BERSIH TETAP DITEGAKKAN BIARPUN TIDAK BERADA DI DATARAN MERDEKA


 Pemuda berkerusi roda ini tetap berjuang biarpun sudah agak lewat





Antara pimpinan DMPK Tambun dan muslimat yang turut serta






BERSIH bukan untuk hari ini sahaja tapi demi generasi akan datang....


Biarpun ada yang berhalangan untuk turut serta ke Perhimpunan Bersih di Dataran Merdeka, BERSIH tetap DUDUK DAN BANTAH di Padang Polo, Ipoh, Perak. Cuba kita kirakan berapa agaknya penyokong BERSIH dan yang mahukan keadilan yang berhimpun di seluruh dunia. Semoga pengorbanan sahabat di Dataran Merdeka yang merasai kepedihan gas pemedih mata, tendangan provokasi dan ada yang bermandi darah akan terbayar. Sesungguhnya perjuangan menuntut keadilan itu sangat pedih tetapi menjadi manis apabila kebatilan ditumpaskan NANTI!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hebahan : KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PERAK


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ZOOM 360: Disebalik insiden.....

(AJK Bersih, Wong Chin Huat [memegang pembesar suara] meminta orang ramai bertenang dan bersurai selepas sebuah kereta peronda polis diterbalikkan bagi menyelamat seorang gadis yang terperangkap di bawahnya)

Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan seorang gadis yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar.

Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu.

Untuk menyelamatkan gadis yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai memterbalikkan kereta peronda polis.
(Kereta peronda polis yang remuk teruk di hadapan selepas melanggar tembok Sogo dan tiga peserta perhimpunan. Ia menunjukkan ia dipandu dengan laju sebelum melanggar peserta perhimpunan.)

Su Kwang Hong cedera akibat dilanggar oleh kereta polis ketika bersama-sama orang ramai dalam perhimpunan itu.
(sumber:harakahdaily)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ZOOM 360: VISUAL JAWAB TUDUHAN PALSU PESERTA BERSIH 3 GANAS!

Lagi kisah benar di sebalik kereta polis yang "diterbalikkan"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ZOOM 360: TN. GURU NIK AZIZ UCAP TAHNIAH KEPADA PESERTA BERSIH 3



Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengucapkan tahniah kepada rakyat yang telah berjaya menyertai Bersih 3.0 'Duduk Bantah' berhampiran Dataran Merdeka hari ini.

Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa terharu terhadap rakyat Malaysia yang berada di hampir seluruh dunia seperti Melbourne, Makkah, Madinah, Mesir turut menganjurkan bersih di tempat masing-masing.
“Tuntutan ini jelas membuktikan rakyat tidak ingin lagi berada di bawah pentadbiran kerajaan yang tidak adil khususnya dalam ketelusan pilihan raya yang bersih dan adil.
“Rakyat Malaysia telah cerdik, pandai dan terdiri dari golongan intelek, jadi kerajaan tidak boleh lagi berterusan melakukan ketidakadilan dalam SPR, apa lagi untuk berterusan memenangkan kerajaan Umno dan BN,” ujarnya.
(sumber:Harakahdaily)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ZOOM 360: KERETA POLIS "DITERBALIKKAN" ???

Cuba tengok youtube ni..baru tahu kenyataan dangkal UMNO-BN dalam warta tv cukup memualkan !

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ZOOM 360: BERSIH 3, SYABAS WAKIL TAMBUN

 Antara ribuan rakyat yang hadir memberikan sokongan padu 
 "DUDUK & BANTAH" , Bersih 3, demonstran penuh sopan akur arahan pimpinan
 En. Mat Lazim paling kanan ..
 Pn. Khamisah dan suami En. Mat Lazim tak pernah "missed" setiap siri Bersih sebelum ini.

