 PEMANGKU  Sultan Perak/Raja Muda Perak, bertitah di Majlis Wacana Perpaduan Ummah di  Dewan Bahasa dan Pustaka 19 Februari lalu:
PEMANGKU  Sultan Perak/Raja Muda Perak, bertitah di Majlis Wacana Perpaduan Ummah di  Dewan Bahasa dan Pustaka 19 Februari lalu: 
"PAS telah  melalui pahit maung perjuangan, era jatuh dan bangun, bermula dar sebuah  organisasi, terdiri dari kumpulan ulama di dalam UMNO, kemudiannya  keluar dari UMNO memilih untuk mewujudkan entiti politik  sendiri."
“PAS telah melakukan pelbagai anjakan unuk kelangsungan perjuangan  dan menerokai pelbagai titik perimbangan untuk mengembangkan  pengaruhnya.
“Dari organisasi yang amat daif, menumbanag ihsan berteduh di bawah  bumbung madrasah milik ulama UMNO, dengan berbekalkan mesin taip buruk,  PAS hari ini  telah muncul sebagai kabilah politik yang menguasai  pelbagai teknologi komunikasi moden.
“PAS didokong bukan lagi oleh tok guru dan lebai kampung, tetapi oleh  barisan profesional dan teknokrat dari pelbagai lapisan dengan  pemikiran semakin terbuka, berdaya usahawan tinggi, mengikhtiarkan  sumber rezeki secara berdikari."
Ia satu pandangan bebas tidak dipengaruhi dan tidak terpengaruh  dengan sesiapa, adalah satu penghormatan yang  amat berharga dari  seorang waris takhta di negara ini.
Sumber : harakahdaily

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 





 
 
0 comments:
Post a Comment
Ulasan Anda....