WANITA PENGHULU SYURGA





Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda, “Wanita penghuni syurga yang paling utama ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Asiah binti Muzahim, isteri Firaun dan Maryam binti Imran”. [Diriwayatkan Ahmad dan Al-Hakim]


TATKALA IMAN BERBICARA....

Tatkala aku berkira-kira dalam berkorban harta, lantas Iman berkata, ”Ingatkah engkau akan Khadijah binti Khuwailid? Dia sanggup berkorban kesemua hartanya demi perjuangan suaminya sehinggakan di saat sakaratulnya dia masih mampu berkata, ”Wahai rasul utusan Allah, tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah. Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini”.”

Tatkala aku bersungut dengan rutin harian yang tak habis-habis, lantas Iman berkata, ”Ingatkah engkau akan Fatimah binti Muhammad? Seorang isteri yang taat dan sabar dalam mengurus rumahtangga yang dibina bersama Saidina Ali, khalifah Ar-Rasyidin. Mengasuh anak-anak yang menjadi pemimpin para penghuni syurga, Al-Hassan dan Al-Hussin. Sebagai puteri Rasulullah yang menjadi pengubat kesedihan dan penghibur hati sepanjang perjalanan dakwah ayahnya.”

Tatkala aku berasa gusar dan takut dengan ujian dan mehnah perjuangan, lantas Iman berkata, ”Ingatkah engkau akan Asiah binti Muzahim? Ujian terbesar baginya adalah mempertahankan keimanannya daripada suaminya, Firaun. Selama 40 tahun dia merahsiakan keislaman dan keimanannya daripada Firaun. Pada suatu ketika Firaun mengetahui keislamannya, Firaun memerintahkan Asiah disiksa dan dipaku tubuhnya dengan pasak besi. Walaupun diarah Firaun untuk murtad, namun Asiah tetap dengan pendiriannya dengan berkata, “Engkau hanya dapat menyeksa diriku saja, namun diriku berada dalam jagaan Allah SWT, walaupun engkau cincang-cincang tubuhku, tidak akan berkurang keimananku melainkan rasa cintaku pada-Nya tetap tumbuh dan bersemi."

Tatkala aku berasa sedih apabila hilang tempat bergantung, lantas Iman berkata, ”Ingatkah engkau akan Maryam binti Imran? Wanita suci yang warak dan sangat menjaga kehormatan diri. Allah menurunkan ujian yang amat berat ke atasnya. Apabila Allah utuskan Malaikat kepadanya lalu ditiupkan roh Nabi Isa ke rahimnya, gundah gulanalah Maryam memikirkan dirinya yang mengandung tanpa suami dan anaknya yang tidak berbapa dan bagaimana dia perlu berdepan dengan kaumnya yang pasti akan menyakiti diri dan anaknya. Akan tetapi itu semua dihadapi Maryam dengan penuh kesabaran dan rasa redha menerima qadha dan keputusan ALLAH.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

arha said...

salam, mohon utk di'share' karya ini dalam sebuah page dgn sedikit ubahsuai dalam bentuk ilustrasi. syukran.
https://www.facebook.com/Fustateleven

Post a Comment

Ulasan Anda....