah disiarkan oleh media tempatan dan luar adalah tidak tepat dengan situasi sebenar bahkan telah diputarbelitkan.
3. Majlis Tertinggi al-Azhar al-Syarif yang bersidang pada 8/10/2009 telah membuat beberapa keputusan berkenaan isu pemakaian purdah seperti berikut:
1) Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

2) Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar
3) Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan
4) Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.
5) Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.
4. Setelah meneliti dan mengkaji perkara di atas, Markaz Pengumpulan Kajian dan Hasilan Penyelidikan ( MANHAL ) PMRAM menegaskan beberapa perkara untuk diambil perhatian:
1. Memahami bahawa masalah khilaf tidak sepatutnya menjadi pertikaian dan perselisihan berdasarkan kaedah yang berbunyi:
" لاَ يُنْكَرُ الْمُخْتَلَفُ فِيْهِ ، وَإِنَّمَا يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عَلَيْهِ "
Yang bermaksud:
"Perkara yang berlaku khilaf tidak perlu untuk dipertikaikan sebaliknya perkara yang perlu untuk dipertikaikan adalah apabila perkara tersebut merupakan perkara yang disepakati oleh para ulama secara Ijmak."
Oleh itu, umat Islam dibolehkan untuk mengambil mana-mana pandangan para fuqaha.
2. Menghormati al-Azhar al-Syarif sebagai satu institusi keilmuan Islam yang diiktiraf sejak dulu hingga sekarang kerana bermanhaj dengan manhaj ilmu yang sederhana (wasatiah)
3. Bersangka baik dengan para ulama sekiranya timbul usaha untuk melaga-lagakan antara mereka dalam sesuatu isu serta merujuk terus kepada sumber yang boleh dipercayai
4. Tidak melupakan isu utama yang disepakati oleh ulama iaitu wajib menutup aurat disebabkan terlalu membesarkan masalah furu'.
5. Semua pihak perlu menghormati ketetapan yang diluluskan oleh al-Azhar al-Syarif dan membenarkan pemakaian niqab/purdah di premis-premis dan rumah-rumah negeri.
___________________________________________________________________________
Kenyataan ini telah disepakati melalui perbincangan pihak felo MANHAL PMRAM seperti berikut:
1. Mohd Juzaili b. Juhan
2. Mohd Khairi b. Abdullah
3. Hairul Nizam b.Mat Husain
4. Mohd Fakerei b. Mahyudin

DIPETIK DARI LAMAN WEB PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR www.pmram.org


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JAMUAN SAMBUTAN HARI RAYA CAWANGAN TAMAN HIBURAN MERIAH


Muslimat Cawangan bergambar kenangan bersama Ketua DMP Tambun, Pn. Zuhairah dan Timbalan Ketua DMP, Pn. Salbiah bersama hadiah kemenangan Johan Gerai Keseluruhan


Kelihatan kesibukan muslimat menyediakan juadah


Antara orang buta yang hadir


Saudara Khir Faizal, Setiausaha Kawasan turut hadir bersama Ketua Cawangan Taman Hiburan, Saudara Hj. Roslan


Gerai Kak Tun Rojak Buah - memenangi gerai tercantik


Sumbangan kepada orang buta disampaikan oleh Ketua Cawangan


Alhamdulillah, JAMUAN SAMBUTAN HARI RAYA CAWANGAN TAMAN HIBURAN pada 10 Oktober 2009 (Sabtu) telah berlangsung dengan meriah walaupun hujan turun mencurah-curah di Surau Al-Jamaiyyah taman Hiburan. Hampir 500 orang penduduk sekitar Taman Hiburan telah turun bersama-sama menikmati jamuan Hari Raya yang telah disediakan mengikut gerai masing-masing seperti Gerai Nasi Himpit dari Muslimat Cawangan, Gerai Lemang dari Muslimin Cawangan, Gerai Nasi Bukhari, Gerai Rojak, Mee Dila dari orang perseorangan yang telah sudi menaja jamuan tersebut.

