SEMINAR HAK WANITA MENURUT PERUNDANGAN ISLAM


Pendaftaran peserta

Pengerusi MESRA, Pn. Zuhairah sedang melihat-lihat jualan


Ucapan Aluan Pengerusi MESRA, Pn. Zuhairah Hj. Mohd Ghazali



l
Pn.Siti Razasah dengan ceramahnya bertajuk : Pembubaran Perkahwinan

Sesi soal jawab, antara peserta lelaki yang hadir, TAHNIAH!
Cenderahati untuk penceramah, berupa hamper barangan bayi dan lain-lain 
(meraikan Pn. Siti yang sedang sarat mengandung, syabas dan syukran sudi hadir)

Pemeriksaan daftar pemilih turut disediakan




'Tea Time'

Sembang bersama penceramah sambil makan

Pn. Siti bersama salah seorang peserta dalam sesi kaunseling, antara perkhidmatan percuma yang turut disediakan oleh pihak penganjur...

Penceramah kedua, Pn. Marlina Amir Hamzah dengan ceramah bertajuk : Hak-hak Dalam Perkahwinan & Selepas Penceraian

Terima kasih...cenderahati kepada Pn. Marlina

Pengarah program mengambil kesempatan membincangkan SHW II, insyaAllah..



Gambar kenangan bersama penceramah dan AJK Pelaksana, terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.


Seminar Hak Wanita anjuran Ikatan Mesra Wanita Perak (MESRA) telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Ogos 2010 (Ahad) bertempat di Dewan Besar Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM). Seminar telah dimulakan lebih kurang jam 9 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 petang.

Seminar dimulakan dengan Slot 1 dengan tajuk; Pembubaran Perkahwinan oleh Pn. Siti Razasah Bt Abd. Razak dari Kedah dan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Undang–undang Syariah dan Perbankan Syariah oleh Badan Peguam Kedah/Perlis Sessi 2009/2011. Manakala Slot II dengan tajuk Hak-hak Dalam Perkahwinan dan Selepas Penceraian oleh Pn. Marlina Amir Hamzah dari Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan menjawat jawatan sebagai Penolong Setiausaha serta bertugas di salah sebuah syarikat guaman syarie terkenal di Kuala Lumpur iaitu Hisam Sobri & Kadir.

Pihak penganjur juga telah menyediakan sesi kaunseling kepada peserta yang mempunyai masalah peribadi dengan peguam yang telah menyampaikan ceramah seminar. Terdapat peserta yang menemui peguam menunjukkan seminar ini telah dapat mengesan dan membantu peserta yang menghadapi masalah rumahtangga.

Seramai 80 orang peserta telah mengikuti seminar ini yang mana terdapat juga 3 peserta lelaki yang turut hadir. Rata-rata peserta telah melahirkan perasaan berpuas hati dengan info yang didapati dari ceramah ini dan mengharapkan agar pihak penganjur meneruskan Seminar Hak Wanita II.

Tahniah kepada peserta yang telah hadir kerana anda telah berbuat sesuatu untuk diri anda dan semoga akan disampaikan kepada mereka yang tidak berkesempatan hadir ke seminar ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....