 MANTAP ! Anak-anak turut serta dalam BERSIH 3

 Pn. Azuwa(kanan) & Pn. Khamisah antara AJK DMP Tambun yang hadir ke Bersih 3
 YB Zailah turun nyatakan sokongan
 Yb. Salahuddin, antara pimpinan PAS yang turut kelihatan dalam himpunan BERSIH 3
 Yb Dr Mujahid tetap mesra walau di mana jua
 Antara kelompok wakil Tambun ke BERSIH 3
 Emm..pasukan polis lambai tangan kepada peserta BERSIH 3..aman jaa..
 Peserta BERSIH 3 bersalaman dengan anggota polis..ok je kan..

 Ops...ini adegan apa pulak ye..?
Mangsa canister yang dilepaskan oleh anggota FRU..mana nilai kemanusiaan anda wahai FRU???
(sumber foto : koleksi Pn. Khamisah)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ZOOM 360:MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN KE-26


22 April 2012, Tambun - Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tambun kali ke-26 telah berlangsung dengan jayanya di Ritz Garden Hotel. Majlis perasmian mesyuarat agung telah disempurnakan oleh Ustaz Abu Bakar Hussain, Pesuruhjaya PAS Perak. Dalam ucapan beliau menekankan kempen jom tambah  ahli disamping memperkuatkan jentera pilihanraya parti. Beliau turut menekankan aspek kekuatan logistik dengan membuat pemantauan di semua UPU disamping mengaktifkan dana pilihanraya. Para perwakilan dan pemerhati juga diingatkan untuk memperlihatkan kekuatan parti kepada musuh dan perlu jelas dengan musuh parti yang sebenar dengan tidak menimbulkan apa-apa perbalahan kepada rakan parti Pakatan Rakyat.
Sementara itu, dalam ucaptama oleh Dr. Hj. Khairuddin b. Dato' Abdul Malek,Yang DiPertua PAS Kawasan Tambun, 5 misi yang disasarkan menuju 2015:
1. Ahli seramai 4000 orang
2. Bilangan cawangan sehingga 45
3. memiliki sebuah rumah kedai dengan nilai sekitar RM400,00
4. mempunyai koperasi dengan 1000 keahlian dan keuntungan sehingga RM100,00 setahun
5. Kelas dhuha mingguan dan ijtima' kawasan yang berdaya maju dan dihadiri lebih 1000 orang
Untuk mencapai misi ini, Tuan YDP mengajak semua perwakilan dan pemerhati untuk terus menggilap keikhlasan, melipat gandakan kesabaran dan pengorbanan dan sentiasa meletakkan kepentingan jamaah melebihi kepentingan individu dan kelompok.

 Dari kiri:Pn. Hajah Nor Ain, isteri Pesuruhjaya PAS Perak dan Pn. Norazian, isteri YDP PAS Tambun
 Nyanyian lagu PAS bergema dalam Dewan Hotel Ritz Garden
 "Satukanlah niat yang cuci..."

Alunan ayat-ayat suci Al-Quran membuka tirai mesyuarat agung                                                         
Ucapan YDP PAS Kawasan Tambun bernas dengan idea memaju dan mencemerlangkan parti

 Saf perwakilan Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun
 Ucapan Tuan Pesuruhjaya PAS Perak penuh peringatan kepada perwakilan dan pemerhati
Kiri : Pn. Zuhairah, Ketua DMP Tambun
 Dari kanan: YB Hj. Zainudin, Sdr. Khalilurrahman dan Tn. Hj. Asmuni Awi antara jemputan yang hadir

 Sidang mesyuarat ditangguh untuk jamuan pagi
Mesyuarat agung bermula.....

 Tn. Hj. Fuadi, perwakilan dari Taman Meru
 Sdr. Azmi menjawab soalan perwakilan
 Terima kasih pencatat minit.. Sdri Mariam dan Sdri Azhani
 Lembut namun penuh ketangkasan Briged Muslimat !
Perwakilan DMP... 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS