PROGRAM PAS FOR ALL ANJURAN Badan Perhubungan PAS PERAK telah diadakan pada 30 Mei 2010 (Ahad) bertempat di 3 cawangan di Kawasan Tambun iaitu Kg. Manjoi, Pekan Chemor dan Ks. Sungai Kati. Muslimat telah mengadapan program ziarah di sekitar 3 cawangan tersebut manakala Pemuda pula mengadakan gotong-royong membenteras aedes.
Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaludin dan Datin Seri Hjh. Fatimah Taat juga telah turut turun ke Pasar Pekan Chemor bagi program bertemu mesra pengunjung pasar.
PAS FOR ALL
KENDURI KAHWIN
TAKLIMAT PROGRAM PAS FOR ALL
Satu taklimat berkenaan program PAS FOR ALL oleh DMPK Tambun telah diadakan pada 28 Mei 2010 bertempat di Markaz Taman Meru bermula jam 9 pagi. Taklimat ini adalah bertujuan memberi penerangan kepada petugas muslimat tugas yang akan dilakukan untuk program PAS FOR ALL pada 30 Mei 2010.
Program ini juga telah dihadiri oleh Ketua Penerangan DMP Perak iaitu Pn. Zaharah bagi memberi motivasi dan semangat kepada para petugas. Taklimat diakhiri dengan pengisian rohani oleh Ustazah Mazliana selaku Ketua Lajnah Tarbiyyah. SELAMAT BERTUGAS!
Kelantan laksanakan cuti kakitangan wanita bersalin 90 hari

SYABAS, kepada kerajaan Kelantan yang telah menambah cuti bersalin sebanyak 90 hari. Begitu juga kerajaan Selangor yang menjadi kerajaan pertama mengambil inisiatif memanjangkan cuti bersalin sebanyak 90 hari sebelum ini. Cuti bersalin lebih panjang diambil bukan semata-mata memberi cuti rehat kepada ibu yang telah bersusah payah melahirkan anak dan mendapat kembali kesihatan yang lebih baik apabila kembali bekerja tetapi demi anak yang dilahirkan yang juga akan menjadi dewasa dan mengepalai kerajaan pada masa akan datang. Tentunya penjagaan yang teliti dan penyusuan ibu sepenuhnya dapat dikecapi oleh bayi yang baru dilahirkan.
Selain itu menggalakkan agar lebih ramai anak dilahirkan oleh ibu muslimah dan membanyakkan umat Nabi saw. Semoga usaha penting ini membuka mata kerajaan pusat betapa pentingnya kebajikan ibu terutama anak yang bakal dilahirkan mendapat didikan pertama dari ibunya sendiri. Dan tentunya promosi penyusuan ibu terlaksana dengan lebih mudah.
2010/05/19
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan melaksanakan peraturan cuti bersalin bagi kakitangan wanita selama 90 hari, mulai tahun depan berbanding dua bulan yang dikuatkuasakan sekarang.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Wan Omar, berkata peraturan baru itu bagi membolehkan kakitangan wanita mengambil masa lebih panjang menjaga anak dan keluarga dalam tempoh pantang bersalin itu.
"Kertas cadangan itu telah diperincikan di peringkat jawatankuasa portfolio saya dan akan diangkat ke mesyuarat Exco minggu depan sebelum diluluskan," katanya selepas mesyuarat Mingguan Exco, di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.
Menurutnya, pada dasarnya kerajaan negeri sudah lama bersetuju melaksanakan peraturan itu, tetapi mengikut prosedur ia perlu dibentangkan di peringkat mesyuarat Exco untuk mendapat kelulusan.
Ditanya sama ada peraturan baru itu boleh menjejaskan produktiviti kerja penjawat awam, Wan Ubaidah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijang, berkata penjawat awam di jabatan kerajaan negeri ramai dan boleh membantu tugas kakitangan yang cuti bersalin.
"Oleh itu, kita tidak bimbang dengan peraturan melanjutkan tempoh cuti bersalin 60 kepada 90 hari ini boleh menjejaskan produktiviti kerja kakitangan awam," katanya.
Menurutnya, kerajaan negeri terpaksa mengambil masa agak lama untuk meluluskan peraturan itu kerana ia membabitkan banyak implikasi, termasuk pencen kakitangan terbabit.
Beliau berkata, sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor dan Kedah memperkenalkan peraturan melanjutkan tempoh cuti bersalin bagi penjawat awamnya.
"Kita memikirkan usaha melanjutkan tempoh cuti bersalin itu perlu bagi menjaga kebajikan dan kepentingan golongan kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan negeri supaya dengan itu mereka dapat menjaga penyusuan anak dan keluarga dalam tempoh pantang itu," katanya.
Langkah yang diambil kerajaan itu selaras dengan jawatankuasa yang dipengerusikannya untuk memartabatkan golongan wanita sebagai salah satu sayap penting dalam pembangunan negara. - Bernama
SELAMAT HARI GURU

Bulan Mei memanglah bulan selamat kepada wanita kerana tiga wanita penting ini telah diraikan dalam bulan ini iaitu IBU, JURURAWAT DAN GURU. Jasa guru terutama wanita juga adalah pengorbanan yang bukan kecil. Kadangkala tangungjawab yang dipikul adalah melebihi dari hadnya. Tetapi atas nama tugas dan ingin melihat anak-anak menjadi orang berguna maka guru sanggup mengorbankan masa dan tenaga lebih dari sepatutnya.
Guru hari ini juga perlu lebih menekankan dari sudut moral dan agama pelajar. Kita tidak mahu lagi pelajar yang cemerlang akademik tapi buruk akhlak dan agama. Biarlah pelajar cemerlang pelajaran akademik tetapi cemerlang dari segi sahsiah dan akhlaknya. Pelajar yang kita didik perlu menguasai urusan dunia dan akhirat barulah generasi yang dilahirkan cemerlang apabila berkerjaya dan membina rumahtangga kelak.





