Budak baca ayat al-Quran elak dirogol


Maha Suci Allah... kisah ini lebih kurang sama sebuah kisah yang berlaku di luar negeri diceritakan seorang gadis yang berjalan malam dan diekori seorang pemuda yang memang bertujuan hendak merogolnya. Tetapi pemuda tersebut tidak berbuat demikian. Keesokkan harinya keluar berita mengatakan seorang wanita telah dirogol di tempat yang sama gadis itu melaluinya. Atas dasar tanggungjawab gadis itu pergi ke balai polis dan mengesahkan rupa lelaki yang merogol wanita berkenaan dan dapat menangkapnya. Apabila berjaya menangkap lelaki itu, gadis muslimah itu bertanya kenapa pada malam itu lelaki itu tidak merogolnya sedangkan dia berjalan seorang, jawab lelaki itu, gadis itu tidak berjalan berseorangan tetapi ada 2 orang lelaki yang menjaganya dan berjalan bersama-sama. Alangkah terkejutnya gadis itu kerana dia tidak melihatpun sesiapa yang bersamanya. Tetapi gadis itu teringat bahawa dia telah membaca ayat Al-Quran sepanjang perjalanannya. Ternyata Allah telah memeliharanya. 

Sama seperti kisah gadis di bawah ini yang telah terlindung kerana membesarkan qalam Allah. Justeru wahai muslimah sekalian didiklah anak-anak kita supaya menjadikan Al-Quran pedoman dan pelindung hidup...


2011/06/22- BeritaHarian

JEDDAH: Seorang mangsa perogol bersiri berkata beliau membaca ayat al-Quran untuk menghentikan penyerang mencabulnya, lapor akhbar al-Madinah kelmarin. 

Akhbar Arabnews melaporkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu memberitahu akhbar itu yang beliau berjaya melindungi dirinya daripada serangan perogol itu dengan membaca lima surah kitab suci itu yang dipelajarinya secara bersungguh-sungguh.

“Setiap kali beliau menghampiri, saya mula membaca al-Quran dan penjahat itu melepaskan saya,” katanya.Kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai MMS memberitahu perogol itu meminta beliau berhenti membaca al-Quran tetapi apabila beliau enggan mengikut arahannya, perogol itu memukul mukanya. 

“Kerana bacaan ayat suci itu beliau enggan menyentuh saya,” katanya. 
Mangsa diculik semasa menghadiri majlis perkahwinan dan dilarikan ke rumah perogol. 

Lelaki itu menolak mangsa ke dalam rumah dan mengunci pintu. 
“Perogol itu kemudian menyerang saya tetapi saya mula membaca ayat al-Quran,” katanya. 

Mangsa kemudian ditinggalkan di klinik berdekatan di daerah Al-Muntazahat. – Agensi 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....