HIMPUNAN MUSLIMAT ULU KINTA (HAMUK)










HALWA DUN Ulu Kinta telah menganjurkan Himpunan Muslimat DUN Ulu Kinta pada 21 November 2010 (Ahad) bertempat di Srati Tanjung Rambutan. Program ini telah dimulakan dengan ucapan aluna Ketua Halwa DUn Ulu Kinta iaiatu Pn. Salbiah Din dan Ketua DMPK Tambun, Pn. Zuhairah Hj Mohd Ghazali. Penganjur telah menjemput penceramah khas iaitu YB Dr Siti Mariah Mahmud yang merupakan ahli parlimen Kota Raja, Selangor dan Pengarah Pilihanraya DMP Pusat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun mengucapkan salam Aidil Adha.. Maaf Zahir Batin...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Pusat sempena Pelancaran Briged Muslimat


Dewan Muslimat PAS Pusat mengambil langkah proaktif dalam menyediakan satu platform atau saluran kepada wanita muda yang berminat untuk bergiat aktif dalam segala gerakerja dan aktivitinya.  Ini sekaligus membuktikan bahawa muslimat memberikan ruang yang sangat luas kepada golongan ini untuk memberikan sumbangan.
 
Selama ini, Muslimat PAS seringkali diajukan dengan soalan klise, “di manakah golongan wanita muda dalam PAS” walhal mereka sudah begitu lama melibatkan diri masing-masing dalam meneruskan agenda perjuangan parti.  Oleh kerana mereka tidak dijenamakan dengan gelaran tertentu, maka masyarakat secara umumnya menganggap bahawa PAS terutamanya muslimat tidak memberikan ruang dan peluang kepada golongan wanita muda ini.

Selain daripada itu, di dalam Muktamar Tahunan Muslimat dua tahun kebelakangan ini, timbul usul daripada muslimat berkenaan pentingnya mewujudkan satu dewan khusus untuk golongan wanita muda.  Namun, setelah dibahaskan dengan cermat, muktamar  menolaknya dengan alas an bahawa Dewan Muslimat telah lama memberikan laluan dan peluang kepada wanita muda untuk aktif dalam Dewan Muslimat di semua peringkat dalam semua bidang dan aktiviti.

Oleh itu, dengan tertubuhnya “Briged Muslimat”, maka Muslimat PAS membuktikan bahawa sejak dari dulu hingga kini, kami sangat menghargai bahkan mengalu-alukan peranan yang telah dan bakal dimainkan oleh golongan wanita muda di dalam PAS.

Penglibatan dalam "Briged Muslimat" ini melangkaui bangsa dan kaum asalkan mereka berminat untuk bersama-sama membantu PAS dalam sebarang gerakerja yang akan menarik golongan wanita muda untuk menyokong atau terus menjadi ahli PAS.

Pasukan ini akan bergerak secara aktif ke seluruh Negara untuk meningkatkan kefahaman politik golongan wanita muda seterusnya menerangkan kepada mereka pentingnya menyokong PAS dan seterusnya Pakatan Rakyat.

NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
Shah Alam, Selangor
1 Zulkaedah 1431H bersamaan 9 Oktober 2010

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEMINAR PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA












Anjuran Lajnah Pemerkasaan Parti Islam Semalaysia Kawasan Tambun, Seminar Perlembagaan PAS telah diadakan pada 31 Oktober 2010 bermatlamat memperkasakan ahli PAS tentang Perlembagaan PAS terutama pimpinan cawangan dengan lebih jelas dan memberi peluang mengutarakan sebarang kemusykilan kepada penceramah yang dijemput khas iaitu Tn Hj. Subki Abdul Latif, pengarang Harakah yang terkenal dengan ketajaman pena dan artikel yang sangat padat dengan hujah dan informasi terkini. Bertempat di Chepor, seminar telah dimulakan dengan ucapan aluan Ketua Lajnah Pemerkasaan Parti iaitu Ustaz Luqmanul Hakim dan ucapan Yang Dipertua PAS Kawasan Tambun merangkap Ketua Lajnah Pemerkasaan Parti Negeri Perak iaitu Dr. Khairuddin Dato' Hj Abdul Malik. Pelbagai informasi, nasihat dan panduan yang telah disampaikan oleh Yang Dipertua Kawasan serta cadangan bagi memperkasa program kawasan antaranya bagi menganjurkan Pasar Tani PAS Kawasan Tambun yang akan dimulakan pada Disember 2010 ini dengan memuatkan 40 gerai.

Peserta seminar juga telah melontarkan pelbagai soalan berkaitan perlembagaan PAS kepada penceramah. Semianr berakhir dengan doa wehdah dan doa kira-kira jam 12.30 tengahari dengan harapan agar peserta bukan sahaj memahmi perlembagaan tetapi menghayati dan mengaplikasinya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS