HIMPUNAN MUSLIMAT DUN MANJOI







Himpunan Muslimat buat pertama kalinya selepas perlantikan AJK DMP yang baru telah diadakan pada 14 Mei 2011 (Sabtu) bertempat di Markaz Tengku Husin. Pengisian telah disampaikan oleh Ustazah Fatihah Bt Dato Seri Ir Hj Mohd Nizar dengan menfokuskan kepada tangungjawab muslimat terhadap jemaah. Seramai lebih kurang 50 orang muslimat telah hadir sekitar DUN Manjoi. Ketua DMPK Tambun, Pn Zuhairah juga turut berucap setelah ucapan dari Pengerusi Lajnah Tarbiyah & Perkaderan iaitu Pn. Salbiah Bt Din.

Himpunan ini mendapat sambutan hangat dari muslimat dengan mengajukan pelbagai soalan berkaitan perjuangan musliamt terutama isu rumahtangga, suami dan masalah dalaman muslimat serta telah dihuraikan dengan baik oleh penceramah. Lajnah Penerangan & Dakwah juga telah mengambil peluang untuk mengedarkan buletin pertama tahun 2011 serta risalah isu barang naik kepada muslimat untuk disebarkan di cawangan masing-masing. Semoga himpunan ini dapat memberi kefahaman kepada muslimat dalam memantapkan perjuangan muslimat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

anakmuaallaf said...

As Salam,
Tahniah untuk admin blog..Sentiasa up date aktiviti kawasan..Tahniah teruskan perjuangan anda...

nilamsufi said...

maju muslimat mrtabatkan agama

DMP Tambun said...

syukran kerana mengunjungi blog kami insyaAllah moga dpt istiqamah...

Post a Comment

Ulasan Anda....