Hebahan : Munajat Perdana Muslimat PAS Tambun
12:23 AM |
Ayuh muslimat!
Kita mantapkan saf-saf membentuk benteng kukuh
Doa akan kita rafakkan ke hadrat Ilahi
Minta dikukuhkan tekad, disatukan hati
Ayuh kita besarkan jiwa dengan roh jihad
Jihad fisabilillah...
Gelombang munajat kita alunkan saban masa
Dari Manjoi hingga ke Ulu Kinta
Usah ragu janji Allah pasti
Pada hamba yang sentiasa meminta tanpa henti..
Kita mantapkan saf-saf membentuk benteng kukuh
Doa akan kita rafakkan ke hadrat Ilahi
Minta dikukuhkan tekad, disatukan hati
Ayuh kita besarkan jiwa dengan roh jihad
Jihad fisabilillah...
Gelombang munajat kita alunkan saban masa
Dari Manjoi hingga ke Ulu Kinta
Usah ragu janji Allah pasti
Pada hamba yang sentiasa meminta tanpa henti..
PRIHATIN : Ibu kepada Pen. S/U DMP Tambun Kemalangan
4:55 PM |
17 Jun 2012, Tambun- DMP Tambun berkesempatan berkunjung ke Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi menziarahi Pn. Faezah yang terlibat dengan kemalangan berdekatan pasaraya Giant petang semalam. Ketika ditemui, Pn. Faezah, ibu kepada Saudari Zalina, Penolong Setiausaha DMP Tambun, telah sedar sepenuhnya dan boleh bersembang dengan anak menantu serta orang yang menziarahinya. DMP Tambun mendoakan agar Pn. Faezah kesihatan kembali pulih seperti sedia kala.Amin.
Ketua Muslimat Tambun memberikan kata-kata peransang kepada Pn. Faezah
PRIHATIN : ZIARAH PN ROSSITAH
4:44 PM |
17 Jun 2012, Meru- Dewan Muslimat PAS Tambun hari ini berkesempatan membuat kunjungan ke rumah Pn. Rossitah, Ketua Muslimat Cawangan Taman Meru. Beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan kecil pada kedua-dua belah tangan. Walaupun masih dalam keadaan perlukan rehat yang banyak, beliau masih boleh tersenyum dan melayani wakil muslimat yang menziarahinya. DMP Tambun mendoakan agar beliau beliau cepat sembuh dan terus bersama-sama dengan muslimat bagi meneruskan jihad.Amin
Pn. Rossitah melayani muslimat berbual
Turut kelihatan, Pn. Zuhairah, Ketua DMP Tambun
Bersalaman sebelum pulang
Ziarah pengikat ukhuwah dan mahabbah
ZOOM 360 : HIMPUNAN MUSLIMAT TAMBUN
4:17 PM |
17 Jun 2012 ~ 27 Rejab 1433H, Meru- Himpunan Muslimat Tambun edisi k3 6 /2012 terus memfokuskan kepada persiapan muslimat mengahadapi pilihanraya. Pengisian motivasi bagi mengekalkan momentum dalam diri muslimat adalah amat penting. Ketua Muslimat Tambun, Pn. Zuhairah atau lebih mesra dengan Kak Ju tidak jemu-jemu memberikan tiupan semangat kepada muslimat Tambun. Sempenan dengan Hari Isra' Mikraj, Ustazah Shyfa Azlina dijemput untuk memberikan pengisian.
Antara muslimat yang hadir
Slot DMP diisi oleh Kak Ju
Ustazah Shyfa berkongsi kisah wanita ketika Isra' Nabi
Subscribe to:
Posts (Atom)