Cawangan Taman Hiburan juga telah meraikan orang buta dari Batu 5 untuk menerima sumbangan. Bagi memeriahkan jamuan, pelbagai acara dan hadiah telah disediakan seperti cabutan bertuah untuk semua pengunjung bertuah. Cenderahati kepada AJK Surau dan penyumbang utama kepada Surau Al-Jamaiyyah, Taman Hiburan. Pertandingan gerai juga telah diadakan bagi memilih kategori tertentu. Gerai Muslimat Cawangan telah memenangi tempat pertama bagi kategori gerai berprestij dan ceria. Tahniah diucapkan.

Semoga jamuan diadakan dapat memupuk semangat silaturahim dan ukhuwah antara penduduk sekitar Taman Hiburan dan surau.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TAZKIRAH JUMAAT


MAYAT HARUM SELEPAS 26 TAHUN DITANAM

JENAZAH seorang ulama di Indonesia, Kiai Abdullah H. Mukmin yang meninggal dunia pada 22 Oktober 1983 berbau wangi manakala kain kapannya masih elok ketika kuburnya digali untuk dipindahkan ke tempat lain di Tangerang, Jakarta, baru-baru ini.

Menurut sebuah akhbar semalam, mayat Kiai Abdullah tidak reput dan masih berada dalam keadaan baik sama seperti ketika ditanam 26 tahun lalu. Kayu penutup jenazah itu didapati tidak reput termasuk kain kapan.

Anak sulung Kiai Abdullah, Mukhtar Ali yang mengangkat jenazah bapanya dari liang lahat mengaku berasa terkejut. “Keadaan jenazah sama seperti semasa ditanam pada 22 Oktober 1983.

“Cuma tubuhnya kelihatan kurus manakala rambutnya putih,” kata Mukhtar. Mukhtar dan keluarganya turut terkejut kerana jenazah bapa mereka berbau
wangi. Menurutnya, bau itu tidak sama dengan wangian yang dijual di kedai-kedai minyak wangi.

Beberapa orang yang berada di kubur itu melaungkan takbir semasa menyaksikan kejadian tersebut. Kubur Kiai Abdullah terpaksa dipindahkan bagi memberi laluan kerja-kerja pelebaran jalan.

Ketika masih hidup, Kiai Abdullah banyak menghabiskan masanya dengan belajar dan mengajar agama.

Kubur baru ulama itu kini di depan pekarangan rumah seorang lagi anaknya, Achmad Fathi, yang terletak 15 meter dari lokasi pusara lamanya. – Agensi



ALLAHUAKBAR! KISAH PENGGALI KUBUR YANG BOLEH DIADAPTASI DARI BERITA DI ATAS...


KISAH PENGGALI KUBUR

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

1. Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

2. Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, kulihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi khinzir. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?
Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat,maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain."

3. Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, kulihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.
Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram,wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

4. Golongan keempat, kulihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibubapanya."

5. Aku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit
seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
" Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

6. Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering-kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"
" Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

7. Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut. " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Wallahua'lam.

SUMBER : mytaubat.blogspot.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Purdah


Syeikh Tantawi haramkan purdah ke Universiti al-Azhar

Apakah pendirian kerajaan Malaysia? Buat masa ini muslimah yang memakai purdah masih dibenarkan di kolej-kolej Islam dan sebahagian sekolah-sekolah agama di Malaysia. Di sini dilampirkan pandangan dan penjelasan yang diambil dari ustaz-ustaz tentang hukum pemakaian purdah.

Yang menghairankan tidak ada pula hukum untuk mengharamkan pemakaian tidak menutup aurat atau tafsiran berpakaian tetapi bertelanjang. Semoga lampiran artikal dan pandangan ini dapat diambil sebagai ilmu dan pengajaran. Wallahualam.

