ZOOM 360: ISTIADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGONG KE-14

Tanggal 13 Disember 2011, Mesyuarat Khas Raja-raja kali ke - 227 telah membuat ketetapan bahawa Tuanku Sultan Kedah,  Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah dilantik sebagai Yang DiPertuan Agong ke-14 manakala Tuanku Sultan Kelantan, Tuanku  Sultan Muhammad V telah dilantik menjadi Timbalan Yang DiPertuan Agong untuk tempoh 5 tahun. Istiadat pertabalan ini telah berlangsung di Istana Negara, Jalan Duta pada tarikh bersejarah 11 April 2012.
 Sejak sistem ketua negara ini diperkenalkan pada tahun 1957, inilah buat julung kalinya, seorang sultan ditabalkan buat kali yang kedua dalam sejarah negara ini.Kali pertama Seri Paduka Tuanku Abdul Halim ditabalkan sebagai Yang DiPertuan Agong ialah pada 21 September 1970 - 20 September 1975 selaku Yang di-Pertuan Agong yang ke-5. Semoga negara Malaysia bertambah makmur dan aman di bawah naungan Tuanku. DIRGAHAYU TUANKU, DAULAT TUANKU
Istiadat pertabalan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 bermula pagi ini di Istana Negara di sini dengan upacara pemeriksaan barisan kehormat.

        Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ZOOM 360: SEKITAR MESYUARAT AGONG DMPK TAMBUN KE-25


 Tanggal 1 April 2012 / 9 JamadilAwal 1433H cukup memberi makna kepada Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun kerana genap 25 tahun usia penubuhan dewan ini sekaligus menempa JUBLI PERAK dengan tema pada kali ini 'MENERAJUI PERUBAHAN MENJANA KEMENANGAN'. Ia turut memberi makna tersendiri apabila mesyuarat ini telah diadakan di Pusat Tarbiyah PAS Tambun, Taman Meru yang masih baru beroperasi kira-kira 4 bulan yang lalu.  DMPK Tambun semakin matang dalam mengharungi arus persada politik khususnya di Tambun ini. Setiap kesukaran, kepayahan dan jerit lelah yang menuntut tidak sedikit tenaga perlu disumbang kepada PARTI ISLAM SeMALAYSIA tercinta ini semakin menampkkan hasil. Bilangan Jawatankuasa Muslimat Cawangan yang semakin bertambah kepada 33 cawangan membuktikan komitmen muslimat untuk sama-sama membantu menegakkan syiar Islam melalui medium PARTI ISLAM SeMALAYSIA khususnya di Tambun. Pada mesyuarat agung kali ke-25 ini, Dr. Najihatussalehah  bt. Ahmad telah sudi hadir sebagai perasmi. Walaupun dalam kesibukan beliau sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Perak  namun masih berupaya meluangkan sedikit masa untuk bersama-sama dengan muslimat Tambun. Terima kasih Dr. !
Sementara dalam ucaptama yang telah disampaikan oleh Ketua DMPK Tambun, Pn. Zuhairah bt. Dato' Hj. Ghazali menekankan:
1. kepentingan pentarbiyahan pimpinan dan ahli
2. pemantapan muslimat dalam gerak kerja pilihanraya
3. wanita perlu menerajui perubahan
4. gerakan ekonomi dan dana pilihanraya
5. remaja dan ict
6. perlunya muslimat menyantuni rakyat
Turut memberikan ucapan ialah Naib Yang DiPertua PAS Tambun, Tn. Hj. Jamaluddin bin Hashim mewakili PAS Tambun. Kehadiran muslimat yang memenuhi setiap ruang Pusat Tarbiyah ini amat mengkagumkan Tn NYDP ini walaupun pelaksanaan masa mesyuarat ini diadakan pada sebelah petang. SYABAS kepada semua muslimat yang telah hadir. Walaubagaimanapun, pujian ini jangan harus melalaikan muslimat sekalian. Perkara terpenting adalah persediaan semua muslimat dalam gerak kerja di cawangan mahupun di UPU bagi menghadapi PRU ke-13. AYUH MUSLIMAT SEKALIAN! BERSEDIA UNTUK BEKERJA SECARA ON-CALL !
 Ketibaan Dr. Najihatussolehah perasmi Mesyuarat Agung DMPK Tambun kali ke-25

 Muslimat yang hadir sebagai perwakilan dan juga pemerhati
 Ucapan aluan Penyelaras Mesyuarat Agung
 Ucaptama Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun
 Ucapan wakil PAS Kawasan, Tn. Hj. Jamaluddin, NYDP PAS Tambun
 Ucapan perasmian oleh Dr. Najihahtussalehah, Ketua Dewan Muslimat PAS Perak

Pengorbanan seorang mujahidah... Anak dikelek bersama-sama ke Mesyuarat Agung..
 Antara muslimat yang hadir
 Dari kiri: Sdr. Ahmad Khair Faizal, S/U PAS Tambun dan Tn. Hj. Janahuddin antara wakil PAS Tambun yang hadir
 Saf perwakilan muslimat 
 Memotong kek simbolik sempena JUBLI PERAK Mesyuarat Agung DMPK Tambun kali ke-25
 Penyampaian cenderahati kepada perasmi
 Tayangan aktiviti muslimat ..
  Dua srikandi,mujahidah memimpin negeri dan kawasan...

 Persiapan untuk memulakan mesyuarat oleh pimpinan DMPK Tambun
 Bersedia..mesyuarat dimulakan...
 Pengerusi Tetap, Pn. Roslina memulakan sesi mesyuarat
 Membentang laporan tahunan 2011-2012

 Antara muslimat yang mengambil bahagian menyampaikan pendapat
 Pn. Kamariah tidak melepaskan peluang untuk bercakap...
Muslimat Bandar Baru Putra..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HIMPUNAN MUSLIMAT PAS PERAK PRU 13 (IMPAK)


SEMUA MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KULIAH DHUHA BERSAMA CIKGU NORMALA SUDIRMAN

17 Mac 2012 (Sabtu), Kuliah Dhuha Bersama Cikgu Normala Sudirman telah diadakan bertempat di Surau Taman Hiburan, Ulu Kinta pada jam 10 pagi - 12 tengahari. Program dianjurkan MTD DUN Ulu Kinta bagi memberi suntikan motivasi dan semangat kepada muslimat sebagai persediaan pilihanraya yang bakal menjelang. Ketua DMP Tambun, Pn. Zuhairah Mohd Ghazali turut hadir memberi ucapan penutup. Seramai lebih kurang 100 orang muslimin dan muslimat yang telah hadir mendengar pengalaman, perjuangan Cikgu Normala dalam mengharungi badai perjuangan. Semoga cikgu Normala terus diberi kekuatan dan keteguhan iman untuk meneruskan agenda perjuangan Islam.






















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HEBAHAN : CERAMAH PERDANA

CIKGU MALA 
Ajk Dewan Muslimat PAS Pusat
& CIK SITI AISHAH
Ketua Srikandi Keadilan Malaysia

17.3.2012 (SABTU)
9.00 MALAM
BERHAMPIRAN SURAU JALAN TIONG, 
KG.DATO' AHMAD SAID 2, MANJOI

pakat ramai-ramai kita pi...!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HEBAHAN : SEPETANG BERSAMA CIKGU MALA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS