| ALQIADAH   : TAKLIF LAA TASYRIF Kepimpinan adalah institusi   terpenting bagi sebuah organisasi. Tidak  ketinggalan bagi sebuah Gerakan Islam seperti Parti Islam   Semalaysia (PAS). 
 Justeru itu , ia mestilah menjadi   institusi yang paling kukuh dan mantap bagi  memastikandasar perjuangan dapat   direalisasikan dengan baik dan menepati  objektif serta matlamat perjuangan itu pula dapat dicapai dengan   cemerlang. 
 Menjawat atau menyandang status   sebagai seorang pemimpin dipelbagai  peringkat parti mestilah dengan segala keupayaan   dan kelayakkan yang diiktiraf  oleh syara' , berpandukan petunjuk Al - Quran dan As -   Sunnah. 
 Kepimpinan ( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau   kebanggaan  (tasyrif) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah (taklif). 
 عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله   ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: " يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة  وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها   بحقها وأدّى الذي عليه فيها. 
 Maksudnya:   Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah!  Tidakkah mahu engkau   melantikku?”. 
 Baginda   menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya  engkau ini lemah, sedangkan   jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat  nanti adalah kerugian dan penyesalan,   kecuali sesiapa yang mengambilnya  dengan kelayakan dan menunaikan apa yang   menjadi tuntutannya."  (Riwayat   Muslim) 
 Berasaskan realiti ini , janganlah   sesiapa dikalangan ahli parti memanjat  tangga kepimpinan ini dengan gopoh dan rakus.   Perhatikan bilah bilah  anak tangga dengan teliti dan cermat serta melangkahlah dengan tertib agar  tidak termengah dan mencederakan diri sendiri mahupun orang lain . 
 Apatah lagi dalam keadaan   permukaan anak tangga yang licin dan mudah  tergelincir. Kesabaran dan kematangan dalam   mengambil langkah dan  memutuskan sikap adalah dua elemen penting yang dilihat   mampu  memperkasakan institusi kepimpinan ini. 
 عن أبى موسى قال: دخلت على النبى   صلى الله عليه وسلم أنا ورجلان من بني عمي فقال أحدهما:  يا رسول الله أمرنا على بعض ما ولاك   الله, وقال الأخر مثل ذلك فقال عليه الصلاة والسلام "إنَّا والله لا نولِّى هذا   العمل أحدا سأله أو أحدا حرص عليه 
 Maksudnya   : Dari Abu Musa RA, Aku menemui Nabi saw. bersama  dua orang lelaki dari   sepupuku. Seorang   dari keduanya berkata:  Wahai Rasulullah, angkatlah kami sebagai pemimpin atas sebahagian   wilayah kekuasaanmu yang telah diberikan Allah azza wa jalla! Yang satu lagi  juga berkata   seperti itu. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Demi Allah,  kami tidak akan   mengangkatseorang   pun yang meminta  sebagai pemimpin atas tugas ini dan tidak juga seorang yang   tamak  utk   memperolehinya . 
 (Riwayat Bukhari, Muslim dan   Ahmad) 
 Janganlah kita menjawat atau   menyandang status kepimpinan  dengan pengaruh pidato ataupopulariti , begitu juga tidak   dengan  pengaruh senioriti dan downline . Sebaliknya sandanglah melalui   thiqah atau kepercayaan yang diberikan oleh ahli  parti berasaskan kelayakandan   keupayaan syari'e. 
 Thiqah ini pula bukan dibina   melalui penonjolan imej dan pembiayaan  komunikasi kita dengan ahli ( kerana ia boleh   dilakunkan aksinya menjelang  muktamar yang ada pemilihan ) tetapi thiqah   lahir dari kesungguhan  berjuang dan keikhlasan berkorban . Bertunjang pula di atas  ketaqwaan yang tinggi dan Himmah yang berwibawa. 
 Memberi laluan kepada yang layak   memimpin dalam keadaan kita  adalah calon popularadalah jauh lebih bermaruah   daripada kita terus  menandingi jawatan kepimpinan tersebut. Tidak memegang jawatan  bukanlah   bermakna kita tidak boleh menyumbang kepada Islam dan parti yang memperjuangkannya. 
 Demikian juga mengambil   tanggungjawab sebagai seorang  pemimpin setelah mendapat thiqah dari ahli dan jamaah adalah   mempamerkan ia sebagai seorang pemimpin yang ada kesungguhan berjuang dan himmah   yang berwibawa. 
 Muktamar parti adalah medan untuk   bermuhasabah ,  mengatur strategi , memperkasakan dalaman parti , membina kader  dan   memberi amanah kepada yang berhak dan layak .Muktamar  jangan sekali kali   dijadikan papan percaturan politik peribadi dan kelompok yang sangat dinilai hina oleh   syara' . 
 Perwakilan semestinya matang menilai dan memilih saf  kepimpinan   yang akan menerajui parti mengharungi badai  perjuangan membelah episod   cabaran baru dunia global hari ini. 
 Tidak didorong oleh sebarang   sentimen yang asing dari apa yang  kita pelajari melalui skima pentarbiyyahan parti , yang   kita timba  selama ini melalui usrah dan kuliah haraki di pelbagai peringkat. 
 Calon kepimpinan pula tidak meminta diundi atau dipilih  dengan   pelbagai penampilan dan lobi yang tidak berasaskan  keupayaan dan   kelayakkan sebenar. 
 Justeru ia hanyalah hipokritisme   yang akan merosakkan parti dan  dirinya sendiri. 
 عن عبد الرحمن بن سمرة  عن رسول الله   صلى الله عليه وسلم " يا عبد الرحمن لا تسأل الإمارة فإنَّك إن أوتيتها عن   مسألة  وكلت إليها وإن أعطيتها من غير   مسألة أعنت عليها 
 Maksudnya:   Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW  sabdanya: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta   jawatan  pemimpin. Sesungguhnya   jika engkau diberikannya dengan permintaan  maka engkau dibebankan (tidak   ditolong). Sekiranya engkau diberikannya  tanpa permintaan maka engkau dibantu  (oleh Allah) 
 (Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu   Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad) 
 Semoga muktamar PAS tahun ini ,   yang akan berlansung di  Taman Melewar Gombak dan Shah Alam Selangor [Dewan - Dewan]   akan menjanjikan satu muktamar yang bukansahaja meriah pada  sambutannya   tetapi juga dilihat hebat dan perkasa  menggarap perjalanan parti . Salam perjuangan dari saya 
 Nasrudin bin Hj Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. |