QURANIC GENERATION NISA' TAMBUN 2010









Assalamualaikum w.b.t

Nisa' Tambun kembali dengan aktiviti kerohanian bersempena dengan kedatangan Ramadhan Al Mubarak

'QURANIC GENERATION'

TARIKH
            4 & 5 hb. September 2010 (Sabtu & Ahad)
TEMPAT
            SRATI

SASARAN
           REMAJA DAN BELIAWANIS

PENGISIAN :
           i)Quranic Circle (tadarus Al-Quran)
          ii)Tayangan Ramadhan
         iii)Small Kindness (agihan bantuan kepada fakir miskin)
         iv)Qiamullail
          v)Khatam Quran

YURAN
            RM5.00


Mohon bantuan untuk diwar-warkan juga di sekolah-sekolah menengah(sekolah rendah boleh juga).  Mudah2an usaha bantuan yang diberikan diterima di sisi Allah sebagai sebaik2 amalan.
“ Pada bulan Ramadhan, diturunkan Al- Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada hidayah serta pembeza antara yang hak dan yang batil maka sesiapa yang melihat bulan Ramadhan hendaklah ia berpuasa.”  Al baqarah : 185




TENTATIF
4 September 2010
8.30 pg – 9.00 pg                 : Pendaftaran
9.00 pg – 12.00 tgr               : Taaruf/ Quranic Circle (Tadarus Berjemaah)
12.00 tgr- 2.00 ptg                : RESO
2.00 ptg – 3.00 ptg               : Tayangan Ramadhan
3.00 ptg  – 4.00 ptg              : Membungkus bubur lambuk
4.00 ptg – 6.30 ptg               : Pembahagian kumpulan dan bertolak ke setiap cawangan yang  telah ditetapkan  (Solat Asar di tempat tersebut)
6.30 ptg – 7.00 mlm             : Kendiri
7.30 mlm – 10.00 mlm        : Buka Puasa berjemaah
                        : Solat Maghrib, isyak & terawih
10.00 mlm – 11.00 mlm      : Pengenalan Nisa’
11.00 mlm – 4.00 pg            : Tidur
4.00 pg – 6.30 pg                 : Qiamullai
                        : Sahur
                        : Solat Subuh
                        : Zikir Mathurat

5 Sept 2010
6.30 pg – 8.00 pg                 : Kuliah Subuh & Solat Dhuha
8.00 pg- 9.00 pg                   : Persiapan Kendiri
9.00 pg- 10.30 pg                 :Majlis Khatam Al-Quran
10.30 pg- 11.00 pg               : Bersurai

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

UCAPAN TAKZIAH



Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun dengan ini mengucapkan takziah di atas kembalinya ke rahmatullah isteri kepada Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien iaitu Allahyarhamah Ustazah Siti Rafeah yang telah kembali kerana sakit kanser pada pukul 2.20 petang 17 Ogos 2010 bersamaan 7 Ramadhan 1431H semalam. Allahyarhamah Ustazah berumur 56 tahun meninggalkan 6 orang anak. Jenazah beliau disemadi di perkuburan Islam Kg Rapat Setia Tambahan, Ipoh. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat tambahan di bulan Ramadhan yang mulia ini. AlFatihah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RAMADHAN - BULAN MUHASABAH DIRI

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEMINAR HAK WANITA MENURUT PERUNDANGAN ISLAM


Pendaftaran peserta

Pengerusi MESRA, Pn. Zuhairah sedang melihat-lihat jualan


Ucapan Aluan Pengerusi MESRA, Pn. Zuhairah Hj. Mohd Ghazali



l
Pn.Siti Razasah dengan ceramahnya bertajuk : Pembubaran Perkahwinan

Sesi soal jawab, antara peserta lelaki yang hadir, TAHNIAH!
Cenderahati untuk penceramah, berupa hamper barangan bayi dan lain-lain 
(meraikan Pn. Siti yang sedang sarat mengandung, syabas dan syukran sudi hadir)

Pemeriksaan daftar pemilih turut disediakan




'Tea Time'

Sembang bersama penceramah sambil makan

Pn. Siti bersama salah seorang peserta dalam sesi kaunseling, antara perkhidmatan percuma yang turut disediakan oleh pihak penganjur...

Penceramah kedua, Pn. Marlina Amir Hamzah dengan ceramah bertajuk : Hak-hak Dalam Perkahwinan & Selepas Penceraian

Terima kasih...cenderahati kepada Pn. Marlina

Pengarah program mengambil kesempatan membincangkan SHW II, insyaAllah..



Gambar kenangan bersama penceramah dan AJK Pelaksana, terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.


Seminar Hak Wanita anjuran Ikatan Mesra Wanita Perak (MESRA) telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Ogos 2010 (Ahad) bertempat di Dewan Besar Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM). Seminar telah dimulakan lebih kurang jam 9 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 petang.

Seminar dimulakan dengan Slot 1 dengan tajuk; Pembubaran Perkahwinan oleh Pn. Siti Razasah Bt Abd. Razak dari Kedah dan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Undang–undang Syariah dan Perbankan Syariah oleh Badan Peguam Kedah/Perlis Sessi 2009/2011. Manakala Slot II dengan tajuk Hak-hak Dalam Perkahwinan dan Selepas Penceraian oleh Pn. Marlina Amir Hamzah dari Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan menjawat jawatan sebagai Penolong Setiausaha serta bertugas di salah sebuah syarikat guaman syarie terkenal di Kuala Lumpur iaitu Hisam Sobri & Kadir.

Pihak penganjur juga telah menyediakan sesi kaunseling kepada peserta yang mempunyai masalah peribadi dengan peguam yang telah menyampaikan ceramah seminar. Terdapat peserta yang menemui peguam menunjukkan seminar ini telah dapat mengesan dan membantu peserta yang menghadapi masalah rumahtangga.

Seramai 80 orang peserta telah mengikuti seminar ini yang mana terdapat juga 3 peserta lelaki yang turut hadir. Rata-rata peserta telah melahirkan perasaan berpuas hati dengan info yang didapati dari ceramah ini dan mengharapkan agar pihak penganjur meneruskan Seminar Hak Wanita II.

Tahniah kepada peserta yang telah hadir kerana anda telah berbuat sesuatu untuk diri anda dan semoga akan disampaikan kepada mereka yang tidak berkesempatan hadir ke seminar ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KONVENSEYEN PAS PERAK KALI KE 15

Konvensyen PAS Perak Kali Ke 15 & Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden telah diadakan pada 6-7 Ogos 2010 di Dewan Kutien, Ayer Tawar, Perak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS