Rasulullah membahagikan Ramadhan itu kepada tiga fasa.
Fasa pertama - rahmat,
Fasa kedua - keampunan (maghfirah) dan
Fasa ketiga - perlepasan dari api neraka.
Fasa pertama telah pun meninggalkan kita. Apakah sudah kita rebut peluang 10 hari awal dalam bulan yang penuh keberkatan ini untuk meraih RAHMAT-NYA? Atau sudah kita biarkan ia berlalu begitu sahaja? Alangkah beruntungnya orang-orang yang telah berusaha mencari RAHMAT-NYA.
Keutamaan 10 hari pertama (FASA PERTAMA)Kini pecutan ke Fasa kedua telah bermula.Sudah kita mulakan hayunan langkah atau masih terkapai-kapai mencari arah? Ayuh kita mulakan..!
Pada 10 hari pertama ramadhan telah diriwayatkan sebagai hari-hari diturunkannya rahmat dari Allah kepada manusia. Pada 10 hari pertama ini kita akan banyak mendapatkan limpahan pahala dari berbagai amalan-amalan yang kita lakukan selama berpuasa.
Keutamaan 10 hari kedua (FASA KEDUA)
Allah banyak memberikan maghfirah atau keampunan. Inilah saat yang tepat bagi kita untuk meminta ampun atas dosa-dosa kita dengan memperbanyak zikir dan meminta keampunan, meminta agar semua dosa-dosa kita di maafkan dan diterima taubat kita.
1. Perbanyakkan amalan-amalan solat sunat /qiam
2. Perbanyakkan berzikir - zikir ibarat air mengalir yang mampu melembutkan hati yang keras umpama batu.
3. Memaafkan kesalahan orang lain
4. Perbanyakkan sedeqah tapi nawaitu biarlah ikhlas kerana Allah bila kita bersedeqah
Apakah amalan kita sehingga kini dalam bulan Ramadhan telah mencapai Petunjuk Prestasi Ibadah Puasa? Ayuh kita muhasabah diri kita. Mudah-mudahan kita beroleh RAHMAT, MAGHFIRAH dan PENGHAPUSAN DOSA.
Nota : FASA KETIGA akan disambung dalam siri Tabir Ramadhan akan datang...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Ulasan Anda....