Niqab: Anugerah Allah Yang DiZalimi
http://al-qayyim.net/index.php?option=com_content&task=view&id=949&Itemid=2

Hujah Mengapa Muslimat Pakai Purdah
http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=8&t=3461

Hukum Memakai Purdah?
http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=35


KAHERAH 6 Okt. - Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi merancang untuk mengharamkan pelajar perempuan yang memakai purdah daripada memasuki institusi-institusi pendidikan di bawah Universiti al-Azhar.

Seorang pegawai keselamatan semalam berkata, polis telah menerima arahan secara lisan supaya menghalang pelajar perempuan yang berkelubung daripada memasuki institusi-institusi al-Azhar termasuk sekolah menengah dan tinggi, serta asrama beberapa universiti di Kaherah.

Pegawai itu berkata, pengharaman tersebut adalah atas sebab keselamatan.

Langkah itu dipercayai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membendung manifestasi Islam yang dianggap ultrakonservatif di Mesir.

Sungguhpun majoriti wanita Mesir memakai tudung, hanya segelintir yang memakai purdah atau dikenali di sini sebagai niqab yang menutup muka dan lebih kerap ditemui di Arab Saudi yang mengamalkan ajaran Wahhabi.

Kebanyakan ulama berpendapat purdah tidak wajib tetapi hanyalah adat resam yang diamalkan oleh masyarakat Arab Badwi sebelum kedatangan Islam.

Rancangan Tantawi itu diumumkan semasa beliau menyuruh seorang pelajar sekolah menengah di sebuah kelas yang dikunjunginya awal minggu ini, supaya menanggalkan niqabnya.

Syeikh itu melawat sekolah-sekolah al-Azhar pada permulaan tahun akademik untuk memeriksa langkah yang diambil bagi membendung wabak selesema babi, menurut butir-butir lawatan yang disiarkan semalam oleh akhbar bebas, Al-Masry Al-Youm.

Tantawi dengan tegas memberitahu gadis berkenaan bahawa niqab 'tidak ada kena-mengena dengan Islam dan hanya satu adat resam' dan memaksanya menanggalkan niqabnya.

Beliau kemudian mengumumkan akan mengeluarkan arahan tidak lama lagi bagi mengharamkan pelajar perempuan yang memakai niqab daripada memasuki sekolah-sekolah al-Azhar.

"Niqab tidak ada kaitan dengan Islam...saya lebih arif tentang agama daripada kamu dan ibu bapa kamu," kata Tantawi kepada pelajar berkenaan.

Seorang sarjana di sebuah pusat penyelidikan al-Azhar, Abdel Moati Bayoumi berkata, para sarjana al-Azhar akan menyokong Tantawi jika beliau mengeluarkan arahan tersebut.

Bagaimanapun pengkritik langkah itu berkata, pengharaman niqab tidak akan dilaksanakan.

Arahan sebelum ini oleh Kementerian Wakaf untuk mengharamkan penceramah wanita yang memakai niqab daripada memasuki masjid dibantah keras.

Seorang penyelidik yang dihalang daripada memasuki perpustakaan Universiti Amerika di sini pada 2001 kerana memakai niqab membawa kesnya ke Mahkamah Agung Mesir dan akhirnya menang.

Mahkamah memutuskan pengharaman menyeluruh ke atas niqab menyalahi perlembagaan. - AP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bengkel Pengucapan Awam














Lajnah Penerangan & Dakwah telah menganjurkan Bengkel Pengucapan Awam pada 23 Ogos 2009 (Sabtu) di Sekolah Rendah Agama Tarbiyyah (Serati) Tanjung Rambutan. Walaupun bengkel tersebut diadakan pada awal bulan Ramadhan dan di waktu kes H1N1 berleluasa, namun semangat muslimat tidak luntur untuk mengikuti bengkel yang bertujuan mengasah dan mencungkil muslimat ilmu pengucapan awam. Bengkel tersebut telah menjemput En. Mahyudin Jaafar bagi memberi ceramah. Beberap muslimat telah dikenalpasti untuk dilatih bagi melahirkan penceramah muslimat. InsyaAllah Lajnah Penerangan akan menganjurkan Bengkel Pengucapan Awam II.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS