ASYIKIN TABAH HADAPI UJIAN ALLAH
15 November 2011 - Tambun. Redha dan pasrah itulah yang diucapkan oleh Saudari Nurul Asyikin Sabri, 21 yang diuji Allah dengan musibah kemalangan awal pagi jam 7 semalam berhampiran stesen minyak Petronas Tanjung Rambutan. Beliau merupakan adik kepada Ustaz Hafiz Sabri telah dirempuh oleh sebuah kereta kancil dari arah belakang sewaktu menuju ke tempat kerjanya di Taman Perpaduan. Berikutan kemalangan itu, kaki kanan beliau terpaksa dimasukkan besi dan kaki kiri mengalami kecederaan. Sewaktu kunjungan muslimat PAS Tambun petang tadi, beliau kelihatan stabil dan boleh berbual walau bagaimanapun pergerakannya masih lemah. Kunjungan daripada anda mampu memberikan kekuatan dan semangat pada Saudari Asyikin yang kini ditempatkan di Wad 4A, Tingkat 4, Hospital Raja permaisuri Bainun, Ipoh. Sama-samalah kita mendoakan agar beliau kembali sembuh dan dapat menyambung kembali tugasnya di salah sebuah tadika di Taman Perpaduan.
LENSA RESCUE:ADIK USTZAZ HAFEZ SABRI DITIMPA MUSIBAH
12:24 AM |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Ulasan Anda....