Sekitar Ceramah Kemerdekaan di Taman Meru, Ipoh, Perak

Puan Zuhairah Haji Ghazali atau mesranya Kak Ju turut menyampaikan ucapan selaku Naib Ketua Muslimat PAS Perak merangkap Ketua Muslimat PAS Tambun. Sayangnya, tak sempat merakam gambar ucapan dari Kak Ju.  Hanya gambar di bawah sempat dirakam.


Ucapan dari Peguam Haji Asmuni Awi. Banyak maklumat penting disampaikan untuk orang ramai menggunakan slide power point. Sayangnya LCD rosak. Jadi terpaksa la tgk kat laptop kecil tu je... 

Antara gambar penting yang ingin ditunjukkan oleh Peguam Haji Asmuni, bas mewah yang dinaiki PM ketika datang melawat Perak tempohhari. Media Perdana mencanang kononnya kesudian PM merasai kesusahan rakyat Marhaen dgn menaiki bas ketika melawat Perak. Hakikatnya, BAS MEWAH yang tidak pernah dinaiki rakyat biasa, yang dinaiki PM dan isteri bersama-sama MB Perak BN dan isterinya.

Warga Bangladesh yang kini menjadi sahabat rapat UMNO. Satu pengkhianatan parti pemerintah, BN menggunakan kuasa yang dimiliki,menjual negara dengan memberi hak kewarganegaraan melalui projek kad pengenalan kepada pelbagai warga asing termasuk Bangladesh. Bayangkanlah, sekiranya tiada usaha menghalang kegiatan ini, 10 tahun akan datang, warga asing ini yang bakal mempunyai keluarga dan keturunannya, akan bersaing dengan anak cucu kita merebut hasil mahsul kekayaan negara. Bahkan adalah tidak mustahil, mereka mungkin menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia. Apa yang paling penting, mereka pastinya tidak akan menghargai negara sepertimana keturunan pejuang kemerdekaan negara.

Antara hadirin yang yang hadir ....

Ucapan dari Dr.Ann Wan Seng, seorang penganalisis Sejarah yang benar-benar menguja sesiapa yang hadir. Begitu banyak maklumat yang tidak kita perolehi dari media bahkan lagi media Perdana, jauh sekali. Begitu banyak fakta Sejarah yang mesti diperbetulkan. Sukatan pelajaran Sejarah yang ada dalam buku teks pembelajaran para pelajar hari ini hanyalah kupasan Sejarah untuk menjaga kepentingan pemerintah hari ini untuk terus kekal berkuasa. 

Antara isi yang disampaikan oleh Dr. Ann Wan Seng:
1) Laksamana Cheng Ho seorang Islam dan sudah tiga kali naik haji
2) Hikayat Sultan Mansur Syah dengan Puteri Hang Li Po yang perlu dikaji semula. Dalam pembacaannya, tidak dan belum bertemu orang Cina dengan pangkal nama Hang. Mungkin juga Hang Li Po orang Melayu atau belum dapat dipastikan...
3) Laksamana Cheng Ho meninggal dunia bertahun-tahun sebelum naik Sultan Mansur Syah sebagai Sultan.
4) Orang Melayu orang adalah satu kaum yang sangat rajin bekerja iaitu melakukan pekerjaan pertanian. "Melayu Pemalas" hanyalah pandangan cetek penjajah iaitu pegawainya masa itu JWW Birch. JWW Birch melawat kampung Melayu pada waktu petang dan mendapati Orang-orang Melayu kebanyakan sedang berbaring, berehat di rumah masing-masing. Sebenarnya, Orang-orang Melayu bekerja gigih pada waktu pagi dan waktu petang adalah waktu untuk berehat.
5) Dr.Burhanuddin Al-Helmy adalah anak Melayu yang hebat. Beliau merupakan anak Melayu pertama mendapat PhD. Beliau adalah pejuang kemerdekaan dari golongan nasionalis dan golongan agama. Oleh kerana kehebatan beliau yang mampu memberi kesedaran kepada rakyat, maka beliau ditahan di dalam ISA. Semasa dalam tahanan, beliau tidak dibenarkan ke bilik air. Beliau yang menghidap Asma disuruh tidur di atas simen. Akhirnya, beliau mati di dalam tahanan ISA akibat komplikasi penyakit buah pinggang (kesan daripada menahan kencing kerana tidak dibenarkan ke bilik air) dan penyakit Asma yang bertambah kritikal kerana tidur di atas simen setiap hari.
6) Seorang sahabat Nabi bernama Saad Ibn Lubait telah bermusafir ke negara Cina dan mengembangkan Islam di situ. Akhirnya Islam berkembang dan keturunan Sahabat Nabi Saad Ibn Lubait ini masih ada iaitu dari keturunan Cina Hokkien.
- Masih banyak lagi kupasan-kupasan Sejarah yang dikemukakan oleh Dr. Ann Wan Seng dan tidak dapat dinyatakan sepenuhnya di sini. Dr. Ann Wan Seng juga telah menghasilkan banyak buku-buku hasil kajian dari pembacaannya. Malam itu juga, buku-buku tulisan Dr. Ann Wan Seng berjaya dijual seperti Pisang goreng! Justeru ternyata penduduk di kawasan Tambun ini sebenarnya RAJIN MEMBACA dan DAHAGAKAN ILMU YANG BERMANFAAT yang boleh membawa BAHAGIA dunia dan akhirat!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Ulasan Anda....