MB Nizar sekeluarga keluar dari Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak 22 Feb 2009

Menteri Besar Perak yang SAH Datuk Seri IR.Nizar bin Jamaluddin telah keluar secara rasminya dari kediaman rasmi Menteri Besar Perak lebih kurang pukul 11.30 pagi pada 22 Feb 2009 diiringi oleh Unit Amal PAS beserta tabik hormat dan lambaian penyokong PR. Keluarnya IR.Nizar dari Kediaman rasmi MB Perak bukan mengaku kalah tetapi mengikut sunnah Nabi yang pernah berkubu di luar Madinah. Kepimpinan PAS melakukan apa sahaja berpandukan pada hukum tertinggi Al-Quran dan As-sunnah. Rasul junjungan S.A.W bukan sahaja ikutan dalam semua bidang lapangan hidup tapi termasuk kaedah dan strategi berpolitik.Kerana itu DMP Tambun menyeru pada umat Islam di seluruh Malaysia untuk menyertai PAS kerana politik yang dikuti PAS adalah politik bersih dan indah yang diamalkan oleh Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Berikut beberapa gambar termasuk video MB Perak keluar kediaman rasmi buat tatapan pengujung....


video

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....